Fakulti Tamadun Islam, UTM Membantu Memartabatkan Pendidikan Islam Di Svay Khleang, Kemboja

Fakulti Tamadun Islam (FTI) dengan kerjasama Persatuan Wanita Teknologi UTM (WANGI) Kuala Lumpur, Pertubuhan IKRAM Negeri Johor dan Yayasan Musa-Asiah (YASMA) telah mengadakan Program Pembangunan Pendidikan dan Khidmat Komuniti di Kampung Svay Khleang, Krauchmar, Thbaung Khmum, Kemboja pada 30 Oktober hingga 4 November 2016.  Program yang diketuai oleh Dr. Zulkiflee Haron ini tutut disertai oleh staf akademik dan pengurusan FTI Johor Bahru dan Kuala Lumpur, pimpinan  WANGI UTM KL, staf pejabat Bendahari dan juga peserta luar.  Objektif program ini antara lainnya untuk meningkatkan kualiti pendidikan komuniti Muslim Kemboja dan membudayakan amalan khidmat komuniti dalam kalangan staf FTI melalui perkongsian serta pemindahan ilmu dan kemahiran.

Pembangunan pendidikan tertumpu di Sekolah Rendah Integrasi Musa Asiah (SERPAMA) iaitu sekolah yang menawarkan sistem pendidikan bersepadu antara kurikulum pendidikan Islam Malaysia dan kurikulum kebangsaan Kemboja yang diasaskan oleh Prof. Madya Dr. Mohamad. Zain Musa, Pengerusi YASMA.  FTI dan YASMA turut menandatangani surat kerjasama sebagai tanda persetujuan  untuk menjalinkan koloborasi dalam bidang pendidikan Islam dan penyelidikan. Beberapa bengkel  telah diadakan khusus kepada tenaga pengajar sekolah tersebut iaitu  Bengkel Pembangunan Pengajaran yang dikendalikan oleh Prof. Madya Dr. Ajmain Safar, Bengkel Pengurusan Asas Koperasi Sekolah oleh Dr. Siti Suhaila Ihwani dan Bengkel Latihan Asas Terapi dan Rawatan Islam oleh Dr. Zulkiflee Haron di samping pembinaan perpustakaan mini SERPAMA.

Program ini turut memfokuskan kepada aspek penyelidikan bagi mengenalpasti permasalahan, isu-isu dan keperluan pendidikan serta sosiobudaya dalam komuniti Muslim Kemboja. Antaranya ialah kajian mengenai Kebolehan  Membaca al-Quran dalam kalangan Pelajar SERPAMA, Amalan Pengurusan Kesihatan dan Tradisi Perubatan, Peranan Wanita Islam Kemboja, Penghayatan Imarah Masjid dan Kajian Pemakanan Halal dalam kalangan masyarakat Svay Khleang.

Bagi tujuan penglibatan masyarakat setempat, program sambutan Ma’al-Hijrah dan Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah turut diadakan buat julung-julung kalinya. Mereka turut diraikan dalam majlis akikah hasil sumbangan individu-individu dari Malaysia. Untuk menjana ekonomi wanita Islam Kemboja, WANGI UTM KL turut mengadakan dua siri bengkel Usahawan Wanita Desa yang disertai oleh beberapa orang kaum ibu yang berminat.

Program ini telah didanai oleh sumbangan dalam bentuk kewangan, pakaian dan alat tulis daripada pelbagai pihak sama ada dari NGO, syarikat-syarikat swasta, jemaah-jemaah beberapa masjid dan surau di Kuala Lumpur, Selangor dan Johor serta orang perseorangan. Sumbangan tersebut disalurkan kepada projek pembangunan dan infrastruktur sekolah, infaq naskhah al-Quran, bekalan air bersih dan  peralatan solat.

Menyedari kepentingan pembangunan pendidikan untuk mengubah masyarakat Muslim Kemboja secara menyeluruh, usaha penglibatan komuniti seumpama ini wajar diteruskan di samping mengukuhkan hubungan antara dua komuniti Muslim daripada dua negara yang berkongsi citra ketamadunan yang sama.

 

Refleksi Khidmat Komuniti Nur Ehsan (15)

 

Saya Amar Rusydi Bin Ismail memegang jawatan sebagai timbalan pengarah semasa mengendalikan program lawatan ke rumah warga emas Nur Ehsan.  Saya juga merupakan wakil pelajar yang menghubungi pihak rumah warga emas Nur Ehsan. Komuniti yang bekerja bersama-sama saya bagi menjayakan program ini merupakan rakan-rakan seksyen. Berdasarkan pemerhatian saya sebagai timbalan pengarah, rakan-rakan yang lain tidak mengetahui bidang tugas masing-masing. Walaupun organisasi jawatankuasa telah dilengkapkan, rakan-rakan saya seperti tidak mengetahui apa yang perlu dilakukan. Ada segelintir sahaja yang bertanya apa yang perlu dilakukan. Saya juga mengaku bahawa saya juga yang bertanggungjawab atas kelewatan membuat persiapan. Isu yang timbul semasa dan selepas program ialah kepentingan perjumpaan atau meeting. Berdasarkan pemerhatian saya juga rakan-rakan tidak memberikan kerjasama yang penuh bagi menghadiri perjumpaan. Semasa perjumpaan juga terdapat segelintir rakan yang bermain-main dan tidak serius. Saya juga mendapati pengarah juga jarang memberi arahan kepada rakan-rakan yang lain serta kurang jelas penerangannya mengenai program tersebut. Tambahan pula, rakan-rakan juga kurang cakna dengan apa yang dibahaskan semasa perjumpaan dan gemar bertnya serta mengulangi isu yang telah dibincangkan. Sebagai contoh, pada perjumpaan yang terakhir sudah dibincangkan pakaian semasa lawatan, tetapi ada beberapa orang rakan saya telah bertanya soalan yang sama selepas bersurai. Bagi perancangan yang telah dibincangkan bersama, kami telah merancang beberapa aktiviti seperti senaman ringan, aktiviti ice breaking, aktiviti dalam kumpulan dan melukis mural. Tetapi ada beberapa aktiviti yang tidak dapat dijalankan disebabkan masalah teknikal. Saya juga mendapati bahawa keadaan rumah warga emas tersebut juga tidak dapat dijangka kerana semasa survey saya telah pergi ke rumah warga emas yang berbeza. Pada hari kejadian pula, alhamdulillah program telah berjalan dengan lancar walaupun kurang persiapan. Setelah tiba berlaku sedikit masalah apabila rumah warga emas tersebut tidak mempunyai ruang yang cukup untuk melakukan aktiviti. Pada waktu tersebut, bedasarkan pemerhatian saya rakan-rakan bersungguh-sungguh mengendalikan program tersebut dan saya melihat semua berganding bahu bagi menjayakan program tersebut.

 

Selepas program tersebut, saya menyedari bahawa tidak mudah bagi mengendali mahupun menjayakan program. Saya telah mempelajari pelbagai ilmu yang tidak saya ketahui sebelum ini. Nasihat saya kepada diri saya sendiri dan juga rakan-rakan yang ingin mengendalikan program selepas ini ialah perancangan awal. Perancangan awal penting bagi merangka dan juga bagi mendapatkan gambaran program yang akan dijalankan. Kerjasama bersama ahli yang lain juga penting bagi menjayakan program seperti ini.

 

 

Pada pendapat saya, program seperti ini sangat bagus dan juga telah memberi impak yang sangat besar didalam diri saya. Terdapat banyak pengajaran yang saya perolehi selepas program tersebut. Kebanyakan masyarakat yang telah menghantar ibu dan bapa mereka ke rumah warga emas tersebut merupakan masyarakat yang berpendidikan dan juga yang berkerjaya. Pada pendapat saya, anak-anak mereka tidak mempunyai masa bagi menguruskan orang tua mereka kerana terlalu sibuk dengan kerja. Terdapat juga segelintir warga rumah tersebut murung dan tidak mahu makan kerana ingin bertemu anak-anak mereka. Tetapi apakan daya, warga rumah tersebut hanya mampu berdoa dan menunggu kedatangan anak-anak mereka. Pada pendapat saya tidak salah jika ingin menghantar ibu bapa ke rumah jagaan warga emas tetapi kalau boleh janganlah menjadikan rumah jagaan tersebut sebagai rumah untuk orang tua kita. Mungkin kita sibuk dengan pekerjaan, tetapi jika difikirkan semula ibu bapa kita juga ketika kita kecil juga sibuk dengan pekerjaan.

 

Semasa mengendalikan program, terdapat pelbagai kemahiran yang dapat diterapkan serta dapat dipertingkatkan. Pertama ialah kemahiran komunikasi dimana setiap pelajar perlu berkomunikasi dengan warga pusat jagaan. Selain itu juga kemahiran penyelesaian masalah juga dapat dipertingkatkan. Hal ini demikian kerana kami perlu mengubah rancangan aktiviti kerana gambaran yang kami dapati berbeza dengan keadaan sebenar semasa hari kejadian. Kemahiran berpasukan juga merupakan elemen penting bagi menjayakan program ini. Jika tidak bekerja secara berpasukan sudah pasti program ini akan gagal.

 

Rumusan yang dapat saya lakukan terhadapt program ini ialah kerja berpasukan merupakan tiang utama bagi menjayakan sesebuah program. Pada mulanya saya sangat memntigkan diri sendiri dan tidak membahagikan tugas bersama pengarah program sehingglah pada minggu akhir persiapan sebelum berlangsungnya program tersebut. Saya mendapati setiap perkara tidak di selia dengan baik .

