zsharer suka cari resepi masakan di blog azie kitchen;
http://aziejaya.blogspot.my/
Banyak jugak resepi yang di save dalam tablet tapi buatnya tak jugak. Satu kelebihan blog resepi azie kitchen ini, beliau menyenaraikan bukannya satu tapi ada yang sampai 5 dan lebih resepi-resepi masakan, kek dan desert yang zsharer suka contohnya resepi nasi ayam yang memang favorite zharer yang disenaraikan ada macam macam jenis.
Lagi satu zsharer sangat suka bila Azie juga menyelitkan sedikit tazkirah sebelum menulis resepi yang beliau telah cuba.
Salah satu resepi yang zsharer nak cuba adalah
Rendang Ayam Sedap dan Tahan Lama
Selamat berpuasa kepada semua dan semoga Ramadhan ini adalah yang terbaik buat kita semua. Kuliah Ustazah Dr Rubiah K Hamzah mengenai Andainya Ini Ramadhan Terakhir adalah sangat bagus untuk kita renungi. Andai Ramadhan ini adalah Ramadhan terakhir. Andai hari ini adalah hari terakhir. Cuba penuhi hajat orang. Siapa menunai hajat orang lain, Allah pasti akan tunaikan hajat mereka. Setiap kerja adalah kerja yang terakhir. Setiap masakan adalah masakan terakhir. Pasti masakan itu akan menjadi sangat sedap. Jika kita menganggap ianya adalah hari terakhir, tiada ada masa yang tidak terisi dengan kebaikan. Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian kecuali orang beriman dan beramal soleh. Orang beriman yang akan buat sesuatu kerana Allah semata mata. Konsep memberi dalam Islam sangat besar. Orang yang ingat hari ini hari terakhir dia tak akan makan banyak kerana semua akan dibuang di tandas, tak akan beli baju banyak. Apa yang dipakai akan jadi baju buruk. Yang dibawa untuk mengadap Allah adalah apa yang kamu berikan. Ada ilmu bagi ilmu. Ada harta bagi sedekah. Mampu menolong dan memenuhi hajat orang, boleh tolong. Bulan Ramadhan adalah bulan diwajibkan bersedekah yang pahalanya digandakan sehingga 700. Umpama satu benih yang tumbuh pokok dan ada 7 tangkai dan setiap tangkai ada 100 biji. Siapa yang derma RM1 seolah dapat ganjaran RM700. Inilah bakti aku yang aku nak bawa jumpa Allah. Ibadah yang tidak melihat keuntungan penat atau tidak. Rehat bagi orang Islam adalah solat, tazkirah dsb.