Tajuk perbincangan kali ini adalah Zakat Pendapatan 

Hello Semua

Apa Yang Dimaksudkan dengan harta pendapatan ?

Harta pendapatan bermaksud semua jenis upah, imbuhan, bayaran atau hasil yang diperolehi daripada kerja atau usaha yang dilakukan sama ada secara tetap atau sekali sekali.

Firman Allah s.w.t:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ أَنفِقُوا۟ مِن طَيِّبَٰتِ مَا كَسَبْتُمْ وَمِمَّآ أَخْرَجْنَا لَكُم مِّنَ ٱلْأَرْضِ ۖ وَلَا تَيَمَّمُوا۟ ٱلْخَبِيثَ مِنْهُ تُنفِقُونَ وَلَسْتُم بِـَٔاخِذِيهِ إِلَّآ أَن تُغْمِضُوا۟ فِيهِ ۚ وَٱعْلَمُوٓا۟ أَنَّ ٱللَّهَ غَنِىٌّ حَمِيدٌ ۝٢٦٧

“Wahai orang-orang yang beriman, keluarkan zakat sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu.”

(Surah Al-Baqarah : Ayat 267)

Allah menjelaskan bahawa segala ‘hasil usaha yang baik’ itu wajib dizakat. Oleh itu, bagi sesiapa yang menjadikan makan gaji itu sebagai satu profesion, maka itu juga termasuk dalam ‘hasil usaha’ yang wajib dizakat.

Jenis-Jenis Harta Pendapatan

Ulama’ mutaakhirin membahagikan Mal al-Mustafad kepada kategori berikut:

1. Zakat Harta Penggajian dan Upah Kerja ( كَسَبُ العَمَلِ وَالرَوَاتِبِ وَالأُجُورِ )

Ia bermaksud “Harta yang diperolehi oleh seseorang hasil daripada pekerjaan yang dilakukannya untuk pihak lain sama ada kerajaan, swasta atau individu dengan melakukan sebarang usaha dalam bentuk fizikal, sumbangan idea atau kedua-duanya dalam tempoh yang dipersetujui bersama, sama ada secara tahunan, bulanan, mingguan, harian atau jam.”Contoh :

  • Gaji, upah, bonus, tuntukan kerja lebih masa, gratuiti, pampasan, pencen, hadiah , anugerah & insentif, hasil ESOS (Skim pilihan sahan pekerja) dan sebagainya.
  • Apa-apa hasil yang diperolehi dengan sebab pekerjaan atau penggajian.

2. Zakat Harta Pemberian Atau Sumbangan العطية )

Ia bermaksud “Harta yang diperolehi oleh seseorang bukannya hasil daripada pekerjaan yang dilakukannya. Ia merupakan pemberian yang diterima samada daripada individu atau institusi dalam tahun semasa ” dalam berbentuk harta zakawi yang bukan dalam bentuk harta tetap (al ‘aqar) dan bukan merupakan nafkah wajib.”Contoh :

  • Hibah, hadiah, saguhati, pencen pasangan, sedekah
  • Pampasan, harta pusaka, mahar perkahwinan

3. Zakat Harta Kerja Bebas المَهَنُ الحُرَّة )

Iaitu harta yang diperolehi oleh seseorang hasil daripada pekerjaan yang dilakukannya sendiri tanpa ada kaitan dengan pihak lain dalam bentuk kerja bebas atau perkhidmatan profesional..Contoh :

  • Bayaran perkhidmatan konsultansi profesional seperti peguam, arkitek, doktor klinik atau hospital swasta dan sebagainya.
  • Bayaran projek yang diterima oleh kontraktor dan keuntungan projek bermusim.
  • Komisyen dan residual income – pendapatan dari jualan insurans, takaful, unit trust, brokeraj dan seumpamanya.
  • Bayaran royalti atau komisyen yang diterima hasl penulisan, penerbitan, aktiviti seni dan sebagainya.
  • Hasil tunai sekali sekala seperti hasil pembiayaan semula aset atau hasil jualan aset tetap atau pinjaman bank yang tiada tujuan dan lain-lain.