Refleksi Khidmat Komuniti Nur Ehsan (12)

Saya merupakan ajk makanan dan tugas saya semasa disana ialah membuat mural. Pada awalnya saya tidak tahu sangat tentang tugas saya. Seminggu sebelum program baru saya faham akan tugas saya. Memandangkan bahagian makanan telah diuruskan oleh ketua ajk makanan jadi gerak kerja sebelum saya seperti tidak buat apa apa. Saya hanya datang ke mesyuarat dan mendengar tetang isu isu yang dibangkitkan. Antara isunya ialah tentang aktiviti. Aktiviti yang disediakan banyak akan tetapi aktiviti itu harus dipertimbangkan tentang kesesuaian memandangkan mereka warga tua. Alhamdulillah isu itu dapat diselesaikan malam sebelum program itu.

Gerak kerja semasa yang sepatutnya saya lakukan ialah melukis mural. Tetapi disebabkan atas kekangan waktu lukisan mural terpaksa dibatalkan. Setibanya kami disana keadaan agak muram. Semua pelajar kelihatan kekok memandangkan ini adalah pengalaman pertama kami menguruskan program seperti berikut. Setelah kassim mengambil alih dalam aktiviti barulah kelihatan nenek nenek semua tampak ceria. Mereka sudah boleh mula bergaul dengan kami. Walaupun ada segelintir nenek yang tampak seperti tidak mahu bergaul tapi kami tetap teruskan usaha kami untuk bergaul sebaik mungkin dengan mereka.

Sepanjang saya berada disana saya sering memikirkan apalah yang mereka rasakan. Tentu sekali mereka kesunyian dan merindui keluarga mereka yang selama ni rapat dengan mereka. Tegamakkah anak anak mereka meninggalkan mereka di tempat rumah rumah orang tua? Segelitir nenek yang saya lihat disana tampak sedih. Ada yang sampai tidak lalu untuk makan. Saya sempat menyuapkan dia sesudu. Selepas itu dia sudah tidak mah makan. Dari situ saya sedar saya berjanji akan menjaga ibu bapa saya sebaiknya sesudah mereka tua kelak. Menghormati ibu bapa adalah keutamaan.

Walaupun kita sibuk dengan kerja seharian, sanggup kah kita meletakkan ibu bapa kita di rumah rumah orang tua? Apa yang akan mereka rasakan jika kita berbuat sedemikian kepada mereka?  Mereka mempunyai anak mereka sahaja semasa mereka tua. Tentu sekali mereka berharap anak mereka untuk membalas jasa mereka selama ini. Walaupun bukan dalam bentuk wang ringgit sekurang kurangnya balas lah jasa mereka dengan menjaga mereka sehingga hembusan nafas terakhir mereka.

 

  1. IMPAK PENGALAMAN TERSEBUT PADA MASA HADAPAN TERHADAP DIRI DAN KOMUNITI

 

Saya berharap saya tidak sesekali akan menghantar orang tua saya ke rumah orang tua. Saya akan lebih menghormati ibu bapa saya bermula detik ini. Menghantar mereka kerumah orang tua bukan lah jalan penyelesaiannya. Terdapat banyak cara lagi untuk membalas budi jasa mereka menjaga kita dengan penat lelah selama ini. Sanggup berhutang dengan orang lain semata mata untuk melihat anaknya gembira.

Terhadap komuniti pula, sebelum menghantar ibu bapa kerumah orang tua ingatlah jasa mereka menjaga kita. Apa yang mereka sanggup buat untuk kita. Jika terpaksa pun untuk menghantar ke rumah orang tua , kerap kali lah melawat mereka disana.

ASPEK KEMAHIRAN INSANIAH YANG SAYA DAPAT PERTINGKATKAN

 

  • Kemahiran komunikasi

Sebelum ini saya agak sukar untuk bercakap lagi lagi didepan orang ramai. Dengan adanya program ini sedikit sebanyak mengajar saya untuk berkomunikasi di khalayak ramai walaupun masih ada lagi malu malu untuk bercakap.

 

  • Kemahiran kerja berpasukan

Kerja berkumpulan agak susah pada awalnya. Kerana masing masing mempunyai sikap nak menang tak mahu mengalah. Tetapi itulah yang bagusnya , mengajar kita bermusyuarat dan melemparkan isu isu yang harus dibangkitkan. Dalam masa yang sama kerja berkumpulan terhasil melalui situ.

 

  • Etika dan Integriti

Program ini mengajar saya untuk menghargai orang orang tua. Semasa disana macam macam mereka ceritakan tentang keluarga mereka. Tampak seperti mereka rindu yang amat terhadap keluarga mereka. Jangan sesekali untuk bersikap kurang ajar kepada ibu bapa.

 

~Wan Luqman Hakeem~

Refleksi Khidmat Komuniti Nur Ehsan (9)

  1. Laporan gerakerja sebelum, semasa dan selepas (apa yang dirancang, apa yang berlaku, apa yang diperhatikan, apa isu yang dikenalpasti, siapa komuniti)

Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum pergi membuat lawatan sedemikian. Antaranya ialah aktiviti yang boleh dijalankan semasa membuat lawatan sedemikian, oleh kerana pihak yang terlibat merupakan warga wanita tua yang berumat islam, kami perlukan menitikberat segal-segala tindakan untuk menjaga dan menghormati kedudukan dan umat mereka. Antara aktiviti yang pernah kami rancangkan terlibatlah senamrobik, seksi “ice-breaking” yang mementingkan komunikasi dua hala dan juga bantuan terhadap mereka dalam kerja-kerja yang mereka kurang mampu jalankan. Pada masa persediaan dan persiapan sebelum melawat ke rumah tersebut, banyak aktiviti membeli-belah seperti membeli sumbangan beras dan juga alat-alat tulisan yang diperlukan telah dijalankan untuk kegunaan akitiviti sosial sedemikian. Kumpulan kami ( Saya dan Fatin) yang melibatkan kerja persembahan telah menyediakan “Origami” sebagai cenderhati istimewa untuk warga tua yang banyak melibatkan diri dalam aktiviti yang kami laksanakan. Walaupun kehadiran yang tidak memuaskan berlaku pada diri saya untuk perbincangan, tetapi saya telah sedaya upaya melibatakan diri saya dalam aktiviti persediaan, beberapa kali saya telah berkunjung ke kedai alat tulis dan juga memikirkan idea yang sanggup melancarkan aktiviti yang perlu saya sembahkan iaitu senamrobik. Saya telah banyak membuat carian senamrobik dan lagu yang sesuai untuk warga tua dari sumber-sumber seperti internet dan juga CD kepunyaan saya yang tone lagunya agak harmoni. Pada hari lawatan tersebut pula, saya bertanggungjawab sebagai koordinator aktiviti yang memastikan persembahan dilaksanakan dalam masa yang secukupnya dan memastikan interaksi warga tua dan warga UTM mencapai tujuan komuniti servis in. Misalnya, saya membahagikan kertas kertas kepada kumpulan-kumpulan kecil untuk melakukan aktiviti lipatan origami dan lukisan selepas persembahan senam robik dijalankan. Aktiviti-aktiviti tersebut pula diakhiri dengan seksi penyampaian cenderahati dan juga Video Flashback. Semasa seksi makan petang pula yang berlaku di tengah-tengah masa aktiviti dilakukan, banyak perkara telah menggambarkan kehidupan warga tua yang amatlah menyetuhkan hatiku, iaitu semasa seorang mak cik tidak ada selera makan akibat hendak menyimpankan makanan tersebut untuk suaminya walaupun suaminya sudah lama meninggalkan dunia ini, ini telah menggambarkan isu-isu warga tua ini berada di situasi  yang perlu diberi prihatinkan, bukan sahaja kehidupan fisikal mereka, ini juga melibatkan jagaan emosi mereka dan juga keperluan social mereka dalam kehidupan harian. Selain itu, ada yang daripada warga tua berpendidikan tidak rendah , misalnya ada warga tua yang mampu berkonumikasi dan memberi persembahan dalam bahasa Jepun, ini menujukkan dalam golongan tua ini, banyak yang berpengalaman dalam hidup dan juga mempunyai kerjaya masing-masing sebelum mereka  tinggal dalam rumah jagaan warga emas ini. Daripda isu ini, saya berpendapat tentang isu-isu menghantarkan warga tua ke rumah jagaan warga emas perlu dipertimbangkan sebaik mungkin supaya kehidupan mereka boleh lebih memuaskan hati dari segi fisikal dan mental. Masyarakat peru berfikir semula tentang jasa ibu bapa  pada ketika dahulu yang membesarkan kita tanpa mengharapkan apa-apa balasan, sebagai anak, apa yang kami boleh buat untuk memulangkan jasa-jasa tersebut dengan sehati sejiwa dan bukanlah mengkhianati mereka dengan tidak bertanggungjawab untuk memikul bebanan menjaga mereka semasa ibu bapa mula menjadi tua dan tidak berkeupayaan seperti zaman dahulu.

  1. Setelah program berakhir, apa yang anda pelajari dan sedari tentang diri anda sendiri? (knowing the unknown about yourself), adakah sesuatu yang menarik perhatian anda?

