Monthly Archives: June 2016

Online Form for UTM Student Mobility Program (Outbound)

Assalamu’alaikum wbkt & Salam Sejahtera,
 
Dear YBhg. Dato’/ Datuk/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,
 
RAMADAN MUBARAK from all of us in UTM International!
On behalf of the Global Education Unit, UTM International (http://www.utm.my/international/) I would like to inform all UTM academic staffs and researchers that ALL UTM STUDENTS (both locals & internationals, undergraduates & postgraduates) who are planning to go abroad for any mobility program (Global Outreach Program, attending seminar/conference or competition, data collection or research attachment/ study abroad/exchange) are required to get an approval first from the Office of Deputy Vice Chancellor (Academic & International) and Office of Student Affairs (HEMA).

In the case that the student is not requesting any funding from UTM International, we have developed a simple online application form for the students to apply. Please be informed that this online application form is designed ONLY FOR students who would like to join our mobility program WITHOUT requesting any fund from UTM International. The online application form can be accessed at http://www.utm.my/international/application-for-outbound-approval-only/ .

For the mobility program’s application (Outbound) with UTM mobility fund (for local students only), the students must apply manually using our form which is available at http://www.utm.my/international/outbound-mobility/ according to the type of mobility.

We would really appreciate it if you could disseminate this information to all students in your faculty/lab/under your supervision.

Please do not hesitate to contact us at globaloutreach@utm.my for further inquiries.

Thank you. 
Wassalam.
“Bring UTM to the WORLD | Bring the WORLD to UTM”
 
innovative. entrepreneurial. global

——————
Yours Sincerely,

Nor Haniza Sarmin, Prof Dr

Director (Global Education)
UTM International, Block S19
&
Professor of Mathematics
Department of Mathematical Sciences, Faculty of Science
Universiti Teknologi Malaysia
81310 UTM Johor Bahru
Johor, Malaysia
Tel : +607-5538004 (off),  +6017-7557660 (mobile)

Tadabbur Al Quran – Ustaz Baharuddin Ayudin 06.06.16

Surah Ali Imran [3:110]

 

كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَّهُم ۚ مِّنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.

 

Siapakah umat terbaik?

 

Al Quran ialah sumber ilmu.  Ilmu yang mempunyai kekuatan.  [14:1] dalil Al Quran diturunkan untuk mengeluarkan umat manusia dari kegelapan dan kesesatan.

الر ۚ كِتَابٌ أَنزَلْنَاهُ إِلَيْكَ لِتُخْرِجَ النَّاسَ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ بِإِذْنِ رَبِّهِمْ إِلَىٰ صِرَاطِ الْعَزِيزِ الْحَمِيدِ

Alif, Laam, Raa’. Itulah Kitab (Al-Quran) Kami turunkan dia kepadamu (wahai Muhammad), supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman – dengan izin Tuhan mereka – ke jalan Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji.

Sumber Al Quran ialah dari luh mahfuz.

Kitab ialah himpunan perkataan yang ditulis oleh Qalam [68:1]:

ن ۚ وَالْقَلَمِ وَمَا يَسْطُرُونَ

Nuun. Demi Pena dan apa yang mereka tulis, –

Apa yang qalam tulis?  Takdir kita.

 

[38:29]  Al Quran ditulis oleh qalam dan diturunkan kepada kita supaya tidak teraba-raba.

كِتَابٌ أَنزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِّيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ

(Al-Quran itu) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.

 

[55:1-2]

Tuhan yang maha pemurah yang mengajarkan kita Al Quran.

الرَّحْمَٰنُ

عَلَّمَ الْقُرْآنَ

(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.

Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran.

 

[97:1]

إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,

Al Quran diturunkan sebagai ketetapan untuk kita jadi umat terbaik.

Kelebihan Al Quran ialah turunnya Al Quran.

Lailatul Qadar ialah malam yang dianugerahkan kepada orang yang Allah sayang.

