mari makan kurma

Rupanya banyak betul jenis-jenis kurma ni. Cuba tengok carta dibawah

Bila zsharer check di smart shopper apps kat tesco dah ada harga promo untuk kurma sempena kedatangan bulan ramadan ni

 Diantara kebaikan makan kurma adalah seperti disebutkan dibawah ini

Jadi mari kita jadikan kurma sebagai salah satu makanan ruji harian kita seperti nasi.

Oh rupanya sudah ada susu yang mengandungi kurma keluaran Farm Fresh. zsharer telah mencari susu kurma ni di pasar raya tapi tak jumpa pulak. Rupanya susu kurma ni belum lagi dipasarkan secara meluas so kena order dengan agent. Untuk sesiapa yang duduk area jb/tampoi/bbu nak order boleh try contact no ni 0197909211. Kalo tak silap harga 700ml – RM7.50 ke gitu.

zsharer dah cuba susu kurma ni dan rasa memang sangat sedap. おいしい. Memang sajak dengan harganya yg agak premium pasal rasa susu kurma ni pun premium sedap jugak.


Lepas ni nak try rasa yogurt drink pulak. Produk selain susu kurma zsharer ada nampak di pasar raya aeon, giant dan tesco so bolehle masukkan dalam grocery list.

Tokyo Tower

zsharer belum pernah naik tokyo tower lagi dan tak rasa teringin pun nak naik. zsharer ada snap gambo Tokyo tower ni dari bangunan world trade center, fees 500 yen (dengan diskaun click https://www.wtcbldg.co.jp/wtcb/facility/seaside/pdf/seaside_en.pdf ).

images (5) Ini le rupa bangunan world trade center ni. Naik 40th floor to get awesome view of Tokyo tower.

Ni waktu siang. Biasa aja kan.


Yang ini waktu malam


View malam memang lagi awesome. Gambar yang zsharer snap cannot justify view yang lawa waktu malam di sini. zsharer juga perhatikan actually kaler tokyo tower ni akan berubah-ubah so mmg ramai yang akan tunggu untuk snap gambar bila kaler dia berubah.

Oh ya zsharer juga dapat view shinkansen yang tengah bergerak dari atas bangunan world trade center ni . zsharer sempat buat video sikit disini click http://www.pikore.com/m/1219222240324433944_1635329813

So sapa-sapa yang nak view Tokyo tower yang awesome ni pada waktu malam boleh la ke bangunan world trade center ni.

zsharer Love This Place: Arashiyama, Kyoto

Arashiyama ni terletak di bandar Kyoto. Naik bas boleh naik train pun boleh. Tapi zsharer suka naik bas kerana bas betul-betul berhenti dekat dengan jambatan yg menuju ke Arashiyama ni. zsharer suka view disini. Memang tak jemu dengan keindahan yang diciptakan Allah ni. Jom enjoy view yang zsharer snap masa musim luruh (peak musim luruh di kyoto adalah end nov-early dec).



Yang ini pula zsharer snap time musim bunga (peak musim bunga adalah end Mac-early April). Macam lukisan kan. zsharer perhatikan memang ramai warga Jepun yang sedang melukis guna water colour disini.


Waktu terbaik untuk ke Arashiyama adalah waktu pagi kerana belum ramai lagi warga Jepun dan tourist yang berpusu-pusu untuk menikmati view yang awesome di sini. Jika anda ke Kyoto jangan lepaskan peluang untuk melawat Arashiyama ni. Ia agak jauh sedikit dari Kyoto (naik bas dalam 45-50 minit) tapi memang berbaloi sungguh. ?? きれいなところですよう