Setelah menamatkan program ini, banyak yang saya pelajari daripadanya bukan sahaja mengenai nilai sivik dan kewarganegaraan tetapi juga mereliasikan apa yang saya sanggup buat pada masa depan untuk memimpinkan masyarakat untuk menyedari kepentingan diri untuk mengambil tanggungjawab kemasayrakatan secara praktikal pada mana-mana sahaja dan bila-bila sahaja. Misalnya, Masyarakat mampu menjaga ibu bapa sendiri dan juga memberi sumbangan kepada aktiviti khidmat masyarakat supaya dunia ini merangkumi amalan kasih-sayang antara satu sama lain. Apa yang saya boleh buat hari ini adalah daripada diri saya sendiri sebagai contoh untuk mengambil tanggungjawb untik menjaga ayah dan keluarga saya dengan prihatin dan juga berniat untuk aktif dalam menjalankan khidmat komuniti masyarakat pada masa yang akan datang. Dalam pemikikaran saya, bukan sahaja warga tua yang perlu diberi prihatin, individu lain juga perlu dipertimbangkan, misalnya budak-budak anak yatim piatu dan juga warga-warga miskin yang tidak sanggup mendapat pendidikan sempurna. Biarpun sesuatu yang melibatkan masyarakat ini amatlah letih, tetapi ia amat bermakna kepada kami sendiri kerana kami  boleh berpeluang untuk membantu diri kami daripada aktiviti membantu orang lain. Ini kerana melalui kesanan aktiviti tersebut, kami dapat mempertingkatkan kebanggaan rohani dalam hati yang dapat menyenangkan tekanan diri dari kehidupan harian. Selain itu, daripada akitiviti komuniti, kami dapat mencungkil bakat diri sendiri yang kami belum dapat kenalpasti iaitu nilai-nilai diri dan juaga kemampuan mengendalikan masalah. Peluang ini biasanya susah difahami ataupun diketahui daripada kurikulum kita yang kurang menekankan praktikal kehidupan tetapi teori-teori ilmu sahaja.

 

  1. Apakah yang anda belajar mengenai realiti kehidupan masyarakat? Adakah pengalaman yang dilalui berbeza dengan tanggapan awal, apa yang dipelajari tentang komuniti tersebut, adakah ada suka atau tidak suka dengan pengalaman tersebut, apa isu mendesak dalam komuniti tersebut, adakah aktiviti yang anda jalankan menyentuh isu tersebut?

Realiti hidup yang saya dapat kesan daripada kehidupan masyarkat ini melalui aktiviti-aktiviti sedemikian ialah kepentingan nilai-nilai kemanusian adalah amat penting setaraf dengan Penututan ilmu melalui pendidikan dan juga keupayaan pengendalian kewangan dalam kehidupan. Kepentingan nilai-nilai ini adalah kerana ketiadaan sifat-sifat yang berperikemanusiaan pada diri kami kini, walaupun kami berkeyakinan diri untuk menjaga diri sendiri dengan baik, tetapi pada satu ketika masa depan, kami mungkin akan dipinggiri oleh masyarakat dengan tiada alasan yang adil, misalnya, kami berpendidikan dan bekerjaya tetapi tidak pernah berniat baik dalam komuniti kehidupan kami, sesuatu hari nanti, jikalau kami sudah tidak berkeupayaan untuk menyara diri sendiri, maka kami akan dapat balasan yang tidak memuaskan hati, ataupun menikmati kesusahan hidup yang tidak didapat diselesaikan oleh diri sendiri. Saya rasa pengalaman ini adalah amalah berbeza dengan tanggapan awal kerana andaian saya adalah warga tua ini tidak akan aktif dalam menyertai persembahan yang saya laksanakan tetapi kesannya amat berbeza kerana mereka sudi melakukan apa sahaja yang kami tunjukkan.

Daripada akitiviti komuniti, saya pelajari orang tua itu adalah seperti kami juga, akan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti untuk memenuhkan masa kehidupan mereka pada ketika ini. Saya suka pengalaman tersebut kerana tiadalah kesudian mereka menikmati persemabahan saya dengan kebanggaan , saya tak dapat mengetahui orang tua itu merupakan golongan yang dapat hidup dengan fikiran terbuka, daripada komunikasi daripada mereka,saya dapat tahu tialah cabaran hidup jikalau kami dapat menerima apa-apa hal saja dengan minda yang terbuka dan kesanggupan diri untuk menerima ilmu-ilmu baru tak kira umur.

  1. Pertimbang impak pengalaman tersebut pada masa hadapan terhadap diri dan komuniti (apakah andaian terhadap punca isu tersebut, apakah pengajaran yang anda perolehi dari pengalaman tersebut, bagaimana anda aplikasikan pengajaran yang anda perolehi, apa yang anda ingin ketahui lebih mendalam berkaitan isu tersebut, apakah maklumat yang anda boleh kongsikan dengan orang lain, apakah bentuk sumbangan yang telah dan boleh anda berikan kepada mereka? Bagaimana sumbangan anda dapat memberi impak positif kepada masyarakat?)

Impak daripada pengalaman ini adalah betapa pentingnya diri kami untuk menceburi aktiviti sukarela iaitu khidmat kepada orang lain tanpa mengharapkan apa-apa balasan dari segi ekonomi ataupun fisikal, misalnya, tidak menerima berian upahan selepas menjalankan aktiviti sukarela. Saya akan menaplikasikan pengalaman ini apabila saya dapat berkerja dengan syarikat pada masa depan nanti dengan melibatkan diri dalam akitiviti Corporate Social Reasonability CSR  yang memberi balasan khidmat masyarakat secara percuma kepada golongan yang memerlukan bantuan. Pada ketika CSR nanti, Saya akan kongsikan pengelaman dan perasaan yang saya dapat nikmati dan pelajari melaui lawatan ini supaya meningkatkan keyakinan rakan kerabat saya dalam syarikat saya, saya akan mengatakan pengalaman saya yang menceriakan warga-warga tua itu dengan persembahan dan aktiviti istimewa yang telah saya lakukan misalnya senamrobik dan koordinasi aktiviti seksi “ice-breaking”. Saya rasa sumbangan saya ini dapat memberi impak positif kepada masyarakat dengan memupuk semangat kekitaan dalam menunjukaan kesanggupan untuk memikul tanggungjawab khidmat masyarakat bukan sahaja untuk mencapai tujuan tertentu tetapi benar-benar ikhlas kepada hati sendiri rela menyertainya.

 

 

 

  1. Huraikan mengenai aspek kemahiran insaniah yang anda dapat pertingkatkan melalui program ini (pilih yang berkaitan sahaja). Bagaimana (ceritakan)?

 

  1. Kemahiran komunikasi
  2. Pemikiran kritis dan Kemahiran menyelesaikan masalah
  • Kemahiran kerja berpasukan
  1. Pengurusan maklumat dan pembelajaran berterusan
  2. Kemahiran usahawan
  3. Kemahiran kepimpinan dan proaktif
  • Etika dan Integriti

 

Aspek kemahiran insaniah yang saya dapat pertingkatkan melalui program ini adalah mengenai pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah.  Saya dapat menceritakan pertingkatkan ini berlaku dengan apa saya pelajari semasa persediaan dan juga pada masa lawatan tersebut. Asalnya, kami diberitahui bahawa lawatan ini akan merangkumi warga lelaki tua pada peringkat awal tetapi diakhiri dengan hanya warga waniti tua yang menyertai. Perkara yang kedua ialah masa yang diberi asalnya adalah dalam 4 jam tepat, tetapi akhirnya lawatan hanya boleh dijalankan dalam masa 2 jam. Daripada perubahan keperluan yang diberi, saya sanggup mengendali aktiviti yang sesuai bagi pihak yang sesuai dan melakukannya dalam masa yang tepat. Program senamrobik saya tetap dijalankan dan aktiviti ice-breaking tidak disampingkan. Pelan asal aktiviti ada merangkumi keceriaan, walaupun diakhiri dengan dibatalkan tetapi keseluruhan program adalah amat lancer. Aspek kedua yang boleh menunjukkan saya befikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah saya dipertingkatkan iaitu membelanjakkan alatan tulis dengan mendapatkan harga berpatutan dengan  gaya perbelanjaan cermat dan daya upaya memperbezakan harga alatan tulis daripada beberapa kedai alatan tulis untuk dapat harga yang berpatutan. Saya dapat kadar diskaun yang mengendalikan bajet alatan tulis supaya terjimat dan bajet alatan tulis saya mampu dialihkan kepada ahli kumpulan lain yang memerlukan misalnya kumpulan cenderahati yang memerlukan separuh daripada bajet yang saya diberikan. Aspek kemudian iaitu semasa memilih sanaman yang sesuai untuk warga tua, saya telah mencari sumber internet yang menunjukkan video orang tua yang sanggup membuat senaman sedemikian dengan mendapat kebenaran penyelia aktiviti saya dan kesetujuan ramai. Kesimpulanya, saya memang berkembang bukan sahaja daripada daya memikul tanggungjawab tetapi juga corak berfikir secara kritis dan juaga kemahiran menyelesaikan masalah yang berkenaan.

 

~Kassim Sidiek~

Refleksi Khidmat Komuniti Nur Ehsan (7)

(A)

Sebelum

Sebelum hari kejadian, saya telah dicadangkan untuk menyertai Unit Tugas-tugas Khas serta ditugaskan untuk merancang apa yang perlu dilakukan serta apa yang diperlukan untuk hari kejadian tersebut. Antara perkara yang telah saya lakukan adalah menyediakan templat video yang akan ditayangkan pada hari kejadian serta menyenaraikan alatan yang diperlukan seperti kamera.

Saya telah menyertai beberapa mesyuarat yang bertujuan untuk merancang jadual untuk hari kejadian tersebut. Saya juga telah memberi beberapa cadangan untuk unit aktiviti supaya melakukan aktiviti yang perlahan. Saya juga dapat mengenal pasti beberapa masalah etika semasa menjalankan mesyuarat. Antara contohnya adalah peserta tidak memberi perhatian semasa peserta lain sedang bercakap.

 

Semasa

Semasa hari lawatan, antara masalah yang dihadapi adalah kamera yang tidak mempunyai kuasa bateri dan saya telah dipaksa untuk mengecaskan baterinya walaupun pada masa yang singkat. Saya teruskan mengecas bateri kamera selepas sampai ke Rumah Warga Emas Nur Ehsan. Saya juga telah memberi arahan kepada unit tugas-tugas khas yang lain untuk mengambil gambar yang mereka rasa sesuai. Sementara itu, saya berada di dalam Rumah tersebut kerana dipaksa mengubah templat yang telah saya sediakan disebabkan jangka masa lawatan telah dipendekkan. Saya juga telah ditugaskan untuk menyediakan video montaj untuk dikongsi bersama semua peserta program tersebut.

