Hari ini zsharer telah menerima email 10 tips berfikiran positif daripada staff utm dan zsharer suka pada tip yang ke dua – berkawanlah dengan orang yang berfikiran positif. Jika kita dikelilingi oleh orang yang positif kita akan sentiasa ceria dan memandang masalah serta dugaan yang diterima dengan lebih positif dan produktif. Kita akan berfikir dugaan itu adalah benda yang terbaik berlaku dalam hidup kita dan bukannya yang paling teruk berlaku dalam kehidupan kita kerana tuhan lagi maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita.
Berikut adalah 10 tips berfikiran positif yang boleh memberikan anda nafas baru untuk anda meneruskan urusan dalam hidup.