4. Zakat Harta al-Mustaghallat ( المُسْتَغَلاَّتْ )

Iaitu segala harta yang diperolehi daripada harta yang tidak diwajibkan zakat tetapi mendatangkan pulangan atau pendapatan dengan cara sewaan atau jualan hasilnya. Contoh:

  • Hasil sewaan rumah, bangunan, kilang, premis, perniagaan dan sebagainya.
  • Hasil sewaan kenderaan, pengangkutan, peralatan, aset atau sebagainya.
  • Hasil yang dikeluarkan oleh binatang ternakan seperti susu, telur, madu dan sebagainya yang dijual

 

Permohonan Bantuan Zakat UTMJB sesi 2018/2019

Permohonan Bantuan Zakat UTMJB sesi 2018/2019
bagi kategori :

> Bantuan Zakat Yuran Pengajian (BZYP)
> Bantuan Zakat Sara Diri (BZSD)
> Bantuan Zakat Latihan Industri (BZLI)

AKAN DIBUKA BERMULA 03 SEPTEMBER 2018 HINGGA 24 SEPTEMBER 2018

(Khusus kepada pelajar yang sedang mengikuti Diploma & Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa di Kampus UTMJB sahaja)

Permohonan dibuat secara online di laman web islamiccentre.utm.my. Sila baca dahulu syarat-syarat yang ditetapkan di http://islamiccentre.utm.my/jenis-bantuan-zakat/

Sila pastikan borang diisi dengan lengkap. Borang yang tidak lengkap tidak akan diproses.

Berikut adalah syarat am permohonan :

1. Pendapatan keluarga tidak melebihi RM3,000 sebulan dan mempunyai tanggungan yang ramai (slip gaji/penyata pencen/pengesahan pendapatan perlu dimuatnaik dalam ruangan yang disediakan. Pengesahan pendapatan hanya boleh digunakan bagi bapa yang bekerja sendiri sahaja dan boleh dimuatturun di http://islamiccentre.utm.my/borang-pengesahan-pendapatan/. Sekiranya pasangan bekerja di bawah Felda/Risda/Felcra dan seumpama dengannya, sila nyatakan penyata pendapatan dari organisasi berkenaan)

2. Bagi bantuan zakat yuran pengajian, pemohon mestilah bukan penerima biasiswa/ bantuan/pinjaman dari mana-mana organisasi

3. Bagi bantuan zakat sara diri, pemohon mestilah bukan penerima biasiswa. Sekiranya pemohon menerima bantuan/pinjaman, ianya tidak melebihi RM3,500 setiap semester.

4. Bagi bantuan zakat latihan industri, pemohon mestilah bukan penerima biasiswa. Sekiranya pemohon menerima bantuan/pinjaman, ianya tidak melebihi RM3,500 setiap semester. Pemohon tidak menerima elaun dari majikan tempat praktikum dan perlu disertakan pengesahan tidak diberikan elaun daripada majikan.

Keputusan permohonan adalah ditapis berdasarkan kiraan had kifayah yang disediakan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor, dan dengan merujuk syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Keputusan akan diemelkan kepada pemohon yang berjaya sahaja.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi 013-4154879.
Sekian, terima kasih.

SUMBER : Pusat Islam
Universiti Teknologi Malaysia
Johor Bahru

 

 

Peruntukan Pembayaran Gaji & Elaun

PERUNTUKAN PEMBAYARAN GAJI & ELAUN

Untuk Makluman Pembaca peruntukan pembayaran gaji dan elaun adalah bergantung kepada jenis pelantikan sama ada pelantikan jawatan tetap/kontrak universiti/ kontrak tabung/ sambilan dan sebagainya

Peruntukan bagi bayaran gaji dan elaun adalah seperti berikut :

Lantikan Tetap Universiti  = Peruntukan Mengurus (U)

Lantikan Kontrak Universiti = Peruntukan Mengurus (U)

Lantikan Kontrak Tabung/ sambilan  =Peruntukan Tabung

(Q) – Tabung Research

(R) – Tabung Research

(A) – Tabung amanah

(D) – Tabung Pembangunan

Untuk menyediakan Penyata Perubahan Pendapatan (Kew8 – ROC Online) sub modul pelantikan, pembaca perlu memahami jenis lantikan dan peruntukan yang digunakan bagi pembayaran gaji dan elaun dan pusat Tanggungjawab staf berkhidmat. Sebagai