Orang yang tidak faham Al Quran berada dalam keadaan terumbang ambing.

Sifat pemurah Allah ialah dengan menurunkan Al Quran.

 

[2:185]

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ ۚ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ ۖ وَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۗ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.

Bulan Ramadhan ialah bulan Al Quran mula diturunkan.

Hudan ada 19 makna dalam bahasa arab.

Hudan di sini bermaksud keterangan bagi semua manusia.  Al Quran bukan untuk orang Islam sahaja.  Ajarlah Al Quran kepada yang bukan Islam juga.

Kita tak faham Al Quran, kita tak rasa berdosa.  Kita nak pegang Al Quran, kita rasa berdosa kerana tiada wuduk.  Kita sebenarnya telah ditipu oleh syaitan kerana [43:36]:

وَمَن يَعْشُ عَن ذِكْرِ الرَّحْمَٰنِ نُقَيِّضْ لَهُ شَيْطَانًا فَهُوَ لَهُ قَرِينٌ

Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.

[43:37]  Dan syaitan akan menghalang kita dari jalan yang lurus.

وَإِنَّهُمْ لَيَصُدُّونَهُمْ عَنِ السَّبِيلِ وَيَحْسَبُونَ أَنَّهُم مُّهْتَدُونَ

Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.

Contohnya:  Kita nak baca Quran tetapi rasa terhalang kerana tiada wuduk.  Sebenarnya tidak perlu wuduk.  Yang suci ialah ajaran Al Quran, bukannya kertas yang ditulis Al Quran itu.

Kita ditipu syaitan dengan 4 perkara:

  1.  Baca Al Quran tanpa faham isi kandungannya sedangkan ia adalah petunjuk ke syurga.
  2. Takut nak pegang Al Quran tanpa wuduk.  Jadinya tidak membaca langsung.
  3. Takut nak ambil Quran apabila terjaga di malam hari kerana Quran kita letak di tempat khas yang tinggi dan mungkin jauh.
  4. Wuran tidak diamalkan.  Hanya di bibir sahaja.

Jika kita tidak beri perhatian kepada Al Quran, syaitan akan perangkap kita.  [58:19] Syaitan telah berjaya memperdayakan mereka hingga mereka lupa akan Al Quran.  Al Quran diturunkan dari Siddatul Muntaha ke Baitul Izzah dan dari situ mengambil masa selama 23 tahun untuk diturunkan ke bumi.  Oleh itu manusia wajib mengambil Al Quran sebagai panduan hidup.

اسْتَحْوَذَ عَلَيْهِمُ الشَّيْطَانُ فَأَنسَاهُمْ ذِكْرَ اللَّهِ ۚ أُولَٰئِكَ حِزْبُ الشَّيْطَانِ ۚ أَلَا إِنَّ حِزْبَ الشَّيْطَانِ هُمُ الْخَاسِرُونَ

Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati (ajaran dan amaran) Allah; mereka itulah puak Syaitan. Ketahuilah! Bahawa puak Syaitan itu sebenarnya orang-orang yang rugi.

 

[6:115]

وَتَمَّتْ كَلِمَتُ رَبِّكَ صِدْقًا وَعَدْلًا ۚ لَّا مُبَدِّلَ لِكَلِمَاتِهِ ۚ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Dan telah sempurnalah Kalimah Tuhanmu (Al-Quran, meliputi hukum-hukum dan janji-janjiNya) dengan benar dan adil; tiada sesiapa yang dapat mengubah sesuatupun dari Kalimah-kalimahNya; dan Dia lah yang sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Mengetahui.

Kalimat di sini bererti perintah-perintah.

Allah maha mendengar lagi maha mengetahui.

Perintah-perintah ini membentuk jati diri muslim.

 

[2:138]

صِبْغَةَ اللَّهِ ۖ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ صِبْغَةً ۖ وَنَحْنُ لَهُ عَابِدُونَ

(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: “Ugama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat”.