 

Selepas

Selepas hari lawatan ke Rumah Warga Emas Nur Ehasan, saya telah diberi amanah untuk memuat naikkan video montaj yang telah saya sediakan ke YouTube supaya dapat dikongsi bersama semua peserta tanpa mengira di manakah mereka.

Saya juga telah diberi amanah untuk menyediakan gambar yang akan di-frame­-kan dan dihantar kepada pihak pengurusan Rumah Warga Emas Nur Ehsan.

 

 

 

 

 

 

 

 

(B)

Setelah program berakhir, saya dapat sedari bahawa kemahiran pemikiran kritikal serta kemahiran penyelesaian masalah saya telah meningkat. Ini dapat dilihat jelas apabila berlaku perubahan masa dan saya terpaksa untuk mengubah apa yang telah disediakan dalam masa yang singkat. Selain itu, saya juga diuji apabila dapat tahu tentang masalah kamera yang tiada bateri dan saya dipaksa untuk mengecas kamera tersebut serta menggunakannya pada masa yang tersingkat.

 

(C)

Masyarakat zaman kini telah berbeza berbanding dengan masyarakat zaman dulu. Kini, ramai orang berasa adalah lebih penting untuk mencari kerja dan rezeki berbanding dengan keluarga yang mereka sepatutnya menyayangi. Seperti yang wakil pihak pengurusan Rumah Warga Emas Nur Ehsan beritahu, mereka semua yang telah ditinggalkan di sana mempunyai anak dan anak mereka telah meninggalkan mereka dengan pelbagai alasan. Ibu-ibu yang telah ditinggalkan di sana berasa kesunyian tanpa teman yang merek menyayangi.

Manusia zaman kini perlu dididik supaya menyayangi keluarga mereka dan selalu mengutamakan keluarga mereka daripada kekayaan. Mereka perlu dididik sejak kecil lagi supaya keutamaan itu menjadi suatu perkara yang biasa.

 

(D)

Saya rasa saya akan lebih menyayangi dan menghargai ibu bapa saya yang telah membesarkan saya selama 21 tahun ini. Saya juga akan lebih melakukan kerja sukarela supaya dapat lebih memahami masalah yang dihadapi oleh dunia sekarang. Saya juga rasa adalah lebih baik jika saya dapat tahu latar belakang setiap warga emas dan sebab mengapakah mereka ditinggalkan di sana supaya lebih memahami dan mendapat pengajaran dari cerita mereka.

 

~Ryan Low Wei Yee~

Refleksi Khidmat Komuniti Nur Ehsan (6)

Pada 21 November 2015, TITAS Seksyen 37 telah menganjur Program Helping Hands 2015 di Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan. Semua mahasiswa/i dari TITAS seksyen 37 dan pensyarah Dr. Akmaliza Bt Abdullah telah melibatkan diri dalam program ini.

Saya dan kawan sekelas saya, Chik Wen Xin telah dilantik sebagai ahli unit cenderamata. Setelah beberapa perjumpaan dan mesyuarat dengan pensyarah dan semua AJK program ini, kami telah mendapat panduan untuk memberi cenderamata yang paling sesuai untuk warga emas Pusat Jagaan Nur Ehsan. Kami telah mengambil keputusan untuk membeli tuala kecil dan tasbih untuk warga emas. Kami juga dikehendaki membeli kenangan plakat untuk Pusat Jagaan Nur Ehsan sebagai kenangan. Kebanyakan warga emas sudah uzur dan bertindak lambat, kami ingin menghadiahkan barangan yang dapat digunakan oleh mereka dan bukan hiasan sahaja. Semua warga emas di pusat jagaan tersebut adalah beragama Islam, oleh itu, tasbih sangat sesuai untuk mereka. Saya dan Chik amat mementingkan program ini kerana tanggungjawab kami dapat membawa kegembiraan kepada bukan sahaja watga emas, tetapi juga untuk Pusat Jagaan Nur Ehsan. Kami amat berharap dapat mewakili TITAS Seksyen 37 untuk memberi hadiah kenangan yang kecil tetapi perasaan kebahagiaan yang sepenuhnya kepada warga emas yang jarang mendapat cenderamata. Kami ingin mengkongsikan perasaan kegembiraan dan kebahagiaan semua ahli dari TITAS seksyen 37 dan pensyarah kami dengan semua warga emas dan juga semua pekerja di pusat jagaan tersebut.

Untuk persediaan awal, saya dan Chik telah mencari beberapa kedai dan pemborong untuk berbanding harga tuala kecil. Kami ingin mendapat tuala kecil yang berkualiti tinggi dalam harga yang terendah supaya dapat menjimatkan baget yang ditetapkan. Untuk tasbih, kami telah mendapat pandangan dari ahli lain bahawa boleh membeli tasbih di hypermarket seperti Mydin. Kami telah menghubungi beberapa pemborong dan kedai untuk mendapat harga yang terendah dan munasabah. Akhirnya kami telah memilih beberapa lokasi untuk mendapat harga yang memuaskan. Kami telah merancang perjalanan yang paling sesuai supaya tidak membazirkan masa. Pada 19 November 2015, saya dan Chik telah mendapat bantuan daripada abang Chik untuk membeli barangan. Pada permulaan, kami telah pergi Taman Universiti untuk mencari sebuah kedai membuat cenderamata dan trophy. Kami telah menempah plakat kenangan di sana. Selepas itu, kami telah pergi Mr. D.I.Y yang terletak di U-Mall, Skudai untuk membandingkan harga tuala, tetapi harga tuala di Mr. D.I.Y agak mahal. Oleh itu, kami mengambil keputusan untuk membeli tuala di sebuah pemborong tuala yang terletak di Bandar Baru Permas Jaya. Walaupun pemborong tersebut sangat jauh tetapi kualiti tuala mereka sangat baik dengan harga yang lebih rendah. Selepas itu, kami telah pergi Mydin Wholesale Hypermarket di Taman Rinting, Masai untuk membeli tasbih. Semasa membeli tasbih, Saya dan Chik keliru apabila menghadapi jenis tasbih yang berbeza-beza dari segi saiz dan warna. Hal ini demikian kerana kami tidak biasa dengan tasbih walaupun kami pernah melayari internet untuk memdapat gambar tasbih tetapi kami tidak tahu adakah hanya tasbih tertentu sesuai untuk warga emas. Akhirnya, kami telah mendapat tujuk ajar dari pensyarah kami untuk memilih tasbih yang sesuai. Semasa proses pembelian tasbih ini, terdapat seorang pekerja asyik menjeling kami. Kami rasa pekerja tersebut mungkin ingat kami bermain-main dengan tasbih kerana tasbih merupakan untaian butir manik-manik agama Islam. Pekerja tersebut kemungkinan besar rasa kami tidak menghormati agama lain, tetapi kami tidak berniat begitu. Selepas mengira kos yang telah digunakan, kami terdapat baki yang mencukupi untuk membeli bekas untuk tuala kecil dan tasbih. Kami memilih bekas yang cantik tetapi perlu sendiri DIY dan juga bag kecil untuk mengisi tasbih. Pada keesokkan hari, saya dan Chik telah DIY bekas tersebut untuk mentaruhkan tuala kecil dalam bekas dan mengisikan bag kecil dengan tasbih. Pada waktu petang, kami telah pergi kedai membuat cenderamata dan trophy untuk mengambil plakat kenangan yang ditempah. Selepas menyiapkan persediaan, saya dan Chik amat gembira dan bersyukur mendapat bantuan daripada rakan sekelas, pensyarah dan juga abang Chik. Pada masa itu, kami rasa sangat puas hati kerana dapat menyempurnakan tanggungjawab kami dalam baget dan masa yang ditentukan.

Pada 21 November 2015, semua ahli TITAS Seksyen 37 dan pensyarah berkumpul di Mak Ngah’s catering untuk bersarapan pada pukul 7 pagi. Lebih kurang pukul 8, kami bertolak ke Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan. Kami tiba di sana pada pukul 8.45 am, sebaik tiba di sana, saya berasa terkejut kerana pusat jagaan tersebut pada luar jangkaan saya. Pusat jagaan tersebut tidak begitu mewah dan sedikit lusuh. Semua warga emas kelihatan penat dan termenung semasa ketibaan kami. Pada masa itu, saya berasa segan kerana takut ketibaan kami telah membebankan mereka. Tetapi semasa proses ice-breaking, semua warga emas mula menikmati aktiviti-aktiviti yang dilangsungkan oleh ahli TITAS Seksyen 37. Semasa saya berbual-bual dengan warga emas Nur Ehsan, saya mendapati mereka sangat sunyi dan mereka amat suka kedatangan kami. Melalui perbualan dengan warga emas, kebanyakan anak-anak mereka sibuk dengan pekerjaan masing-masing, oleh itu, mereka dihantar ke pusat jagaan untuk mendapat jagaan yang lebih sempurna. Selepas sesi ice-breaking, aktiviti seterusnya ialah senamrobik. AJK program Helping Hands telah menimbang situasi warga emas dengan menyediakan senamrobik yang senang dan dapat membuat dengan duduk di atas kerusi. Pada sesi itu, saya mendapati warga emas membuat pergerakan dengan sifat kebudakan. Muka mereka ceria dan tidak ada perasaan tidak sabar. Saya amat terharu apabila melihat situasi ini. Sesi seterusnya ialah aktiviti melipat origami. Mereka melipat origami dan juga segelintir melukis gambaran di atas kertas warna. Pada masa itu, semua AJK juga menulis perkataan rahmat untuk warga emas sebagai kenangan untuk mereka. Kami juga telah menyediakan makanan iaitu bubur untuk warga emas. Terdapat beberapa AJK menyuapkan bubur untuk warga emas. Apabila saya menampak situasi ini, saya amat terharu kerana AJK kami melayankan warga emas sebagai ibu kandungan mereka dengan seikhlas hati. Selepas itu, saya dan Chik memberikan cenderamata kepada semua warga emas. Sebaik sahaja mereka mendapat cenderamata, muka warga emas bersyukur dan sangat ceria. Apabila saya mengedarkan hadiah, saya pun berasa sangat gembira dan puas hati kerana warga emas sangat suka cenderamata yang kami sediakan. Pada sesi akhir, iaitu sesi bergambar, semua warga emas senyum dengan seiklas hati dan ini telah menjadi kenangan yang sangat istimewa dan gembira semua orang. Kami telah mengakhirkan program ini pada pukul 12 tengah hari. Selepas balik dari Pusat Jagaan Nur Ehsan, semua AJK dan pensyarah mendapat bungkusan makanan tengah hari.

