Archives for July 2020

PUASA TARWIYAH DAN AROFAH

*KEUTAMAAN PUASA TARWIYAH DAN AROFAH*
Adapun keutamaan puasa sunah Tarwiyah (8 Dzulhijjah) dan Arofah (9 Dzulhijjah) bagi orang yang tidak melaksanakan ibadah haji berdasarkan beberapa hadist Nabi Muhammad SAW adalah:
1. Barang siapa yang menjalankan Puasa Tarwiyah akan dihapus dosa satu tahun yang lalu yang telah terlewati.
2. Sedangkan yang berpuasa di hari Arofah akan dihapus dosa dua tahun (1 tahun yang lalu dan 1 tahun yang akan datang)
3. Dan yang melaksanakan dua puasa ini akan dianugrahi oleh Allah SWT dengan 10 macam kemuliaan, yaitu:
1. Allah akan memberi keberkahan pada kehidupannya.
2. Allah akan menambah harta.
3. Allah akan menjamin kehidupan rumah tangganya.
4. Allah akan membersihkan dirinya dari segala dosa dan kesalahan yang telah lalu.
5. Allah akan melipat gandakan amal dan ibadahnya.
6. Allah akan memudahkan kematiannya.
7. Allah akan menerangi kuburnya selama di alam Barzah.
8. Allah akan memberatkan timbangan amal baiknya di Padang Mahsyar.
9. Allah akan menyelamatkannya dari kejatuhan kedudukan di dunia ini.
10.Allah akan menaikkan martabatnya di sisi Allah SWT.
Alangkah banyak keberkahan dan kebahagiaan yang Allah berikan bagi orang yang menjalankan puasa Tarwiyah dan Arofah. Semoga kita termasuk di dalamnya.
NIAT
Do’a Niat Puasa Tarwiyah
ﻧﻮﻳﺖ ﺻﻮﻡ ﺗﺮﻭﻳﻪ ﺳﻨﺔ ﻟﻠﻪ ﺗﻌﺎﻟﻰ
NAWAITU SAUMA TARWIYAH SUNNATAN LILLAHI TA’ALAH
“ Saya niat puasa Tarwiyah, sunnah karena Allah ta’ala.”
Do’a Niat Puasa Arafah
ﻧﻮﻳﺖ ﺻﻮﻡ ﻋﺮﻓﺔ ﺳﻨﺔ ﻟﻠﻪ ﺗﻌﺎﻟﻰ.
NAWAITU SAUMA ARAFAH SUNNATAN LILLAHI TA’ALAH
“ Saya niat puasa Arofah , sunnah karena Allah ta’ala”

 

 

https://people.utm.my/nizamray/2020/07/29/944/

Image may contain: ‎text that says '‎Puasa Hari Arafah Sabda Rasulullah SAW: Puasa pada hari Arafah dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang Riwayat Muslim Tarikh Hari Arafah 30 Julai 2020 (Khamis) 9 Zulhijjah 1441H Niat Puasa Hari Arafah تَعَالى لَيه سُنَّة عرَفَةَ صَوْمَ نَوَيْتُ Nawaitu shouma arafata sunnatan lillahi ta'ala Sahaja aku puasa sunat Arafah kerana Allah Ta'ala MYSUMBER‎'‎

https://people.utm.my/nizamray/2020/07/29/942/

No photo description available.

https://people.utm.my/nizamray/2020/07/29/940/

https://people.utm.my/nizamray/2020/07/29/937/

Image may contain: 2 people, text that says 'DOA ARAFAH 1JAM DOA NAIK KE LANGIT Berikut adalah beberapa doa yang anda boleh masukkan dalam senarai anda. Insya Allah Like Page Imamku Isteriku Makmumku JANGAN LEPASKAN PELUANG INI'

Assalamualaikum sahabat…
Doa Arafah – Hari Arafah sudah hampir tiba. Sudahkah anda membuat senarai doa yang mahu anda pohon kepada Allah? Berikut adalah beberapa doa yang anda boleh masukkan dalam senarai anda, Insya Allah:
1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar – selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus
2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.
3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).
4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.
5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.
6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.
7 Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.
8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.
9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi
10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.
11 Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.
12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu.
13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).
14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu
15 Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.
16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.
17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.
18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.
19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.
20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.
21 Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.
22 Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.
23 Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.
24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.
25 Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.
26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.
27 Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu..
28 Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.
29 Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.
30 Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.
31 Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.
32 Ya Allah HAPUSKAN COVID 19 DARI SELURUH DUNIA ? DAN SEMBUHKANLAH MEREKA YANG DIJANGKITI
Aamiin Ya Rabbal Aalamiin ???

https://people.utm.my/nizamray/2020/07/29/934/

image.png

https://people.utm.my/nizamray/2020/07/15/931/

image.png

https://people.utm.my/nizamray/2020/07/15/929/

image.png

https://people.utm.my/nizamray/2020/07/15/927/

ILMU TAZKIRAH – Inilah Cara-Cara Membaca Al-Fatihah 41 Kali Bagi Memohon Hajat. RUGI Tak Amalkan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang di rahmati Allah,

Surah Al Fatihah adalah surah pertama dalam al Quran. Al Fatihah maksudnya pembukaan iaitu surah pembukaan dalam kita suci tersebut. Surah ini diturunkan di Mekah dan terdiri dari 7 ayat. Al-Fatihah merupakan surah yang pertama-tama diturunkan dengan lengkap di antara surah-surah yang ada dalam Al-Qur’an.