Lantikan Tetap Universiti Bagi Peruntukan Mengurus (U)  

– Menggunakan peruntukan sedia ada umum dan SODO B11101

U. J03000.0100.000 B11101

U                   – peruntukan mengurus

J03000        – Pusat tanggungjawab/ Pusat Kos

0100.0000  – peruntukan sedia ada umum

B11101         – Sodo

 Lantikan Kontrak Universiti Peruntukan Mengurus (U) 

– Menggunakan peruntukan one off dan Sodo B29000

U.J02000.0300.B29000

U                             – Peruntukan Mengurus

J020000               – Pusat Tanggungjawab / Pusat Kos

0300.0000         – Peruntukan One Off

B29000                – Sodo

 Lantikan Tabung Peruntukan Tabung (Q) , (A), (R), (D)

Menggunakan peruntukan projek yang ditetapkan dan Sodo B11101

Q.J130000.21A2.00000

Q                                   – Peruntukan Tabung Research

J1300000                   – Pusat Tanggungjawab

21A2.000000             -Peruntukan projek

B11001                         – Sodo

 

Penukaran peruntukan pembayaran Gaji & Elaun ( staf Tabung)

KESILAPAN DALAM PELANTIKAN STAF KONTRAK TABUNG

Dalam Penyediaan penyata perubahan pendapatan, KEW 8 ( ROC online) bagi kes pelantikan mungkin akan terjadi kesilapan dalam pemilihan peruntukan  yang digunakan dalam pembayaran gaji ( charge line).

Kesilapan ini mungkin berlaku atas sebab tertentu samaada kurang pengetahuan dalam penyedian roc pelantikan, kurang pengetahuan dalam peruntukan atau kesilapan manusia sendiri sama ada disengajakan atau tidak disengajakan. kesilapan ini kelihatan tiada isu yang besar dalam pelantikan dan maklumat peribadi, namun dari segi kewangan dan peruntukan ianya memberikan impak yang besar.

Untuk makluman pembaca, kesilapan ini akan mengakibatkan staf dibayar menggunakan peruntukan yang salah dan tabung yang digunakan unutk pembayaran gaji tersebut  akan berlaku kekurangan duit ( perbelanjaan negatif) bagi melaksanakan research atau sebagainya. Ini mengakibatkan  Universiti menanggung kerugian atas tindakan yang telah dibuat. 

BAGAIMANA MENYELESAIKAN MASALAH INI?

Untuk menyelesaikan masalah ini tidaklah semudah ABC, namun ianya perlu dibetulkan bagi mengelakan peruntukan negatif atau staf tidak dibayar gaji disebabkan tiada peruntukan.

PENYELESAIAN BAGI PEMBAYARAN GAJI & ELAUN SEMASA / PEMBAYARAN BULAN SEBELUM 

1. Memohon untuk Pejabat Bendahari melaraskan pembayaran yang telah dibuat dari peruntukan yang salah kepada peruntukan yang betul dengan menyatakan 

a-  senarai staf yang terlibat ( No pekerja & Nama)

b- Jumlah gaji dan elaun

c- Peruntukan yang salah ( chargeline)

d-Peruntukan yang sebenar( chargeline)

e- Tempoh kesilapan bayaran

( Pejabat Bendahari akan menyemak semula pembayaran gaji dan elaun staf yang terlibat bagi tempoh yang dinyatakan dan mengambil kira semua perbelanjaan termasuk caruman majikan KWSP & SOCSO  untuk dijurnalkan semula )

2. PSM PTJ dikehendaki mendapatkan salinan jurnal berkenaan dan dimasukan ke dalam file peribadi staf yang terlibat bagi memaklumkan pelarasan bayaran terdahulu yang silap peruntukan (chargeline) telah dibetulkan dan dikemaskini

3. PSM PTJ dikehendaki menamatkan staf tersebut atas kesilapn menggunakan peruntukan (chargeline) dan melantik semula menggunakan chargeline yang sebenar dan menyatakan perkara berkenaan dalam ayat BKRP

”  Ditamatkan kontrak menggunakan chargeline XXXXXXXXXXX atas kesilapan pelantikan dan akan dilantik menggunakan chargeline YYYYYYYYY dan tempoh perkhidmatan tidak berubah. ”