Sebelum program ini, saya tidak pernah melibatkan diri dalam aktiviti seperti ini. Pengalaman ini sangat saya hargai. Melalui program ini, saya dapat mengetahui cara bercakap terutamanya terhadap wagra emas. Semasa berbual-bual dengan mereka, saya selalu mengingatkan diri supaya tidak menyentuh isu yang sensitif supaya tidak melukai hati mereka. Di samping itu, saya juga dapat mempelajari sabar. Semasa menghangdapi dengan warga emas yang uzur, mereka bertindak tidak begitu cergas, oleh itu, saya selalu sabar apabila berbual-bual dengan mereka atupun pada masa mengedarkan cenderamata. Sebelum ini, saya selalu tidak menyempurnakan tanggungjawab sendiri dengan sepenuh hati. Melalui program ini, daripada perancangan, proses pembelian dan akhirnya di pusat jagaan, saya mendapati saya dapat menyempurnakan tanggungjawab saya dengan seikhlas hati.

Semasa menghadapi warga emas di Pusat Jagaan Nur Ehsan, saya berasa simpati dengan perbuatan anak mereka yang menghantar warga emas ke pusat jagaan. Anak mereka menganggap perbuatan mereka dapat menjaga ibu mereka, tetapi sebaliknya, ibu mereka hanya memerlukan temanan anak mereka sahaja. AJK program ini dapat melayan warga emas sebagai ibu kandungan mereka, kenapa anak-anak mereka tidak dapat melayankan ibu kandungan sendiri dengan sepenuh hati? Masyarakat sekarang yang semakin mementingkan kekayaan ini telah menyebabkan keadaan bilangan warga emas bertambah di pusat jagaan. Pada pendapat saya, ibu bapa merupakan orang yang paling berdekatan dengan kita dan mereka bersusah payah membesarkan kita, kita tidak harus menghantar mereka ke pusat jagaan malahan sepatutnya menjaga mereka dengan sepenuh hati. Penubuhan Rukun tetangga haruslah didorongkan secara besa-besaran. Hal ini demikian kerana semua komuniti terutaanya mereka yang pertengahan umur dapat melibatkan diri dalam sktiviti yang bermakna ini. Komuniti ini kebanyakkan yang terdiri daripada warga emas kerana mereka mempunyai masa lapangan yang banyak. Secara langsung, anak-anak mereka tidak perlu merisaukan ibu bapa mereka terlalu lapang dan kadar menghantar ibu bapa ke pusat jagaan dapat dikurangkan.

Melalui program ini, aspek kemahiran insaniah yang dapat saya pertingkatkan melalui program ini ialah kemahiran komunikasi. Kemahiran komunikasi saya dipertingkatkan apabila saya berbincang dengan AJK Program Helping Hands lain. AJK lain mempunyai tanggungjawab masing-masing, tetapi kami dikehendaki saling berkomunikasi dan bekerjasama supaya program ini dapat dijalankan dengan lancar. Sebagai contoh, masa sesi pengedaran cenderamata telah ditetapkan selepas berbincang dengan AJK lain. Kemahiran seterusnya ialah pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah. Dari proses perancangan, proses perbandingan antara kedai-kedai, proses pembelian dan penyediaan dan proses pengedaran hadiah, saya telah mempelajari pemikiran krisis dengan menentukan yang mana perbuatan dan keputusan paling sesuai untuk program ini. Apabila saya dan Chik menghadapi masalah semasa proses pembelian, kami berbincang bersama-sama dan menukarkan perancangan yang telah ditetapkan awal supaya dapat meyelesaikan masalah dengan secepat mungkin. Sebagai contoh, asalnya kami ingin membeli tuala kecil di Mr. D.I.Y, tetapi harga terlalu mahal dan kami mengambil keputusan pergi ke pemborong yang terletak di  Bandar Baru Permas Jaya. Kemahiran selanjutnya ialah kemahiran kerja berpasukan. Unit cenderamata hanya terdiri daripada saya dan Chik. Kami saling bekerjasama dan membahagikan kerja supaya dapat menyempurnakan kerja kami dalam masa yang singkat. Sebagai contoh, Chik telah mencari beberapa kadei dan pemborong menjual tuala kecil, malahan saya menghubungai mereka untuk mendapat informasi yang lebih lanjut.

Kesimpulannya, program ini telah memanfaatkan saya bukan sahaja kemahiran teknikal tetapi juga kemahiran insaniah yang sangat berguna untuk masa depan saya.

 

~Han Xin Hui~

Refleksi Khidmat Komuniti Nur Ehsan (4)

  1. Sebelum program ini dijalankan, kami telah melakukan perancangan dengan teliti dalam masa dua bulan sebelum tarikh program tersebut. Pelbagai persiapan telah dijalankan seperti pengagihan tugas bagi setiap jawatankuasa, menyediakan pelbagai aktiviti yang sesuai, makanan yang sesuai, persiapan hadiah serta lawatan awal ke rumah orang tua tersebut.

 

Apabila tibanya hari untuk menjalankan program tersebut, kami berkumpul pada awal pagi di Mak Ngah Cafe sebelum bergerak ke Pusat Jagaan Nur Ehsan dengan bas. Perjalanan kami ke sana mengambil masa kira-kira 30 minit. Sebelum tiba di destinasi, kami telah diturunkan di sebuah stesen minyak berhampiran. Kemudian, kami telah menaiki sebuah van milik pusat jagaan tersebut untuk ke destinasi. Tibanya kami di sana, kami disambut mesra oleh penghuni pusat jagaan tersebut. Tetapi, segalanya adalah luar daripada jangkaan kami. Kami menjangkakan program tersebut akan dijalankan di dalam sebuah dewan, tetapi kami hanya menjalankannya di satu ruang di hadapan pusat jagaan tersebut yang merupakan tempat bagi mereka beristirahat. Walaubagaimanapun, program tetap diteruskan. Masing-masing mengambil peranan membuat persiapan sebelum program dimulakan. Perjalanan program sedikit berbeza daripada perancangan awal. Berdasarkan pemerhatian saya, penghuni pusat jagaan tersebut semuanya dijaga dengan baik dan keperluan mereka dijaga dengan baik. Semasa program dijalankan, kebanyakannya kelihatan gembira dengan aktiviti yang dijalankan. Dalam kegembiraan mereka itu, terdapat kesedihan yang terpendam kerana anak-anak mereka yang tidak sanggup menjaga mereka dan menghantar mereka ke situ. Namun ada daripada mereka yang hanya dihantar ke situ untuk beberapa hari sahaja kerana anaknya ingin menunaikan umrah dan ada juga yang dihantar kerana anaknya memang tidak dapat menjaga orang tuanya atas sebab kesihatan si anak yang tidak mampu mengurus diri apakan pula mengurus orang tuanya.

 

Setelah berakhir program yang dijalankan, kami mengemas semua peralatan dan perkakasan lalu dibawa naik ke atas bas untuk pulang ke kampus. Tibanya di kampus, kami makan tengah hari di Mak Ngah Cafe beramai-ramai sebelum pulang ke kolej kediaman masing-masing.

 

 

  1. Setelah program berakhir, terdapat beberapa perkara yang telah saya sedari dan pelajari tentang diri saya sendiri. Saya dapati saya dapat menjadi pengerusi majlis bagi acara tidak formal di mana saya tidak pernah mengetahui akan perkara itu sebelum ini.

 

 

  1. Mengenai realiti kehidupan masyarakat, memang ada segelintir masyarakat kita yang membuang ibu bapa mereka ke rumah orang tua. Saya sudah menyedari akan kewujudan perkara ini kerana kes seperti ini banyak diceritakan di siaran telivisyen. Tetapi saya tidak pernah lagi beinteraksi secara langsung dengan mangsa-mangsa kes pembuangan ini. Majoriti penghuni pusat jagaan tersebut adalah ibu bapa yang telah dibuang oleh anak-anak mereka yang tidak sanggup menjaga orang tuanya. Saya tidak suka dengan perbuatan anak-anak mereka tersebut di mana perbuatan mereka itu boleh disifatkan sebagai tidak berperikemanusiaan. Salah satu isu mendesak dalam komuniti tersebut ialah mereka dalam kesedihan dan memerlukan belaian kasih sayang daripada anak mereka. Aktiviti yang kami jalankan ada menyentuh isu tersebut. Kami telah berusaha sedaya upaya untuk menggembirakan mereka dengan aktiviti yang kami jalankan.