صِبْغَةً = acuan

Kalau acuan kita tidak ada ramuan Al Quran, macamana kita nak jadi umat terbaik?

Acuan umat terbaik ialah dari acuan Allah.

Jika kita cakap sahaja kita ikut tapi sebenarnya kita tak buat pun.  Ini bermakna kita berpura-pura.  Yang menakutkan ialah ini sifat munafik kerana tidak terima Al Quran.

Hari-hari kita engkar pada Allah.  Ini ialah sifat munafik.

Patutkah kita engkar pada Allah sedangkan kita duduk di atas bumiNya dan di bawah langitNya.

 

Kalau kita abaikan Quran, kita tidak masuk syurga [7:40]:

إِنَّ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا وَاسْتَكْبَرُوا عَنْهَا لَا تُفَتَّحُ لَهُمْ أَبْوَابُ السَّمَاءِ وَلَا يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّىٰ يَلِجَ الْجَمَلُ فِي سَمِّ الْخِيَاطِ ۚ وَكَذَٰلِكَ نَجْزِي الْمُجْرِمِينَ

Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk Syurga sehingga unta masuk di lubang jarum dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan kesalahan.

Sesiapa yang mendustakan ayat-ayat Quran dan sombong dengannya:

  • amalan tidak diterima
  • tidak masuk syurga

Orang yang tidak pedulikan Al Quran ialah seorang penjenayah.  Dia berada di dalam kelumpuk syaitan tanpa disedarinya.

 

Allahu a’lam

 

 

UTM at the roof of the world

ede570fa-d409-4dc7-bf1c-1aed693aca2d-551x414

MOUNT EVEREST, 23 May 2016 – Two UTM members of Everest mission, Azim Afif Ishak and Mohd Farul Aidib Mohamad  Yusoff, successfully reached the summit of the tallest mountain on Earth at 11.45am local time today. They climbed through Tibet and started the final leg of their journey from Camp 3 at 11.45pm yesterday.

Our greatest and most heartfelt congratulations for this monumental achievement to the team, and our sincerest appreciation to  Y.Bhg. Tan Sri Dr. Salleh bin Haji Mohd Nor, UTM Pro Chancellor, as the advisor to this great endeavour, for his tireless support and motivation. UTM prays for the expedition and wishes them a safe journey home.

BUBUR LAMBUK PUSAT ISLAM UTM KUALA LUMPUR

Assalamualaikum seluruh warga kampus UTM Kuala Lumpur
Syukur Alhamdulillah bertemu kita Ramadan tahun ini.. Sempena Ramadan ini Pusat Islam UTM Kuala Lumpur menyediakan bubur lambuk untuk warga Kampus dan jemaah masjid. Edaran bubur lambuk bermula 1 Ramadan hingga 26 Ramadan, setiap hari isnin hingga jumaat dan edaran bermula pukul 3.00 petang. Dijemput warga kampus untuk mengambil bubur lambuk di khemah hadapan masjid UTM kuala Lumpur.
sekian terima kasih.

Pusat Islam UTM Kuala Lumpur

Jalan Sultan Yahya Petra
54100 Kuala Lumpur
Tel : 03-22031606
Faks : 03-22031601

Extended Dateline (30th June 2016) for MJIIT Conference 2016: RCND-ICaTAS-MJJIC

Assalamualaikum and Good Day to all colleagues,
On behalf of the Organizing Committee of the MJIIT Conference 2016: RCND-ICaTAS-MJJIC, it is my great pleasure and privilege to invite all who is working in these area but not limited to:
RCND2016: •Disaster Prevention and Mitigation • Disaster Risk Management
•Water Quality •Early Warning System •Water-related Disaster •Fluvial and Coastal Disaster •Geo-hazard •Volcanic Hazard •Tsunami Hazard •Earthquake Hazard
 
