Program Jungle Trekking FC

Fakulti Komputeran di bawah Pengurusan Green FC telah menjalankan program Jungle Trekking pada 18 Disember 2023 ( Isnin ) di Hutan Rekreasi UTM, Johor Bahru. Program ini yang merupakan antara Program Kesejahteraan Staf Fakulti Komputeran bagi tahun 2023 disertai oleh 28 orang staf. Program Jungle Trekking ini memberi peluang peserta menikmati kehijauan dan keindahan flora dan fauna Hutan Rekreasi, UTM di samping dapat meningkatkan kesihatan fizikal dan membantu menjaga kesihatan mental .

Majlis Pelancaran Jom Guna Tangga dan Kempen Kitar Semula

Majlis Pelancaran Jom Guna Tangga dan Kempen Kitar Semula, FC. Pada majlis ini, telah diadakan aktiviti Senamrobik & Stair Challenge yg disertai oleh staff dan pelajar FC.

Latihan Kebakaran (Fire Drill)

Pada 30 November 2023, Fakulti Komputeran telah mengadakan Latihan Kebakaran (Fire Drill). Latihan ini telah disertai oleh staf & pelajar Fakulti Komputeran sebagai persediaan sekiranya berlaku. Latihan ini bermula pada pukul 8.30 pagi dengan taklimat ringkas wakil-wakil dari Pusat Kesihatan (PKU UTM) dan Bahagian Keselamatan. Latihan ini berakhir pada pukul 12.15 tengah hari

MAJLIS MERAIKAN GRADUAN PASCASISWAZAH FAKULTI KOMPUTERAN

Bersempena dengan Konvokesyen Ke 67 UTM, Fakulti Komputeran telah mengadakan Majlis Meraikan Graduan Pascasiswazah pada 18 November 2023 bertempat di Dewan Maharani, Hotel Impiana, Senai.

Penganjuran majlis yang merupakan program tahunan fakulti ini adalah untuk menghargai dan meraikan graduan yang berjaya selain sesi beramah mesra di antara graduan dengan pentadbir dan pensyarah.

Graduan yang berjaya adalah terdiri daripada pelajar program Doctor of Philosophy (Computer Science), Doctor of Philosophy (Information Systems), Master of Philosophy, Master in Innovative Computing, Master of Science (Data Science), Master of Cyber Security dan Master of Computer Science.

Tahniah kepada semula pelajar!

Ceramah ” Air Mata GAZA” PALESTIN Bangkit

Ceramah ” Air Mata GAZA” PALESTIN Bangkit yg disampaikan oleh :

Prof Dr Abdull Rahim Mohd Yusoff ( Pengurus MyCARE Negeri Johor). Program ini bersempena Minggu solidariti PALESTIN, anjuran JAPNI.

Majlis Apresiasi Fakulti Komputeran 2023 (MAFC23).

Pada 15 November 2023, Fakulti Komputeran telah mengadakan Majlis Apresiasi Fakulti Komputeran 2023 (MAFC23). Majlis ini bertujuan untuk memberikan penghargaan kepada staf-staf sepanjang perkhidmatan mereka di Fakulti Komputeran. Tahniah diucapkan kepada penerima-penerima anugerah, semoga staf Fakulti Komputeran akan terus memberikan sumbangan & memberikan perkhidmatan yang baik secara berterusan.

TAKLIMAT PELAJAR BAHARU PASCASISWAZAH SEMESTER 1, SESI 2023/2024

Kursus Asas Pembangunan Google Site

Kursus Asas Pembangunan Google Site yang telah dihadiri oleh staf sokongan yang terdiri daripada staf teknikal dan pejabat.

Tarikh: 27 Ogos 2023

Masa: 8:30 pagi – 4:30 petang

Tempat: Makmal Pengaturcaraan Komputer 3 (MPK3), N28, Fakulti Komputeran

Postgraduate Annual Research Seminar (PARS 2023)

‘Student Lounge’ Fakulti Komputeran ruang santai baharu mahasiswa UTM

Perasmian oleh Naib Canselor UTM pada 7 Mei 2023.