4. Selepas pelantikan semula dibuat staf yang terlibat akan dibayar gaji dan elaun menggunakan peruntukan yang betul

 

 

Pinjaman Perumahan

Maklumat Pusat Pembayar Gaji

No Gaji : ( No pekerja)
Kod Pusat Pembayar : 0006300
Nama Kementerian/ Jabatan: Bendahari , Universiti Teknologi Malaysia

URL Pemohonan : https://sppb.lppsa.gov.my/v2/

>>>Bagi yang tidak pernah memohon, diminta untuk register terlebih dahulu. Selepas itu baru membuat pemohonan. 

 

Pelarasan Pendahuluan Gaji

Pendahuluan Gaji yang dimohon melalui Pengurusan Sumber Manusia kepada Pejabat Bendahari UTM perlu diselaraskan semula bagi melaraskan pinjaman duit Universiti yang didahulukan bagi membayar pendahuluan gaji staf yang terlibat.

Pelarasan perlu dibuat melalui penyata perubahan pendapatan ( ROC Online) menunjukan bukti bayaran gaji dibayar bagi bayaran gaji yang didahulukan dengan pendahuluan gaji dan diselaraskan semula bulan berikutnya.

Pelarasan Pendahuluan Gaji diselaraskan seperti berikut :

Maklumat Pendahuluan Gaji
Pendahuluan Gaji Dimohon : Bulan Mac 2015

Details:
Gaji Pokok                                                        RM 3,116.64
Elaun Khidmat Awam                                     RM   300.00
Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA)              RM    250.00
Elaun Imbuhan Tetap Perumahan               RM    300.00
Jumlah                                                              RM  3,966.64

Pendahuluan  dibayar oleh Pejabat Bendahari  RM 3,416.64

Pelarasan dibuat pada bayaran gaji April 2015 (PSM PTJ – Melalui ROC) 
Tunggakan Gaji                                                          RM 3,116.64
Tunggakan Elaun Khidmat Awam                           RM   300.00
Tunggakan Bantuan Sara Hidup (COLA)               RM    250.00
Tunggakan Imbuhan Tetap Perumahan                RM    300.00
Gaji Pokok                                                                   RM 3,116.64
Elaun Khidmat Awam                                                RM    300.00
Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA)                          RM    250.00
Elaun Imbuhan Tetap Perumahan                            RM    300.00

Pelarasan dibuat pada bayaran gaji April 2015 ( Pejabat Bendahari) 

Potongan Pendahuluan Gaji                                        RM 3,416.64

Mengapa Pejabat Bendahari membayar RM 3,416.64 bukan bayaran RM 3,966.64. Ini kerana bayaran Tunggakan KWSP dan Tunggakan SOCSO perlu dicarum pada bulan april

Situasi 1

En Ahmad tidak menerima gaji dan elaun pada bulan Mac 2015 disebabkan kesilapan dalam penyediaan Penyata perubahan pendapatan oleh PSM PTJ. PSM PTJ telah memohon pendahuluan gaji bagi bulan Mac 2015 seperti berikut :

Gaji Pokok                                                       RM 3,654.41
Elaun Khidmat Awam                                 RM    300.00
Elaun Bantuan Sara Hidup Cola             RM    250.00
Elaun Imbuhan Tetap Perumahan        RM    250.00

Pejabat Bendahari membayar  RM 4,454.41 iaitu jumlah penuh berikutan En Ahmad telah menerima status taraf berpencen.

Pelarasan Pendahuluan Gaji & Elaun ( PSM PTJ – Melalui ROC ) 
Tunggakan Gaji Pokok                                                            RM 3,654.41
Tunggakan Elaun Khidmat Awam                                      RM   300.00
Tunggakan Bantuan Sara Hidup Cola                               RM    250.00
Tunggakan Elaun Imbuhan Tetap Perumahan             RM    250.00
Gaji Pokok                                                                                     RM 3,654.41
Elaun Khidmat Awam                                                               RM    300.00
Elaun Bantuan Saara Hidup Cola                                         RM    250.00
Elaun Imbuhan Tetap Perumahan                                      RM    250.00