 

 

  1. Terdapat pelbagai andaian yang boleh ditimbulkan mengenai isu pembuangan ibu bapa ini. Antaranya ialah ibu bapa tidak mengasihi anak-anaknya lalu anak-anaknya juga tidak mengasihi ibu bapanya. Mungkin juga anak-anak itu tidak sanggup untuk menanggung beban dan kepayahan untuk menjaga ibu bapa yang sudah uzur. Andaian yang terakhir ialah anak-anak sangat sibuk dengan pekerjaan hinggakan tiada masa dapat diluangkan untuk menjaga ibu bapa.

 

Banyak pengajaran yang diperoleh daripada program yang kami jalankan ini. Salah satu daripadanya ialah kita perlulah mengasihi kedua ibu bapa kita dan menjaga mereka hingga ke akhir hayat. Kita juga perlulah menjaga kedua ibu bapa kita dengan penuh kasih sayang seperti mana mereka menjaga dan membela kita sejak dari hari pertama kita lahir ke dunia. Selain itu, kita juga mestilah sentiasa mencari masa untuk diluangkan bersama ibu bapa walaupun kita sangat sibuk dengan hal lain. Akhir sekali, kita perlulah meletakkan keutamaan kepada ibu bapa di atas sekali dibandingkan dengan perkara-perkara lain yang keutamaannya datang selepas ibu bapa.

 

Saya telah dapat mengaplikasikan pengajaran yang saya peroleh daripada program ini ke dalam kehidupan seharian saya. Selepas program ini dijalankan, saya telah mula merasakan perasaan sayang terhadap ibu bapa saya bertambah lebih banyak daripada sebelumnya. Setiap hari, saya akan mencari kekosongan masa untuk menelefon kedua ibu bapa saya di rumah dan bertanyakan khabar. Akhir sekali, apa-apa masalah yang saya hadapi, masalah mengenai ibu bapa saya akan utamakan dan selesaikan terlebih dahulu sebelum saya menyelesaikan masalah-masalah yang lain.

 

Saya ingin mengetahui dengan lebih mendalam tentang sebab anak-anak sanggup membuang ibu bapa mereka. Antara maklumat yang saya dapat kongsikan dengan orang lain ialah kes seperti ini memang berlaku dalam kehidupan kita dan ia boleh berlaku dalam masyarakat yang dekat dengan kita atau golongan orang yang dekat dengan kita. Saya juga dapat berkongsi maklumat bahawa pusat jagaan memang sangat mengalu-alukan apa sahaja bentuk sumbangan daripada masyarakat untuk membantu mereka mengurus serta menyediakan keperluan asas bagi penghuninya.

 

Kami telah memberi sumbangan beras kepada mereka. Antara sumbangan lain yang boleh diberikan ialah wang ringgit, pakaian dan tempat tidur yang selesa. Sumbangan ini dapat meringankan beban bagi pusat jagaan yang menanggung segala kos bagi semua penghuninya.

 

 

  1. Banyak kemahiran insaniah yang telah dapat saya tingkatkan melalui program ini. Antaranya ialah dalam aspek kemahiran berkomunikasi. Saya dapat belajar cara berkomunikasi dengan golongan yang berumur dengan lebih baik. Saya juga dapat menyampaikan maklumat dengan lebih baik.

 

Selain itu, saya juga dapat tingkatkan kemahiran insaniah dalam aspek pemikiran kritis dan penyelesaian masalah. Saya dapat berfikir secara kritis apabila segala-galanya adalah di luar jangkaan awal dan saya perlu menyesuaikan diri dengan suasana tersebut serta menyelaraskan aktiviti untuk dijalankan. Saya juga dapat menyelesaikan sesuatu masalah dengan cara yang lebih baik.

 

Akhir sekali, saya juga dapat tingkatkan kemahiran insaniah dalam aspek kemahiran kerja berpasukan. Kami dapat menjalankan program ini dengan jayanya dengan semangat kerja berpasukan yang tinggi yang telah ditunjukkan oleh rakan-rakan. Saya telah dapat bekerja dengan baik dalam pasukan.

 

~Harris~

Refleksi Khidmat Komuniti Kg Tanah Abang (5)

Pada tanggal 08 April 2015, telah diadakan satu program berbentuk kemasyarakatan di Kampung Orang Asli Tanah Abang, Mersing. Program ini adalah hasil usaha sama antara pihak Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAIJ), serta Fakulti Tamadun Islam Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Program ini adalah satu program serampang dua mata kerana di samping membantu masyarakat di komuniti Tanah Abang, kami juga mengajak mereka untuk lebih mendekati Islam dengan berdakwah menggunakan medium yang berbeza iaitu berdakwah dengan menggunakan akhlak.

Pada dasarnya, orang asli di Kampung Tanah Abang ini ada yang sudah memeluk Islam, namun begitu pegangan mereka masih belum kuat di mana mereka masih memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar dari mereka yang lebih arif terutamanya dari golongan ustaz serta ustazah yang pastinya lebih arif tentang agama. Atas dasar itu, timbul rasa tanggungjawab di kalangan pihak JAIJ untuk mengadakan program serta aktiviti yang menarik untuk memberi pendedahan kepada orang asli ini tentang keindahan Islam. Segala-galanya haruslah dilakukan secara perlahan-lahan dan berhati-hati ibarat menarik rambut dalam tepung memandangkan kebanyakan mereka masih kuat berpegang kepada kepercayaan nenek moyang mereka. Tidak ketinggalan juga ada sebahagian mereka yang telahpun menganut agama Kristian.

Pihak JAIJ telah menganjurkan program Khidmat Komuniti Orang Asli Kampung Tanah Abang dengan kerjasama Fakulti Tamadun Islam, Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Program ini telah berlangsung selama empat hari bermula 08 April sehingga 11 April.

Sebelum bermulanya program, pihak JAIJ dan UTM telah mengadakan mesyuarat bagi melantik ahli jawatankuasa yang akan mengelola program di sana. Ahli jawatankuasa yang terlibat telah bertungkus lumus menyediakan segala kelengkapan yang diperlukan untuk dibawa dan kelengkapan yang akan digunakan sepanjang program berlangsung.

Kami telah dibahagikan kepada setiap unit masing-masing bagi membantu kelancaran program dan saya telah dipilih untuk memegang jawatan selaku Ketua Unit Pengangkutan dan Penginapan. Tugas saya adalah untuk menghubungi bas yang akan digunakan bagi perjalanan pergi dan balik kami ke program tersebut. Selain itu, saya juga diberi tanggungjawab untuk mendapatkan beg tidur yang akan digunakan untuk tidur bagi memastikan setiap peserta mendapat rehat yang sempurna sepanjang program itu berlangsung. Perkara ini sangat penting kerana dapat membantu saya mempelajari cara-cara berurusan dan berkomunikasi dengan orang penting.

Bermula seawal jam 9.00 pagi, kami telah berkumpul di depan Blok U5 Kolej Perdana UTM Johor, seperti yang telah dipersetujui bersama dengan pemandu bas yang akan membawa kami ke kampung Tanah Abang. Sebelum bertolak ke sana, kami telah bersama-sama mengangkat barang yang diperlukan untuk dibawa ke sana meskipun itu bukanlah dibawah tanggungjawab unit. Di sini dapat dilihat semangat kerjasama dipupuk dalam diri setiap peserta untuk saling membantu antara satu sama lain sehingga selesai semua kerja. Sebelum berangkat pergi, kami dikehendaki mengangkat sejumlah besar beras ke dalam bas dan kerja ini memerlukan kerjasama yang baik antara semua peserta. Kami bersama-sama membantu mengangkat beras meskipun pada awalnya kami tidak mengenali antara satu sama lain. Setelah selesai, kami pun bertolak ke destinasi iaitu Kampung Tanah Abang, Mersing.

Alhamdulillah, perjalanan kami ke sana tidak ditimpa sebarang musibah dan kami selamat sampai di sana kira-kira jam 2.00 petang. Setibanya di sana, saya agak terkejut melihat suasana di sana yang jauh berbeza dengan kampung-kampung yang pernah saya lawati sebelum ini. Hal ini demikian kerana, kampung mereka dipenuhi sekumpulan anjing yang banyak sehingga menimbulkan rasa gerun dalam diri sebilangan peserta yang terlibat. Kami disambut baik oleh pihak JAIJ dan juga beberapa anak orang asli yang agak sedikit kaget melihat kehadiran kami.

Kami pun menurunkan semua barang yang dibawa dan meletakkannya di dalam dewan yang telah disediakan. Kemudian, kami menjamu selera juadah yang telah disediakan iaitu Nasi Ayam. Dek kerana kelaparan, saya mengambil dua bungkus Nasi Ayam memandangkan ada lebihan yang tinggal. Jadi untuk mengelakkan pembaziran, saya pun mengambil nasi yang lebih dan saya makan sehingga habis. Alhamdulillah, saya berasa kenyang dengan rezeki yang dikurniakan. Setelah selesai menjamu selera, kami pun diberi peluang untuk merehatkan diri di dalam bilik yang telah disediakan. Meskipun bukan kami yang memandu bas pada ketika itu, namun kami berasa agak letih.

Setibanya di bilik, kami agak terkesima kerana ruangan yang disediakan untuk kami tidur bukanlah di dalam bilik rehat, sebaliknya kami hanya diberikan sebuah bengkel yang telah dibentangkan tikar yang dijadikan alas untuk kami tidur pada waktu malam. Di awal2 program lagi kami telah mendapat satu pengajaran yang cukup bermakna, bersyukur apa yang ada. Meskipun hanya diberikan bengkel namun kami tetap bersyukur kerana masih ada tempat untuk kami berteduh dari hujan dan panas sepanjang kami berkampung disini. Setelah meletakkan semua barang kami di dalam bilik, kami pun menunaikan solat Zohor secara berjamaah dengan diimamkan oleh pengarah program kami sendiri.

