Senangnya buat roti jala

zsharer suka makan roti jala dengan kari ayam.

Senang betul nak buat rupanya roti jalan ni. Boleh refer video yang terdapat di facebook yang tertera dibawah. Memang mudah dan ringkas caranya

https://www.facebook.com/media.hub/videos/10154112355524861/

Resepi kari ayam boleh refer resepi dari blog Azie Kitchen

Kari Ayam Sedap
Bahan bahan:
12 ketul ayam
2 biji kentang – potong 4
1 1/2 labu bawang besar saiz besar – hiris
6 ulas bawang putih – hiris
3 inci halia – hiris
1 asam keping
1 kotak santan kotak
Air secukupnya
10 sudu besar rempah kari Babas – extra chilis
Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
1 pelepah daun kari
Gula
Garam secukupnya
Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bawang putih, bawang merah dan halia sehingga kekuningan.
Kemudian masukkan rempah kari dan kacau seketika sebelum dimasukkan air supaya rempah cair. Terus masak dengan menggunakan api perlahan sambil terus dikacau sehingga rempah sedikit garing dan terbit minyak. Kemudian masukkan daun kari dan kentang.
Lepas itu, masukkan pula ayam dan masak sehingga ayam kecut sebelum tambah sedikit lagi air dan biarkan mendidih.
Masukkan pula santan. Terus masak dengan api perlahan. Setelah kentang empuk, masukkan asam keping, gula dan garam. Renihkan sehingga pecah minyak. Sesuaikan kepekatan kuah yang disukai. Jika terlebih pekat, tambah air panas dan masak lagi.
Nota
Kuah kari ayam pekat seperti ini sangat sedap dimakan dengan roti jala.

 

zsharer suka baca blog Resepi dari Azie Kitchen

zsharer suka cari resepi masakan di blog azie kitchen;

http://aziejaya.blogspot.my/

Banyak jugak resepi yang di save dalam tablet tapi buatnya tak jugak. Satu kelebihan blog resepi azie kitchen ini, beliau menyenaraikan bukannya satu tapi ada yang sampai 5 dan lebih resepi-resepi masakan, kek dan desert yang zsharer suka contohnya resepi nasi ayam yang memang favorite zharer yang disenaraikan ada macam macam jenis.

Lagi satu zsharer sangat suka bila Azie juga menyelitkan sedikit tazkirah sebelum menulis resepi yang beliau telah cuba.

Salah satu resepi yang zsharer nak cuba adalah

Rendang Ayam Sedap dan Tahan Lama

 by Azie Kitchen

Selamat berpuasa kepada semua dan semoga Ramadhan ini adalah yang terbaik buat kita semua. Kuliah Ustazah Dr Rubiah K Hamzah mengenai Andainya Ini Ramadhan Terakhir adalah sangat bagus untuk kita renungi. Andai Ramadhan ini adalah Ramadhan terakhir. Andai hari ini adalah hari terakhir. Cuba penuhi hajat orang. Siapa menunai hajat orang lain, Allah pasti akan tunaikan hajat mereka. Setiap kerja adalah kerja yang terakhir. Setiap masakan adalah masakan terakhir. Pasti masakan itu akan menjadi sangat sedap. Jika kita menganggap ianya adalah hari terakhir, tiada ada masa yang tidak terisi dengan kebaikan. Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian kecuali orang beriman dan beramal soleh. Orang beriman yang akan buat sesuatu kerana Allah semata mata. Konsep memberi dalam Islam sangat besar. Orang yang ingat hari ini hari terakhir dia tak akan makan banyak kerana semua akan dibuang di tandas, tak akan beli baju banyak. Apa yang dipakai akan jadi baju buruk. Yang dibawa untuk mengadap Allah adalah apa yang kamu berikan. Ada ilmu bagi ilmu. Ada harta bagi sedekah. Mampu menolong dan memenuhi hajat orang, boleh tolong. Bulan Ramadhan adalah bulan diwajibkan bersedekah yang pahalanya digandakan sehingga 700. Umpama satu benih yang tumbuh pokok dan ada 7 tangkai dan setiap tangkai ada 100 biji. Siapa yang derma RM1 seolah dapat ganjaran RM700. Inilah bakti aku yang aku nak bawa jumpa Allah. Ibadah yang tidak melihat keuntungan penat atau tidak. Rehat bagi orang Islam adalah solat, tazkirah dsb.