Pelarasan dibuat pada bayaran gaji April 2015 ( Pejabat Bendahari) 
Potongan Pendahuluan Gaji                                        RM 4,454.41

Situasi 2

En Abu  tidak menerima gaji dan elaun pada bulan Mac 2015 disebabkan kesilapan dalam penyediaan Penyata perubahan pendapatan oleh PSM PTJ. PSM PTJ telah memohon pendahuluan gaji bagi bulan Mac 2015 seperti berikut :

Gaji Pokok                                                       RM 1,816.32
Elaun Khidmat Awam                                 RM    115.00
Elaun Bantuan Sara Hidup Cola             RM    250.00
Elaun Imbuhan Tetap Perumahan        RM    180.00

Pejabat Bendahari membayar  RM 2441.32 pendahuluan jumlah penuh berikutan En Abu telah menerima status taraf berpencen.

Ketika Pejabat Bendahari ingin membuat pelarasan PSM PTJ tidak  berjaya  menyediakan penyata perubahan pendapatan pada bulan April untuk pelarasan, Maka staf tiada gaji dan pelarasan tidak boleh dibuat oleh Pejabat bendahari . PSM PTJ memohon rayuan pendauluan gaji April 2015.

Pejabat Bendahari membayar RM 2,441.32 pendahuluan penuh bagi bulan April 2015

Pelarasan Pendahuluan Gaji & Elaun ( PSM PTJ – Melalui ROC ) 
Tunggakan Gaji Pokok                                                             RM 3,632.64
Tunggakan Elaun Khidmat Awam                                       RM    230.00
Tunggakan Bantuan Sara Hidup Cola                                RM    500.00
Tunggakan Elaun Imbuhan Tetap Perumahan             RM    360.00
Gaji Pokok                                                                                     RM 1,816.32
Elaun Khidmat Awam                                                               RM    115.00
Elaun Bantuan Saara Hidup Cola                                         RM    250.00
Elaun Imbuhan Tetap Perumahan                                      RM    180.00

Pelarasan dibuat pada bayaran gaji April 2015 ( Pejabat Bendahari) 
Potongan Pendahuluan Gaji                                        RM 5,602.64

Situasi 3

En Ramli tidak menerima gaji bulan April 2015 disebabkan data gaji hilang secara tiba-tiba akibat daripada masalah teknikal. PSM PTJ telah memohon pendahuluan gaji bagi bulan April  2015 seperti berikut :

Gaji Pokok                                                     RM 1,715.55
Elaun Khidmat Awam                                 RM    115.00
Elaun Bantuan Sara Hidup Cola                 RM    250.00
Elaun Imbuhan Tetap Perumahan            RM    180.00

Pejabat Bendahari membayar RM 2,215.55  pendahuluan jumlah penuh berikutan En Ramli telah menerima status taraf berpencen.

Ketika Pejabat Bendahari ingin membuat pelarasan PSM PTJ hanya membuat ROC gaji dan elaun bulan semasa sahaja ( Mei 2015)  tanpa ada tunggakan seperti berikut :

Gaji Pokok                                                       RM 1,715.55
Elaun Khidmat Awam                                 RM    115.00
Elaun Bantuan Sara Hidup Cola             RM    250.00
Elaun Imbuhan Tetap Perumahan        RM    180.00

Pejabat Bendahari akan melaraskan pendahuluan gaji berikutan duit universiti perlu dipulangkan segera. Potongan pendahuluan yang dibuat berjumlah RM 2,215.55 dan staf tidak menerima gaji dan elaun. PSM PTJ membuat rayuan pendahuluan gaji bagi bulan Mei 2015. seperti berikut

Gaji Pokok                                                       RM 1,715.55
Elaun Khidmat Awam                                 RM    115.00
Elaun Bantuan Sara Hidup Cola             RM    250.00
Elaun Imbuhan Tetap Perumahan        RM    180.00

Pelarasan Pendahuluan Gaji & Elaun ( PSM PTJ – Melalui ROC ) 
Tunggakan Gaji Pokok                                                            RM 1,715.55
Tunggakan Elaun Khidmat Awam                                      RM    115.00
Tunggakan Bantuan Sara Hidup Cola                               RM    250.00
Tunggakan Elaun Imbuhan Tetap Perumahan             RM    180.00
Gaji Pokok                                                                                     RM 1,715.55
Elaun Khidmat Awam                                                               RM    115.00
Elaun Bantuan Saara Hidup Cola                                         RM    250.00
Elaun Imbuhan Tetap Perumahan                                       RM    180.00