Kami diminta untuk berkumpul semula di dalam dewan setelah selesai menunaikan solat Zohor untuk mendengar sedikit taklimat yang akan disampaikan oleh pegawai daripada JAIJ berkenaan perjalanan program kami sepanjang kami berada di kampung Tanah Abang ini. Taklimat yang diberikan agak ringkas dan padat dan kami semua memahami setiap intipati yang dikatakan oleh pegawai berkenaan. Perkara pertama yang kami lakukan adalah kami bekerjasama dengan pihak JAIJ untuk menyiapkan frame yang akan diberi kepada semua ketua keluarga pada majlis penutup. Saya tidak dapat membantu rakan-rakan yang lain melakukan persiapan tersebut memandangkan saya bertugas selaku pengacara majlis untuk majlis perasmian pembukaan pada malam tersebut. Saya bersama Ketua Unit Protokol melakukan persiapan untuk majlis perasmian pembukaan bagi memastikan majlis pada malam itu berjalan dengan lancar. Di sinilah saya mempelajari ilmu baru, iaitu ilmu mengacara majlis memandangkan ini adalah kali pertama saya menjadi pengacara majlis.

Pada pukul 5 petang, kami semua telah menngadakan program ziarah sekampung dimana program ini adalah bertujuan untuk beramah mesra bersama penduduk kampung di samping menerangkan kepada penduduk kampung tentang tujuan program kami serta mengajak penduduk kampung untuk turut serta memeriahkan program yang pihak kami rancangkan. Kami berpecah kepada 3 kumpulan dan setiap kumpulan di ketuai oleh penduduk kampung itu sendiri yang menunjukkan kami jalan ke rumah-rumah keluarga angkat kami serta penduduk kampung yang lain. Setelah selesai program, saya terpaksa bergegas semula ke dewan kerana saya merupakan pengacara majlis bagi malam perasmian pembukaan. Saya bersama beberapa orang rakan yang lain melakukan persiapan bagi memastikan majlis perasmian pembukaan dapat berjalan dengan lancar.

Pada waktu malam, kami semua berkumpul di dewan untuk majlis perasmian pembukaan. Selaku pengacara majlis, saya sedikit berdebar memandangkan ini adalah pengalaman pertama saya menjadi pengacara untuk majlis yang formal. Peluh gemuruh mula menitik tatkala saya berdiri di hadapan para penonton dan majlis dimulakan dengan acara cabutan bertuah. Saya amat terharu dengan kerjasama yang ditunjukkan oleh para penonton dan ini membuatkan saya bertambah lebih semangat untuk meneruskan acara. Tidak lama selepas itu majlis pun bermula dan simbolik perasmian majlis juga selesai dilaksanakan tanpa sebarang masalah. Majlis pada malam itu berjalan dengan agak lancar dan setelah selesai majlis, kami mengadakan post-mortem bagi menambah baik aturcara serta mengingatkan semua peserta tentang tentatif program untuk keesokan harinya. Lebih kurang jam 12 malam kami semua pulang ke bilik untuk merehatkan badan dan tidur.

Keesokan harinya iaitu pada hari Khamis, kami bangun awal pagi bagi menunaikan solat sunat Tahajud secara berjemaah dan seterusnya melakukan solat Subuh secara berjemaah. Setelah itu, kami mendengar sedikit kuliah Subuh yang disampaikan oleh Dr. Nurazmallail. Setelah itu kami yang lelaki kembali semula ke bilik untuk menyambung tidur manakala bagi peserta perempuan pula mereka bersama-sama beberapa wanita penduduk kampung melakukan senam robik di dewan. Pada pukul 10 pagi, kami semua pergi ke rumah keluarga angkat masing-masing dan kami pun berbual-bual, bertanyakan tradisi penduduk kampung, kehidupan seharian mereka dan banyak lagi. Saya mengikut rakan saya pergi ke rumah keluarga angkatnya kerana saya malu untuk berbual sendiri secara berseorangan dengan keluarga angkat saya, sehingga menyebabkan keluarga angkat saya menunggu kehadiran saya di rumah. Saya berasa serba salah dan ketika saya sampai di rumahnya, dia telahpun makan makanan yang sepatutnya kami makan bersama. Kami kemudian nya berbual-bual dan mereka menghidangkan air Nescafe untuk kami minum. Saya bukanlah seorang yang menggemari Caffein, dan saya memang tidak pernah minum air Nescafe itu. Namun demi menjaga hati keluarga angkat, saya terpaksa meminum air itu. Pada jam 1.30 petang, saya meinta izin untuk berangkat pulang.

Setelah selesai menunaikan solat Zohor dan Asar secara jamak, kami merehatkan diri di dalam bengkel dan bersiap-siap untuk perlawanan badminton bersama pegawai JAIJ dan penduduk kampung. Ternyata umur bukanlah penghalang kerana rata-rata pegawai JAIJ dan penduduk kampung lebih tua jika dibandingkan dengan kami para peserta. Namun mereka lebih handal dan akhirnya perlawanan akhir badminton kategori lelaki menemukan pegawai JAIJ dan penduduk kampung yang akhirnya dimenangi oleh pegawai JAIJ.  Pada waktu petang nya pula, telah diadakan perlawanan persahabatan bola sepak antara pegawai JAIJ dan penduduk kampung Tanah Abang. Saya dan beberapa rakan lain dipilih untuk bersama-sama pegawai JAIJ memperkuat pasukan mereka. Satu perlawanan yang sengit ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan yang menyaksikan serangan demi serangan dilakukan ke gawang masing-masing bagi memperoleh gol. Namun, nasib tidak menyebelahi kami apabila kami tewas dengan jaringan 2 berbalas 4, namun saya agak gembira kerana saya berjaya menyumbangkan satu gol.

 

Pada waktu malam, kami sekali lagi mengadakan cabutan bertuah namun sebelum itu telah diadakan satu tayangan video berunsurkan nilai-nilai murni dan para penonton diberi soalan berkaitan video yang ditayangkan dan hadiah diberikan kepada mereka yang berjaya menjawab soalan dengan tepat. Video yang ditayangkan ternyata sangat menyentuh hati dan ada yang hampir menitiskan air mata kerana rata-rata video yang ditayangkan banyak menyentuh soal kekeluargaan dan ini sangat memberi kesan kepada para penonton yang hadir. Setelah selesai sahaja tayangan video, acara pada malam itu diteruskan dengan acara cabutan bertuah dan saya sekali lagi sangat terharu dengan sambutan yang sangat menggalakkan daripada penduduk kampung. Mereka seolah-olah tidak sabar menantikan nombor mereka dipanggil untuk menerima hadiah yang bakal diberikan. Setelah selesai semua, penduduk kampung serta semua peserta menjamu juadah yang telah disediakan oleh pihak pegawai JAIJ. Kami sekali lagi mengadakan post-mortem pada malam itu setelah tamat semua acara bagi menerangkan tentatif pada keesokannya harinya memandangkan esok adalah hari yang sangat sibuk bagi kami pihak penganjur. Setelah selesai semua kami pun pulang ke bilik untuk tidur kerana jam telahpun menunjukkan hampir pukul 1 pagi dan kami memang telah kepenatan.

Seperti biasa, kami bangun pada awal pagi untuk menunaikan solat Tahajud dan Subuh secara berjemaah dan mendengar kuliah Subuh. Setelah itu, kami tidak tidur kerana ada acara yang sangat penting iaitu acara sukaneka bersama anak-anak kampung Tanah Abang serta sedikit senam robik bersama penduduk kampung. Kami pun bersama-sama penduduk kampung pergi ke padang untuk meneruskan program yang telah dirancang. Kami sangat terkejut pada awalnya kerana anak-anak penduduk kampung ini dilihat begitu bersemangat. Mereka telah menunggu dihadapan bilik kami seawal jam 7 pagi kerana ingin turut serta dalam program yang kami rancangkan. Saya begitu kagum melihat semangat serta kerjasama dari penduduk kampung ini. Kami meneruskan acara dengan senaman dan seterusnya sukaneka. Mereka semua dilihat begitu seronok menyertai aktiviti yang telah kami sediakan.  dengan penduduk kampung. Ternyata mereka bukanlah tandingan bagi kami, kami tewas tipis 1-5.

Pada waktu malamnya pula, tibalah acara kemuncak yang ditunggu-tunggu, majlis perasmian penutupan Program Khidmat Komuniti Kampung Tanah Abang. Segala persiapan telah dirancangkan dengan begitu rapi. Namun keadaan menjadi sedikit kelam kabut pada awalnya apabila dif kehormat tiba lebih awal dari masa yang dijangka. Saya selaku pengacara pada malam itu agak sedikit gelabah namun hasil tunjuk ajar dari Ust Rafi, keadaan berjaya dikawal. Majlis diteruskan dengan persembahan tarian sewang serta montaj sepanjang program ini berlangsung. Setelah selesai majlis rasmi tersebut, kami sekali lagi meluangkan masa bersama keluarga angkat masing-masing untuk kali terakhir. Kami meluangkan masa mengambil gambar bersama. Saya agak terkejut pada malam itu kerana saya mendapat sebuah tanjak yang dianyam dari daun mengkuang oleh salah seorang dari keluarga angkat. Saya agak terharu kerana saya bukanlah anak angkatnya, namun dia memberikan saya tanjak itu kerana katanya dia meminati saya. Saya terharu kerana dalam kalangan ramai peserta lain, saya seorang yang terpilih mendapat tanjak itu. Saya memakai tanjak itu sehingga tamat majlis pada malam itu. Kami tidur dengan begitu nyenyak memandangkan program telahpun tamat dan tinggal menunggu masa untuk pulang pada keesokan harinya.

