Archives for July 27, 2022

Selamat Hari Lahir Buat Puteri-Puteri Babah

Hari ini 27hb Julai 2022, genap setahun usia puteri-puteri ibu dan babah. Setahun yang penuh warna-warni dan menjadi pengarang jantung dan penghibur hati babah dan ibu. Puteri-puteri babah yang babah sayangi lebih dari diri babah. Kakak dan adik adalah pelengkap hidup ibu dan babah. Babah sentiasa titipkan doa semoga anak-anak babah dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, membesar dengan baik dan menjadi anak-anak yang solehah serta sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT. Babah mungkin bukan babah yang sempurna, tetapi ketahuilah, demi ALLAH, babahlah lelaki pertama yang sayang dan cinta seluhurnya kepadamu duhai puteri-puteriku sayang. Selamat ulangtahun kelahiran ke-1 Nur Alyssa Abdul Halim dan Nur Aryssa Abdul Halim.