Pelarasan dibuat pada bayaran gaji April 2015 ( Pejabat Bendahari) 
Potongan Pendahuluan Gaji                                        RM 2,215.55

Pendahuluan Gaji…

Apa Itu Pendahuluan Gaji

Pendahuluan Gaji merupakan bayaran pendahuluan akibat daripada gaji tidak dibayar pada tarikh yang ditetapkan sama ada berpunca daripada masalah teknikal sistem ataupun masalah teknikal manusia atau pihak ketiga.

 

Pendahuluan gaji hanya dibayar jika 

a- Staf tidak menerima gaji akibat daripada masalah teknikal sistem pembayaran gaji atau sistem ROC.

b Staf tidak menerima gaji akibat \masalah berpunca daripada kesilapan PTJ ketika ROC dibuat (bergantung kepada keadaaan yang dirasakan sesuai)

c- staf tidak menerima gaji akibat data gaji hilang secara tiba-tiba.

Bila Pembayaran Pendahuluan Gaji sepatutnya dibayar 

Pembayaran Pendahuluan gaji bukanlah dibayar pada hari gaji sama dengan staf yang menerima gaji tetapi ianya dibayar selepas hari pembayaran gaji bergantung kepada keadaan. Setiap orang mempunyai kes yang berbeza. Pertimbangan pembayaran pendahuluan gaji bergantung kepada sebab yang kukuh mengapa ianya perlu dibayar gaji.

Pertimbangan perlu disebabkan terdapat sesetengah PTJ yang mengambil perkara ini seperti tidak penting berikutan Pembayaran gaji tetap akan dibuat menggunakan pendahuluan gaji.  Bermula 2014, pendahuluan gaji tidak akan dibayar dengan mudah. satu laporan berkaitan pendahuluan gaji akan dibentangkan dalam mesyuarat Jawatan Kuasa Emolumen Universiti dan ianya telah menjadi satu isu bagi Universiti Teknologi Malaysia kerana jumlahnya yang agak tinggi sehinggakan disoalkan oleh Audit Kewangan yang dilantik daripada Audit Negara,

Adakah Pendahuluan Gaji merupakan Satu Hak? 

Tidak, Pendahuluan gaji bukan satu hak bagi staf  tetapi ianya atas pertimbangan pihak Pejabat Bendahari/ Universiti sama ada perlu atau tidak ianya dibayar.  Bermula Mac 2014 sebarang pendahuluan perlu diberikan alasan yang kukuh bagi pembayaran dibuat. Sebarang masalah dikatakan teknikal akan dirujuk kepada pihak teknikal sebelum pembayaran dibuat. Jika didapati tidak melibat teknikal sistem. pihak kami tidak akan membuat sebarang pembayaran.

Untuk makluman Mulai Ogos 2014 pendahuluan gaji hanya akan mengambil kira gaji pokok sahaja daripada keseluruhan gaji .

 

 

 

Taraf Mastautin

Anda tidak bermastautin di bawah undang-undang percukaian Malaysia jika berada kurang 182 hari di Malaysia untuk satu tahun, tanpa mengira kerakyatan atau kewarganegaraan. Pengenaan cukai bagi individu yang tidak bermastautin berdasarkan pendapatan diperolehi atau diterima di Malaysia.

 

Kadar Cukai Tidak Bermastautin 2010

Jenis-Jenis Pendapatan

Kadar (%)

Perniagaan, perdagangan atau profesion
Penggajian
Dividen
Sewa

26

Penghibur Awam
Faedah

15

Royalti

10

Bayaran untuk perkhidmatan yang diberi oleh seseorang bukan pemastautin atau pekerjanya berkaitan dengan penggunaan harta atau hak-hak yang dipunyai olehnya, atau pemasangan atau pengendalian apa-apa loji, jentera atau alat-alat lain yang dibeli daripada bukan pemastautin

Bayaran untuk nasihat teknikal, bantuan atau perkhidmatan yang diberi berkaitan pengurusan atau pentadbiran teknikal apa-apa perusahaan, usaha, projek atau skim saintifik, perindustrian atau perdagangan

Sewa atau apa-apa pembayaran berhubung penggunaan harta benda yang boleh dialihkan

Anda tidak dikenakan cukai jika

  • Bekerja di Malaysia kurang dari 60 hari
  • Bekerja di atas kapal Malaysia
  • Berumur 55 tahun dan menerima pencen daripada penggajian Malaysia
  • Menerima faedah bank
  • Menerima dividen yang dikecualikan cukai

Jika dikenakan cukai, anda dikehendaki mengisi Borang M .