 

Pada keesokan harinya, kami masih lagi menunaikan solat Subuh bersama-sama dan bersiap untuk berangkat pulang. Selepas bersarapan, kami bergotong-royong membersihkan kawasan sekitar dewan dan tempat tidur kami. Sekali lagi saya tersentuh melihat ada segelintir penduduk kampung serta keluarga angkat yang datang ke dewan untuk sama-sama mengiringi kami berangkat pulang. Suasana pilu seketika kerana mereka seolah-olah keberatan untuk melepaskan kami. Kami beramah mesra untuk kali yang terakhir sebelum bas tiiba lebih kurang jam 9 pagi. Setelah meletakkan barang di dalam bas, kami bersalaman dengan penduduk kampung dan bersedia untuk berangkat pulang. Jujur saya katakan ini adalah program keluarga angkat terbaik yang pernah saya ikuti dan pastinya pengalaman yang kami peroleh di sini sangat berharga. Sampai di UTM, kami makan bersama di Scholar’s Inn sebelum pulang ke kolej kediaman masing-masing. Sungguh pengalaman kami bersama masih tidak dapat dilupakan dan sehingga sekarang kami masih menghubungi satu sama lain dan kami telah pun merancang untuk mengadakan satu pertemuan kembali nanti.

 

~Syafiq~

PROGRAM BUDI PENYAYANG UTM-CALVARY CHALLENGE HOME (SEKSYEN 07) ‘We Love, We Care, We Share’

Program Budi Penyayang UTM-Calvary Challenge Home bertemakan ‘We Love, We Care, We Share’ telah diadakan pada 23 Mei 2015 di Pusat Kebajikan Anak-anak Yatim Calvary Challenge Home, Kangkar Pulai, Johor. Program ini melibatkan seramai 21 orang pelajar yang mengambil kursus UKQT 1371: Budi Penyayang (Caring Voice) dari seksyen 07 yang ditawarkan oleh Pusat Kursus Umum dan Ko Kurikulum (CGCC), Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Program ini dikoordinasikan oleh seorang pensyarah. Ia adalah salah satu usaha untuk menerapkan pembelajaran servis atau khidmat komuniti kepada pelajar-pelajar yang mengambil kursus Budi Penyayang dan dalam masa yang sama turut mengambil kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS).

Calvary Challenge Home telah dipilih sebagai lokasi program bagi tujuan mempertingkatkan sifat ihsan dan sifat penyayang dalam diri mahasiswa di samping mendedahkan pelajar kepada situasi rentas agama dan budaya yang sinonim dengan kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia. Calvary Challenge Home Kangkar Pulai  merupakan sebuah rumah kebajikan Kristian yang memberikan perlindungan kepada  anak-anak yatim dan miskin  termasuk anak-anak kurang upaya yang berketurunan India dan Cina. Melalui program seumpama ini pelajar didedahkan kepada satu strategi pengajaran dan pembelajaran  yang menggabungkan aktiviti khidmat komuniti dengan pengajaran dan refleksi bagi pemperkayakan pengalaman pembelajaran, meningkatkan kemahiran insaniah,  menanamkan perasaan bertanggungjawab kepada masyarakat dan memperkukuhkan hubungan sosial.

 

KANDUNGAN PROGRAM

Program sehari ini merupakan program motivasi yang melibatkan keseluruhan pelajar sebagai pengendali program. Seramai  40 orang anak yatim menyertai program dan seramai 5 orang staf Calvary Challenge Home turut menjadi pemerhati.  Pelbagai acara diatur bagi meningkatkan keyakinan diri, kemahiran komunikasi dan semangat bekerjasama dalam diri anak-anak tersebut. Program dimulai dengan senamrobik yang pada mulanya agak hambar kerana anak-anak yatim rata-ratanya bersifat pemalu dan agak pasif. Namun pelajar-pelajar UTM yang telah melakukan persediaan awal sebelum program dengan mengkaji karekter anak-anak yatim melalui pembacaan dan pencarian maklumat melalui internet ternyata berhasil menyelesaikan permasalahan tersebut melalui pelbagai bentuk senaman yang membuatkan mereka kemudiannya bertukar menjadi  lebih selesa. Selepas bersarapan, anak-anak yatim dipecahkan kepada lapan kumpulan yang dibimbing oleh fasilitator-fasilitator untuk aktiviti-aktiviti seperti  Ice Breaking, Spaghetti Challenge dan Explorace. Acara Masterchef Challenge menjadi acara kemuncak apabila anak-anak yatim diberi peluang mengoptimumkan kreativiti diri bagi menyediakan makanan dan minuman petang untuk kumpulan masing-masing.  Ternyata setelah hampir seharian bersama-sama pelajar-pelajar UTM, mereka menjadi lebih berkeyakinan dan tidak kekok untuk menyalurkan kreativiti mereka melalui program Masterchef. Sewaktu masa senggang, pelajar-pelajar UTM mengambil kesempatan untuk membantu anak-anak yatim menyelesaikan kerja-kerja sekolah di samping memberi nasihat supaya bersemangat untuk belajar dan berjaya. Program berakhir dengan majlis penutup, tayangan montaj dan penyampaian hadiah yang disampaikan oleh Encik Murthy, Penyelia  Calvary Challenge Home. Respons sangat positif turut diberikan oleh beliau terhadap pelajar-pelajar UTM dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Beliau dan juga beberapa orang anak yatim telah menyuarakan harapan supaya program sebegini terutamanya yang menfokuskan aspek pendidikan dapat diteruskan di Calvary Challenge Home.

 

Pengalaman menganjurkan program seumpama ini bukan sahaja memberi kesan kepada anak-anak yatim di Calvary Challenge Home tetapi turut memberikan pengalaman dan pengajaran bermakna kepada pelajar-pelajar UTM. Di sini mereka belajar untuk menyesuaikan diri, lebih bersikap empati di samping memantapkan kemahiran berkomunikasi dengan anak-anak yang kurang bernasib baik dan kurang upaya dari kaum yang berbeza. Mereka juga belajar untuk bersikap proaktif dan pantas bertindak menyelesaikan permasalahan-permasalahan yang melibatkan sikap dan tingkah laku anak-anak yatim yang adakalanya di luar jangkaan mereka. Penglibatan diri dalam program di institusi yang dikendalikan oleh orang Kristian berketurunan India turut memberikan pengalaman baru kepada pelajar-pelajar yang hampir kesemuanya terdiri daripada kaum Melayu beragama Islam. Pada kesempatan tersebut mereka berpeluang  untuk mempraktiskan pembelajaran TITAS di bilik kuliah khususnya mengenai toleransi beragama tanpa menimbulkan sebarang sensitiviti atau melanggar prinsip beragama.  Antara cabaran yang mereka hadapi ialah untuk memilih tempat menunaikan solat, menjawab persoalan-persoalan mengenai agama yang sesekali ditimbulkan oleh anak-anak serta cara berhadapan dengan anjing yang berkeliaran sewaktu aktiviti berlangsung.

 

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, program Budi Penyayang UTM-Calvary Challenge Home telah berjaya mencapai matlamatnya untuk melibatkan pelajar-pelajar UTM secara aktif dalam program bersifat khidmat komuniti. Ia juga telah memberikan kesedaran dan keinsafan kepada pelajar-pelajar bahawa mereka perlu mengambil inisiatif untuk mengusahakan kesinambungan program yang lebih baik kepada anak-anak yatim di Calvary Challenge Home.  Mereka juga berjaya mengenal pasti masalah-masalah yang dialami oleh anak-anak tersebut dan percaya  bahawa anak-anak tersebut perlu  didorong untuk meningkatkan semangat belajar dan mempunyai jati diri yang teguh bagi menghindarkan diri daripada terlibat dengan pengaruh-pengaruh tidak baik.

Program Khidmat Dakwah Komuniti Orang Asli, Tanah Abang, Mersing

Program Khidmat Dakwah Komuniti Orang Asli telah diadakan  pada 8-11 April 2015 di kampung Orang Asli Tanah Abang, Mersing, Johor. Ianya adalah program koloborasi antara Fakulti Tamadun Islam Universiti Teknologi Malaysia (FTI), Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAIJ) dan  Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dengan dibantu oleh Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA) dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Di samping itu, pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) turut memberikan kerjasama dalam menjayakan program. Tuan Haji Md. Buranudin Bin Tibek, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, JAIJ merasmikan majlis pembukaan manakala Prof. Madya Dr. Ramli Bin Awang, Timbalan Dekan (Akademik) FTI merasmikan majlis penutupan.

`           Seramai 20 orang pelajar UTM yang mengambil kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) terlibat sebagai peserta dengan diiringi oleh dua orang pensyarah dan dua orang staf  FTI. Mereka turut dibimbing dan didokong oleh lebih kurang 30 orang staf JAIJ yang diketuai oleh Ustaz Mohd. Rafi Bin A. Latiff,  Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam (Unit Ukhuwwah) dengan dibantu oleh Ustaz Solihin, PMOA Kampung Orang Asli Tanah Abang. Bagi tujuan menyantuni masyarakat orang asli, pelbagai aktiviti telah dijalankan termasuk penyerahan keluarga angkat, ziarah masyarakat, program motivasi, qiamullail, tazkirah, tayangan video, senamrobik, sukaneka, jamuan makan malam, cabutan bertuah, demonstrasi masakan dan perlawanan persahabatan badminton serta bola sepak. Pada malam penutup, masyarakat orang asli turut mempersembahkan tarian sewang yang merupakan sebahagian daripada kebudayaan tradisional mereka.

Secara keseluruhannya, program seumpama ini berjaya mendedahkan pelajar kepada satu strategi pengajaran dan pembelajaran yang menggabungkan aktiviti khidmat komuniti bagi memperkayakan pengalaman pembelajaran, meningkatkan kemahiran insaniah, menanamkan perasaan bertanggungjawab kepada masyarakat dan memperkukuhkan hubungan sosial rentas agama dan budaya.