Ramadhan mengajar erti susah. Ramadhan mengajar erti sayang. Sedekah zakat wakaf dsb. Ramadhan adalah bulan terbaik bulan pemurah walaupun dengan sebiji kurma. Keluar Ramadhan kita patut jadi paling bersih. Ramadhan boleh mengubah diri dan tingkah laku. Ramadhan mengajar kita erti sabar. Ramadhan patut jadi lebih sihat, jadi lebih rajin. Orang yang paling beruntung orang ingat mati dan bersedia. Bayangkan akan mati anytime. Baru jadi Ramadhan terakhir.
Semalam hari di mana anak bulan untuk menentukan tarikh permulaan puasa. Hari ini kita mula berpuasa. Jadi saya menyediakan Rendang Ayam untuk disimpan sebagai stock lauk bersahur. Saya memang suka makan lauk pauk yang kering sewaktu bersahur seperti Sambal Bilis Kering, Rendang Ayam atau Daging, Telur Dadar dsb. Resepi ini saya pelajari dari rakan sepejabat yang mengikut cara keluarga beliau menyediakan rendang sejak turun temurun. Ada yang kata rendang Minang tak ditumis dan tak diletak rempah penumis. Tapi pada saya, resepi tradisi pun banyak versi yang disesuaikan dengan citarasa. Mengikut resepi asal, tak diletakkan pun daun kunyit. Tapi saya sangat suka rendang yang dimasukkan daun kunyit. Jadi saya ubahsuai lah untuk mengikut selera sendiri. Klik di SINI untuk entri menggunakan resepi sama sebelum ini. Layan video di bawah ini…
Jom layan resepi rendang versi keluarga turun temurun sahabat saya.

 
Rendang Ayam Minang Sedap dan Tahan Lama 
Bahan bahan:
2 ekor ayam
1 kg bawang merah – hiris
3 labu bawang putih – hiris
4 inci halia – hiris
4 inci lengkuas – tumbuk
2 inci kunyit hidup – tumbuk
4 batang serai – titik
4 senduk cili kisar – ikut suka pedas
Kayu manis, buah pelaga, bunga lawang
4 kg santan – saya guna 3 santan kotak
1-2 keping asam keping – ikut rasa
Garam
Gula
Daun kunyit – opsyenal
Sedikit kerisik – opsyenal utk warna gelap
Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bahan hiris serta serai sehingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar dan kunyit serta lengkuas yang ditumbuk. Tumis sehingga cili benar benar garing.
Masukkan ayam dan gaul rata sehingga ayam kecut. Masukkan sedikit santan cair bagi membolehkan ayam masak. Setelah itu, baru dimasukkan semua santan dan masak dengan api perlahan sahaja.
 Akhir sekali, masukkan kerisik, garam, gula dan asam keping secukup rasa. Masak sehingga kuah kering dan pecah minyak.
Jika suka, boleh taburkan daun kunyit yang dihiris halus sebelum ditutup api. Masak lama lama jika inginkan kuah rendang berwarna gelap.

mari makan kurma

Rupanya banyak betul jenis-jenis kurma ni. Cuba tengok carta dibawah

Bila zsharer check di smart shopper apps kat tesco dah ada harga promo untuk kurma sempena kedatangan bulan ramadan ni

 Diantara kebaikan makan kurma adalah seperti disebutkan dibawah ini

Jadi mari kita jadikan kurma sebagai salah satu makanan ruji harian kita seperti nasi.

Oh rupanya sudah ada susu yang mengandungi kurma keluaran Farm Fresh. zsharer telah mencari susu kurma ni di pasar raya tapi tak jumpa pulak. Rupanya susu kurma ni belum lagi dipasarkan secara meluas so kena order dengan agent. Untuk sesiapa yang duduk area jb/tampoi/bbu nak order boleh try contact no ni 0197909211. Kalo tak silap harga 700ml – RM7.50 ke gitu.

zsharer dah cuba susu kurma ni dan rasa memang sangat sedap. おいしい. Memang sajak dengan harganya yg agak premium pasal rasa susu kurma ni pun premium sedap jugak.


Lepas ni nak try rasa yogurt drink pulak. Produk selain susu kurma zsharer ada nampak di pasar raya aeon, giant dan tesco so bolehle masukkan dalam grocery list.