Perlepasan Cukai

Pelepasan Cukai Individu Pemastautin ( Warganegara Malaysia atau Individu yang tinggal di Malaysia melebihi 182 hari) 

DOWNLOAD

Tahun 2010, 2011, 2012 & 2013

Bil.

Jenis Potongan Individu

Amaun (RM)

1

Individu dan saudara tanggungan

Pelepasan Khas RM2,000 diberi kepada pembayar cukai yang berpendapatan sehingga RM8,000 sebulan (Pendapatan Aggregat sehingga RM96,000 setahun.)Pelepasan ini hanya diberi untuk Tahun Taksiran 2013 sahaja. 

9,000

2

Perbelanjaan Perubatan Ibu Bapa

5,000 (Terhad)

3

Peralatan Sokongan Asas

5,000 (Terhad)

4

Individu Kurang Upaya

6,000

5

Yuran Pendidikan (Sendiri)

5,000 (Terhad)

6

Perbelanjaan perubatan penyakit yang sukar diubati

5,000 (Terhad)

7

Pemeriksaan perubatan penuh

500 (Terhad)

8

Pembelian buku, majalah, jurnal dan penerbitan

1,000 (Terhad)

9

Pembelian komputer peribadi untuk individu (sekali setiap 3 tahun)

3,000 (Terhad)

10

Tabungan bersih dalam skim SSPN

3,000 (Terhad)

11
Tabungan bersih dalam skim SSPN (berkuatkuasa Tahun Taksiran 2012 – 2017)
6,000 (Terhad)

12

Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan

300 (Terhad)

13

Yuran langganan Jalur Lebar (Berkuatkuasa Tahun Taksiran 2010 – 2012)

500 (Terhad)

14

Faedah pembelian rumah. Potongan cukai terhad kepada RM10,000 setiap tahun asas bagi 3 tahun taksiran berturut-turut bermula dari tarikh faedah mula dibayar.
Syarat kelayakan:
(i) pemastautin warganegara Malaysia;
(ii) pembelian rumah kediaman terhad kepada satu unit sahaja;
(iii) perjanjian jual beli ditandatangani dalam tempoh 10 Mac 2009 sehingga 31 Disember 2010; dan
(iv) rumah kediaman tersebut tidak disewakan.
Di mana:
(a) 2 atau lebih individu layak menuntut potongan bagi sebuah rumah kediaman; dan
(b) jumlah faedah yang dibelanjakan oleh kesemua individu berkenaan melebihi amaun yang dibenarkan dalam tahun itu. Setiap individu dibenarkan suatu potongan bagi setiap tahun mengikut formula berikut:
A x B
C
Di mana;
A = jumlah faedah dibenarkan dalam tahun berkenaan;
B = jumlah faedah dibelanjakan oleh individu berkenaan dalam tahun berkenaan;
C = jumlah faedah dibelanjakan oleh kesemua individu

10,000
(Terhad)

15

Suami/Isteri/Bayaran alimoni kepada bekas isteri

3,000 (Terhad)

16

Suami/Isteri kurang upaya

3,500

17

Anak di bawah umur 18 tahun

1,000

18

Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas dan menerima pendidikan sepenuh masa (peringkat A-Level, sijil, matrikulasi, persediaan atau pra-ijazah)

1,000

19

Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
(i) mengikuti kursus di peringkat diploma dan ke atas di institusi pengajian tinggi dalam Malaysia (tidak termasuk kursus matrikulasi/pra-ijazah).
(ii) mengikuti kursus di peringkat ijazah dan ke atas di institusi pengajian tinggi luar Malaysia.
(iii) kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.

i. 4,000 (tahun taksiran 2012 dan sebelum)

atau

ii. 6,000 (berkuatkuasa mulai tahun taksiran 2013 dan seterusnya)

20

Anak Kurang upaya

Pelepasan tambahan sebanyak RM4,000 bagi anak kurang upaya berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.

