Perkhemahan Akademik Fasa 3 SABK Madrasah Alattas Alarabiah Johor

PERKAMPUNGAN AKADEMIK FASA 3

Tarikh/Hari     : 31 Julai – 1 Ogos 2019 (Rabu – Khamis)

Tempat    : La Grandeur Palm Resort, Senai

Peserta: 111 pelajar (tingkatan 3, 5 dan 6); 20 orang guru dan seorang pensyarah UTM (Dr Hadijah Jaffri)

Perkampungan Akademik Fasa 3 merupakan progam pengayaan pencapaian akademik bagi pelajar yang bakal menduduki peperiksaan awam seperti PT3 – Tingkatan 3, SPM – Tingkatan 5, STAM dan MUET – Tingkatan 6. Para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Malaysian University English Test (MUET) di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Madrasah Alattas Alarabiah memerlukan persiapan rapi bagi menghadapi peperiksaan awam.  Perkampungan Akademik Fasa 3 merupakan program pengayaan yang melibatkan kesemua pelajar yang menduduki peperiksaan awam Malaysia seperti PT3, SPM, STAM dan MUET.

Di dalam perkampungan akademik tersebut, pelajar akan didedahkan dengan tips yang boleh diaplikasikan bagi memastikan mereka mendapat keputusan yang cemerlang, terutama bagi pelajar Tingkatan 5 dan 6 bagi tujuan permohonan kemasukan ke pusat asasi atau matrikulasi di Malaysia (bagi pelajar Tingkatan 5) dan bagi tujuan permohonan melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi awam tempatan mahupun luar negara bagi pelajar Tingkatan 6. Ini adalah kerana pencapaian mereka perlulah menepati syarat kemasukan ke pusat asasi atau matrikulasi atau institusi pengajian tinggi.

Pelajar tingkatan 5 sedang tekun menjawab soalan dalam lembaran latihan yang diberikan
Cik Rafedah Mohd Rais kelihatan bersemangat menerangkan tips peperiksaan bagi kertas perdagangan kepada calon SPM
Cik Aalia Abdul Rashid sedang menerangkan arahan tentang aktiviti dalam kumpulan kepada sekumpulan pelajar
Ustazah Noadha Asma’ Shafie menerangkan format peperiksaan Syariah PT3
Dr Hadijah Jaffri sedang memantau pelajar yang sedang menjawab soalan kertas Kefahaman (Reading) – MUET
Pelajar bekerja dalam kumpulan dalam menghasilkan rumusan novel Captain Nobody
Antara komen pelajar
Antara komen pelajar

Published by

hadijahjaffri

I am who I am and what I am cannot be defined by what I have/posses or have done. Therefore, I am me.