Archives for September 2022

SUKARELAWAN PROGRAM GOTONG – ROYONG PERDANA UTM @ KOLEJ TUN DR. ISMAIL – 26 September 2022

Dimaklumkan bahawa satu Program Gotong – Royong Perdana UTM dengan kerjasama Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) dan Pengurusan Kolej Tun Dr Ismail (KTDI) akan dijalankan pada seperti diketetapan berikut:


TARIKH   :  26 September 2022 (Isnin)
MASA      :  9:00 pagi – selesaiTempat   : Kolej Kediaman (Kolej Tun Dr Ismail)

Objektif Program :1. Persiapan menerima kemasukan pelajar baru.2. Menyediakan komuniti kampus endah melalui program Kolej Angkat.3. Membudaya nilai teras (ISES) dikalangan warga kampus.

Untuk makluman, Sekolah Komputeran telahdipilih sebagai PTJ ANGKAT KTDI. Sehubungan itu, semua staf Sekolah Komputeran adalah dipelawa untuk menjadi Sukarelawan program gotong-royong ini.

CSR HARI MALAYSIA-SEKOLAH KOMPUTERAN BERSAMA PUSAT PEMBANGUNAN BAKAT & KEPIMPINAN UNIVERSITI (CTLD UTM) – 15 September 2022

Dimaklumkan bahawa Sekolah Komputeran dengan kerjasama Pusat Pembangunan Bakat & Kepimpinan Universiti (CTLD) akan mengadakan Program CSR sempena Hari Malaysia.

Tentatif program adalah sepertimana berikut :

Tarikh : 15 September 2022 (Khamis)

Masa : 8.00 pagi

Tempat : CTLD, UTM Johor Bahru

Pakaian : Baju Sukan (Staf digalakkan untuk memakai pakaian berwarna Merah/Biru/Putih/Kuning bagi melambangkan Bendera Malaysia)

Aturcara majlis :

8.00 pagi         :           Berkumpuldi CTLD

8.10 pagi         :           Ucapanaluan dari Timbalan Pendaftar CTLD 

8.30 pagi         :           Senamrobik

9.00 pagi         :           Gotong – royong

10.30 pagi       :           Minum pagi

11.30 pagi       :           Bersurai     

pemenang hadiah misteri

MAHAR

Duit Kertas

❌

Emas

✅

Tahniah buat anak-anak muda kita yang kumpul dinar untuk mas kawin ??♀??♂???? Hadiahkan buat pasangan harta yang bernilai, yang boleh kekal disimpan dikenang selamanya.
Semoga sentiasa diberkati??

Dapat pasangan yang bijak urus kewangan, celik Emas satu anugerah. Dulu tahun 2000 1Dinar RM128, sekarang 1Dinar RM1,150, akan datang? Pasti akan meningkat lagi, sesak-sesak dalam cabaran hidup berumahtangga boleh fungsikan.

Anak muda / Student pun mesti perlu mulakan dan ada simpanan emas sebab:

1. Boleh bayar balik duit pinjaman.

Jika dah guna duit pinjaman tu kena sedar sikit ye, kita guna tu duit pinjaman bukan duit tu kita punya. Kita pinjam je, wajib bayar balik.

Yang bijak simpan separuh jadi emas. Tak ada la berat sangat nak bayar balik nanti. Sebab dah ada emas.

2. Boleh buat modal berniaga.

Bila nak berniaga kita dah boleh guna dah emas tu tau. Kita pajak kejap emas tu untuk buat modal berniaga. Ramai orang berniaga simpan emas tau. Terutamanya orang Kelantan.

3. Boleh buat hantaran kahwin.

Yang rasa nak kahwin lepas belajar tu elok sangat la mula simpan emas dari sekarang. 3 tahun belajar, harga emas mestilah dah double naik masa tu.

At least bila nak kahwin hantaran 5 dinar atau 10 dinar emas dah prepare siap-siap. Kan senang? Tak gitu.

4. Boleh buat belanja kahwin.

Bila dah simpan emas, kita dah sedia semua. Dah ada cukup perbelanjaan untuk buat belanja kahwin.

Cukup la sekadarnya.

5. Boleh buat modal beli aset lain.

Emas juga boleh buat tabungan untuk beli aset lain.