(Berkuatkuasa mulai Tahun Taksiran 2013 Pelepasan tambahan adalah sebanyak RM6,000)

5,000

21

Insuran nyawa dan KWSP

6,000 (Terhad)

22

Skim anuiti baru atau tambahan jumlah anuiti sedia ada dan bayaran di buat mulai 01/01/2010 (apa-apa lebihan daripada premium anuiti baru atau tambahan melebihi RM1,000 boleh dituntut dan diambil kira bersama-sama jumlah premium insurans nyawa) – tidak terpakai mulai Tahun Taksiran 2012 – 2021

1,000 (Terhad)

23 Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertunda (Deferred Annuity) – berkuatkuasa mulai Tahun Taksiran 2012 hingga tahun taksiran 2021.
3,000 (Terhad)

24

Insurans pendidikan dan perubatan

3,000 (Terhad)

 

Tahun 2009
 

Bil.

Jenis Potongan Individu

Amaun (RM)

1

Individu dan saudara tanggungan

8,000

2

Perbelanjaan Perubatan Ibu Bapa

5,000 (Terhad)

3

Peralatan Sokongan Asas

5,000 (Terhad)

4

Individu Kurang Upaya

6,000

5

Yuran Pendidikan (Sendiri)

5,000 (Terhad)

6

Perbelanjaan perubatan penyakit yang sukar diubati

5,000 (Terhad)

7

Pemeriksaan perubatan penuh

500 (Terhad)

8

Pembelian buku, majalah, jurnal dan penerbitan

1,000 (Terhad)

9

Pembelian komputer peribadi untuk individu

3,000 (Terhad)

10

Tabungan bersih dalam skim SSPN

3,000 (Terhad)

11

Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan

300 (Terhad)

12

Faedah pembelian rumah. Potongan cukai terhad kepada RM10,000 setiap tahun asas bagi 3 tahun taksiran berturut-turut bermula dari tarikh faedah mula dibayar.
Syarat kelayakan:
(i) pemastautin warganegara Malaysia;
(ii) pembelian rumah kediaman terhad kepada satu unit sahaja;
(iii) perjanjian jual beli ditandatangani dalam tempoh 10 Mac 2009 sehingga 31 Disember 2010; dan
(iv) rumah kediaman tersebut tidak disewakan.
Di mana:
(a) 2 atau lebih individu layak menuntut potongan bagi sebuah rumah kediaman; dan
(b) jumlah faedah yang dibelanjakan oleh kesemua individu berkenaan melebihi amaun yang dibenarkan dalam tahun itu. Setiap individu dibenarkan suatu potongan bagi setiap tahun mengikut formula berikut:
A x B
C
Di mana;
A = jumlah faedah dibenarkan dalam tahun berkenaan;
B = jumlah faedah dibelanjakan oleh individu berkenaan dalam tahun berkenaan;
C = jumlah faedah dibelanjakan oleh kesemua individu

10,000 (Terhad)

13

Suami/Isteri/Bayaran alimoni kepada bekas isteri

3,000 (Terhad)

14

Suami/Isteri kurang upaya

3,500

15

Anak di bawah umur 18 tahun

1,000

16

Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas dan menerima pendidikan sepenuh masa (peringkat A-Level, sijil, matrikulasi, persediaan atau pra-ijazah)

1,000

17

Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
(i) mengikuti kursus di peringkat diploma dan ke atas di institusi pengajian tinggi dalam Malaysia (tidak termasuk kursus matrikulasi/pra-ijazah).
(ii) mengikuti kursus di peringkat ijazah dan ke atas di institusi pengajian tinggi luar Malaysia.
(iii) kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.

4,000

18

Anak Kurang upaya

Pelepasan tambahan sebanyak RM4,000 bagi anak kurang upaya berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan

5,000

19

Insuran nyawa dan KWSP

6,000 (Terhad)

20

Insurans pendidikan dan perubatan

3,000 (Terhad)