ICaTAS2016•Robotics & Mechatronics • Communication System• Transportation• Power & Energy System• Manufacturing• Intelligent System & Machine Learning • Pattern Recognition • Process Control, Oil & Gas • Instrumentation •Fluid and Solid Mechanics •Naval Engineering• Aeronautics •Mining and Materials •Chemical and Environmental •Mathematics •Physics and Biophysics •Nano- and Quantum Sciences •Biosciences and Bioinformatics •Biology •Applied Chemistry;
 
MJJIC2016•Mechanical and Precision Engineering •Environmental and Green Technology •Management of Technology •Industrial Design Engineering •Bio-Systems & Nanotechnology •Education, Social Science & Management
and other related field, to contribute and participate in this Joint International Conference: RCND2016, ICaTAS2016 and MJJIC2016 in Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur, Jalan Putra, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia on 6th – 7th September 2016.
Research Matching Towards Collaboration will be a unique and interesting session too.
Please disseminate the CFP to your friends, students and networks.
Best regards,

Secretariat

PINDAAN WAKTU BEKERJA UNTUK STAF UTM KUALA LUMPUR BAGI BULAN RAMADAN 1437H/2016M

Selamat Sejahtera,

YBhg. Tan Sri/Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan,

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa atas kepentingan perkhidmatan dan keprihatinan pihak pengurusan Universiti terhadap kebajikan staf di UTM Kuala Lumpur (UTMKL), pada 31 Mei 2016 pihak YBhg. Naib Canselor telah bersetuju dengan cadangan pindaan waktu bekerja staf di UTM Kuala Lumpur supaya staf dapat pulang 30 minit lebih awal sepanjang bulan Ramadan 1437H/ 2016M. Pindaan waktu tersebut adalah mulai 6 Jun 2016 hingga 5 Julai 2016 seperti berikut:

 

Waktu Berperingkat (WP) Hari Waktu Bekerja Waktu Rehat Waktu Bekerja
WP1 Isnin-Khamis 7.30 pagi – 1.30 petang 1.30 petang – 2.00 petang 2.00 petang – 4.00 petang
Jumaat 7.30 pagi – 12.30 petang 12.30 petang – 2.30 petang 2.30 petang – 4.00 petang
WP2 Isnin-Khamis 8.00 pagi – 1.30 petang 1.30 petang – 2.00 petang 2.00 petang – 4.30 petang
Jumaat 8.00 pagi – 12.30 petang 12.30 petang – 2.30 petang 2.30 petang – 4.30 petang
WP3 Isnin-Khamis 8.30 pagi – 1.30 petang 1.30 petang – 2.00 petang 2.00 petang – 5.00 petang
Jumaat 8.30 pagi – 12.30 petang 12.30 petang – 2.30 petang 2.30 petang – 5.00 petang

 

  1. Pindaan waktu ini akan melibatkan staf UTMKL dapat pulang 30 minit lebih awal dengan waktu rehat setiap staf akan dipendekkan dari 1 jam kepada 30 minit sahaja. Pindaan waktu ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut :
  1. a)   Waktu bekerja ini adalah terpakai untuk bulan Ramadan 1437 H/2016 sahaja;
    b) Waktu bekerja ini berkuat kuasa mulai mulai 6 Jun 2016 (1 Ramadan 1437H) dan akan tamat pada hari terakhir bulan Ramadan 1437H/2016;
    c) Mana-mana Ketua Jabatan adalah dibenarkan untuk mengarahkan staf masing-masing untuk bertugas selepas waktu bekerja yang dipinda ini untuk
    kepentingan Universiti; dan
    d)   Waktu bekerja ini hendaklah tidak menjejaskan jumlah waktu bekerja iaitu 40 jam seminggu seperti yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.
  2. Bagi memastikan pindaan waktu bekerja ini tidak menjejaskan sistem penyampaian perkhidmatan, semua ketua jabatan/ pusat tanggungjawab (PTJ) diminta untuk melakukan pemantauan dan kawalan sewajarnya terhadap pindaan waktu bekerja ini agar tidak disalah guna atau berlakunya ketidakjujuran dalam kalangan staf.