Kebanyakan yang saya dapati, mereka menyimpan emas untuk buat modal beli rumah, tanah dan tuk nenek kita pun beli tanah guna emas tau. Baik belajar simpan emas.

6. Boleh guna jika terdesak. Dah ada simpanan emas, sesak-sesak boleh guna. Backup jika berlaku apa-apa kan, sekurang-kurangnya kita da ada “wang” kecemasan.

Kawal dulu nafsu berbelanja, ingat waktu susah tiada sape boleh tolong kecuali diri sendiri. Jadi, tanamlah tabiat menyimpan emas dari awal.

Orang muda, jiwa muda, buat, buat sampai jadi.

Mari berjuang anak muda

?
?
?

Ada apa dengan 50g ni

?

Boleh jadi tabung pendidikan anak-anak

?

Boleh jadi sumber modal besarkan perniagaan sedia ada

?

Boleh jadi insurans kesihatan dan kemalangan

?

Boleh jadi tabung umrah atau pelancangon

?

Boleh jadi jambatan penghubung ke syurga Allah

Apa sahaja yang kita merancang dan berimpian dengan seketul logam kuning ni. Semuanya bermula dengan NIAT

NIAT kitalah akan pandu kita kemana arah tuju “kenderaan” yang kita bawa.

Jangan lupa refresh kembali NIAT kita jika dahulu dah tersalah setup wazenya

?

Nota Kasih Sayang
Tanpa langkah pertama takkan ada langkah ke2 dan seterusnya.
Begitu juga emas. Tanpa gram yang pertama takkan ada gram yang seterusnya.

Ayuh bermula sekecil 0.5g

TIPS BERCUTI DENGAN EMAS

Kita ada cash RM1620 untuk pergi bercuti. Nak cari percutian bajet dalam RM1000, so cash ni beli emas dulu.

• Beli Emas 6 GRAM (270 x 6) = RM1620
• Pajak kat Arrahnu.
• Dapat lebih kurang RM1050.
• Upah simpan RM11/ sebulan!

So bulanan hanya perlu bayar RM186 selama 6 bulan, Dapat balik EMAS, dapat pergi bercuti. Kalau nak pergi bercuti lagi, boleh ulang step yang sama.

Konsep yang sama kalau kita buat pinjaman peribadi, tapi kita kene bayar bunga (interest). Bayar interest hampir 4%. Sedangkan upah simpan emas tidak lebih dari 2% dan ada yang boleh dilanjutkan sehingga 18 bulan.

Ataupun,
× Simpan RM166 selama 6 bulan
× Dapat RM1000 pergi bercuti.
× Ulang balik simpan lagi RM166 utk pergi bercuti 6 bulan selepas itu.
× Duit habis, dapat bercuti, tapi tak ada EMAS..

Mana yang lebih mudah?

Sekadar Perkongsian

?

Jom simpan emas…

#Orodesign
#DEALER
#EmasHargaKilang

KITA TAK BOLEH KAWAL BANK?

1. Bila banyak kes duit hilang dalam ATM dan perbankkan online. Sudah masanya kita buat sedikit kawalan.

2. Mulakan hadkan jumlah simpanan dalam atm kita. Jika dapat bawah RM5000 sahaja.

3. Simpanan kecemasan letak dalam TH atau ASB sahaja. Sesak baru mohon keluarkan.

4. Duit banyak banyak dah boleh tukarkan kepada instrument pelaburan seperti emas, hartanah, saham dan sebagainya.

5. Guna kad kredit antara pilihan yang baik berbanding kad debit. Kita pakai duit bank, bukan duit kita. Kita juga boleh batalkan transaksi jika meragukan walau dah bayar.

6. Sudah masanya juga kita ada peti besi simpanan sendiri macam cerita dulu kala. Semua rumah orang berduit ada ini.

Kawan kawan,

Mana kita boleh kawal kita kawal. Mana yang tak boleh kita insurankan sahaja.

Dunia tanpa kawalan dan sempadan. Hanya kita tentukan dimana kita.

Azizul Azli Ahmad

Majlis Penghargaan Sempena Persaraan Prof Dr Rose Alinda – 4.9.2022

Prof Naomie

Prof Wan

Bersamaex FSKSM

Kak Ina bain aka MB

Melawat Mak Dr Radziah (strok) – 1/9/2022

Semoga cepat sembuh