Surah ini disebut Al-Fatihah (Pembukaan), kerana dengan surah inilah dibuka dan dimulainya Al-Quran. Dinamakan Ummul Qur’an atau Ummul Kitab kerana dia merupakan induk dari semua isi Al-Quran. Dinamakan pula As Sab’ul matsaany (tujuh yang berulang-ulang) kerana jumlah ayatnya yang tujuh dan dibaca berulang-ulang dalam solat.

Cara Membaca Al Fatihah Untuk Memohon Hajat

Sheikh Mahayuddin bin Al Arabi Khadas-Allah Serah berkata;

Sesiapa yang ada hajat, hendaklah ia membaca surah al Fatihah sebanyak 41 kali, selepas sembahyang Maghrib. Jangan bergerak dari tempat duduknya hingga selesai membaca al Fatihah 41 kali yang disebutkan di atas.

Setelah itu berdoalah kepada Allah akan hajat yang dikehendaki. Iaitu hajat yang baik-baik. Insyaa Allah dikabulkan doanya. Amalan ini terbukti kemujarabannya, dengan izin Allah jua.

Semoga perkongsian tentang cara membaca surah al Fatihah untuk memohon hajat dapat memberi manfaat kepada semua.

KEAJAIBAN SURAH AL-FATIHAH JIKA DIAMALKAN SELEPAS SOLAT,SEGALA HAJAT AKAN DIPERMUDAHKAN

Surah al-Fatihah adalah salah satu surat dalam al-Qur’an yang disebut sebagai ‘ummul kitab’. Surah al-Fatihah ini memiliki banyak fadhilah dan keutamaan. Khasiat dan keistimewaan surat al-Fatihah ini sangat banyak dan luar biasa. Mari kita lihat beberapa keterangan dari hadis dan juga para ulama di bawah ini

Rasulullah SAW bersabda: “Membaca Fatihah Al-Quran pahalanya seperti sepertiga Al-Quran”

Dalam hadits lainnya Rasulullah SAW bersabda: “Surat Al-Fatihah adalah untuk apa ia dimaksudkan dalam bacaannya.” Dan “Fatihah itu pembukaan maksud bagi orang-orang mukmin.”

Siapa saja yang membaca surat Al Fatihah dalam keadaan berwudhu sebanyak 70 kali setiap hari dan selama tujuh hari kemudian ditiupkan pada air suci mensucikan lalu diminum. Ia akan memperoleh ilmu serta hatinya akan dibersihkan dari fikiran yang rosak.

Siapa saja yang mempunyai nazar (keinginan) dan memohon kepada Allah SWT, dan membaca surat Al Fatihah sebanyak 41 kali diantara shalat sunat Subuh dan Shalat fardhu Subuh sampai 40 hari lamanya, kemudian memohon kepada Allah. Insya Allah akan dikabulkan oleh Allah SWT.

Siapa saja yang membaca surat Al-Fatihah, Al Ikhlas sebanyak 3 kali serta “Mu’awwidzatain” Insya Allah ia akan selamat dari segala hal selain sudah sampai diajalnya (meninggal dunia).

Siapa saja yang mengamalkan surat Al-Fatihah bersama Bismillah diantara Shalat sunnah subuh dan Shalat fardhu Subuh dalam keadaan istiqamah, Insya Allah akan doanya akan dikabulkan, jika ia mempunyai hutang mampu membayarnya, jika ia sakit maka akan sembuh, jika ia punya anak maka jadi anak yang saleh dan salehah dengan izin Allah SWT.

Siapa saja yang mengamalkan Al-Fatihah sebanyak 20 kali seusai shalat Fardhu 5 waktu. Insya Allah akan diluaskan rezekinya, dimudahkan urusan dunianya, diberikan kebahagian untuk dirinya serta keluarganya, diberikan akhlak yang baik dan lain-lain oleh Allah SWT.

Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 125 kali selesai shalat Subuh maka ia peroleh maksudnya dan ia ketemukan apa yang dicari-cari dan sebaiknya ia panjatkan doa yang berarti:

Amalkanlah Al Fatihah seusai shalat Subuh sebanyak 125 kali dan panjatkan doa ini: “Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran Surah Al-Fatihah dan rahasianya, sehingga dimudahkan bagiku semua urusanku, apakah urusan dunia atau urusan akhirat, sehingga dimakbulkan permohonanku dan ditunaikan hajatku”.

Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah di waktu sahur (tengah malam) sebanyak 41 kali maka Allah swt bukakan pintu rezekinya dan Dia mudahkan urusannya tanpa kepayahan dan kesulitan.

Selesai membaca Al Fatihah bacalah doa ini: “Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahasianya, sehingga Engkau bukakan bagiku pintu-pintu rahmat, karunia-Mu dan rezeki-Mu. Dan Engkau mudahkan setiap urusanku, murahkanlah bagiku rezekiMu yang banyak berkah tanpa kekurangan dan tanpa susah payah, sesungguhnya Engkau berkuasa atas segala sesuatu. Aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahasianya, berikan apa yang kuhajati”

Diriwayatkan dari Syeikh Muhyiddin Ibnul Arabi didalam kitab ‘Qaddasallaahusirrahu’:

“Siapa yang punya maksud maka sebaiknya ia membaca surat Al-Fatihah sebanyak 40 kali sehabis shalat Maghrib dan sunatnya, selesai itu ia ajukan permohonan hajatnya kepada Allah SWT”

Surat Al-Fatihah dapat mengobati penyakit mata, sakit gigi, sakit perut dan lain-lainnya dengan dibacakan sebanyak 41 kali.

Ikhtiar mengobati penyakit: Baca SurahAl-Fatihah sebanyak 40 kali pada tempat berisi air, lalu air itu diusap-usapkan pada kedua belah tangan, kedua belah kaki, muka, kepala dan seluruh tubuh, allu diminum, Insyaallah menjadi sembuh.

Ikhtiar menghilangkan sifat pelupa: Tulislah surat Al-Fatihah dengan huruf Arab pada kotak putih dan suci lalu dihapus dengan air dan diberi minum pada orang yang pelupa, maka ia akan hilang sifat pelupanya dengan izin Allah swt

Jika disengat kalajengking: Ambil sebuah tempat yang bersih lalu diisi air suci dan berikan sedikit garam lalu dibacakan padanya Surah Al-Fatihah sebanyak 7 kali, kemudian diberi minum pada orang yang tersengat kala itu, Insya Allah ia akan sembuh.

Mengobati sakit gigi dan lain-lain: Untuk dirinya sendiri = letakkan jari pada tempat yang sakit lalu membaca Al-Fatihah dan berdoa sebanyak 7 kali: “Ya Allah, hilangkan dari keburukan dan kekejian yang aku temukan dengan doa Nabi-Mu yang jujur ​​(al-Amin) dan tetap disisi-Mu”.

Mengobati penyakit gigi orang lain: selesai membaca Al-Fatihah maka berdoa 7 kali: “Ya Allah, hilangkan dari orang ini keburukan dan kekejian yang aku temukan dengan doa Nabi-Mu yang jujur ​​(al Amin) dan tetap disisi-Mu”.

Adapun manfaat dan khasiat dari Surah Al-Fatihah adalah menyembuhkan penyakit mata yang kabur (rabun)

Sabda Rasulullah SAW yang artinya: “Barangsiapa yang ingin menyembuhkan kelemahan pandangannya (kabur/rabun) maka ia harus melakukan:

Memandang bulan pada awal bulan, jika tidak terlihat atau terhalang oleh awan dan lain-lain hal, lakukan pada malam kedua, juga tidak dapat, coba pada malam ketiga atau begitu seterusnya sampai nampak terlihat bulan itu.

Apabila telah tampak, hendaklah ia menyapukan tangan kanannya kemata dengan membaca Al-Fatihah sebanyak 10 kali.

Sesudah itu mengucapkan pula sebanyak 7 kali doa ini: “Al-Fatihah itu menjadi obat segala penyakit dengan rahmat Mu ya Tuhan yang pengasih
penyayang.”

Lalu mengucapkan “Yaa Rabbi” sebanyak 5 kali.

Terakhir mengucapkan pula doa ini sebanyak 1 kali: “Ya Allah sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan, Ya Allah sehatkanlah, Engkaulah yang menyehatkan”.

Wallahualam.

Sahabat sekalian, beberapa penjelasan diatas tentang kahasiat, keajaiban dan keistimewaan Al Fatihah yang luar biasa dan dapat diamalkan sehari-hari. Tidak berat sahabatku untuk mengamalkan Al Fatihah.

Sebagai catatan setiap Surah Al Qur’an mempunyai keistimewaan masing-masing, Karena Al Qur’an merupakan kalam Allah SWT dan kitab umat Islam. Semoga bermanfaat untuk sahabat semua. Jazakumullah.