Sekian harap maklum dan terima kasih.

Pekeliling Pentadbiran UTM Kuala Lumpur Bil. 1/2016 boleh dimuat turun melalui: http://registrar.utm.my/kualalumpur/files/2016/06/Pindaan-Waktu-Bekerja-Ramadhan.pdf

MOHD NAJIB BIN MASROOM

Penolong Pendaftar Kanan (Pentadbiran)

Pejabat Pendaftar

Final CFP to ICAEESE 2016 | Marriott Hotel, Malaysia | 14-16 Nov ’16

Final Call to ICAEESE 2016

 

CALL FOR PAPERS

Technologies for Society’s Well-being

ICAEESE 2016

2016 International Conference on Advances of Electrical, Electronic and Systems Engineering

http://www.icaeese2016.org

Putrajaya Marriott Hotel, Malaysia

14-16 November 2016

 

Dear Sir/Madam,

 

The Faculty of Engineering and Built Environment of Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) is proud to host the first biennial 2016 International Conference on Advances in Electrical, Electronic and Systems Engineering (ICAEESE 2016). The conference with the theme “Technologies for Society’s Well-being” is co-organized by The Abdus Salam International Centre for Theoretical Physics (ICTP), Italy and IEEE Young Professionals, Malaysia Section. It is also with great pleasure to announce that the principal keynote speakers of the conference is Prof. Takaaki Kajita, 2015 Nobel Laureate in Physics from the Institute for Cosmic Ray Research (ICRR), Japan and Prof. Fernando Quevedo, Director, the Abdus Salam International Centre for Theoretical Physics (ICTP), Italy.

 

We are soliciting original papers describing the state-of-the-art research and development inclusive (but are not limited to) of the following technical areas:

 

  1. Applied Electronics and Systems Engineering
  2. Micro and Nano Electronics
  3. Communications, Computer Engineering and Informatics
  4. Information Processing and Automation
  5. Power and Energy
  6. Advanced Reconfigurable Instrumentation for Scientific Applications
  7. Technology and Innovations for Society’s Well-Being

 

Important Dates

 

Full paper submission                           : 13 June 2016

 

Acceptance notification                         : 15 August 2016

Camera ready submission                    : 16 September 2016

Early bird registration                            : 19 September 2016

Normal registration                               : 16 October 2016

Non-presenter registration                    : 16 October 2016

Conference day                                     : 14-16 November 2016

 

Paper submission process will be managed by using the EDAS system. The peer-reviewed and presented papers will be published in the ICAEESE 2016 Conference Proceedings (digital) and will be submitted to IEEE publication for the inclusion in IEEE Xplore, which is indexed by SCOPUS.

 

The conference will also be part of the first three days of the international “Workshop on Advanced Reconfigurable Instrumentation for Scientific Applications” to held at the Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor, Malaysia, from 14 to 25 November 2016. Please visit the website http://indico.ictp.it/event/7598 for more information about this workshop. Successful applicants of the Workshop will automatically enjoy the waiver of the ICAEESE 2016 registration fees.

 

Please visit our website www.icaeese2016.org for conference details, or email info@icaeese2016.org for further information. The conference poster is attached for your information. Kindly forward this announcement to your colleagues and accept our utmost appreciation for your assistance in this matter.

 

We look forward to hearing from you soon.

 

Yours sincerely,

 

PROF. DR. MAMUN BIN IBNE REAZ

Chair of ICAEESE’2016

Department of Electrical, Electronic and Systems Engineering,

Faculty of Engineering and Built Environment,

Universiti Kebangsaan Malaysia,

43600 Bangi, Selangor, Malaysia.

Tel: 603-89216316/6019-3419563

Fax: 603-89118359

Email: info@icaeese2016.org

Website: http://www.icaeese2016.org