Deprecated: Function add_custom_background is deprecated since version 3.4.0! Use add_theme_support( 'custom-background', $args ) instead. in /opt/www/people.utm.my/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6078
i-Suke ;) | Chocolate Banana

Deprecated: str_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in /opt/www/people.utm.my/httpdocs/wp-content/themes/genesis/lib/functions/image.php on line 116

Kapur barus bukan untuk mayat je, banyak kegunaan lain yang ramai tak tahu… Boleh juga tabur tepi katil elak hama

Kapur barus juga boleh digunakan untuk melicinkan kaki yang bersisik. -Foto Facebook

KAPUR barus sering dikaitkan dengan kematian kerana ia digunakan ketika proses memandikan jenazah.

Namun, seorang individu dikenali sebagai Fiona turut menyenaraikan empat lagi manfaat kapur barus yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian kita.

1. Melicinkan kaki bersisik

Isu kaki bersisik merupakan masalah yang biasa dihadapi ramai orang.

Untuk menghilangkannya, anda boleh menumbuk lumat tiga ketul kapur barus, kemudian masak dengan minyak bijan selama 15 minit di atas api perlahan.

Adunan itu boleh disapu pada bahagian kaki yang bersisik pada setiap malam. Ulangi langkah mudah ini sehingga sisik-sisik pada kulit tanggal.

2. Elak hama pada bantal dan tilam

Kehadiran hama pada bantal dan tilam boleh membawa pelbagai risiko penyakit.

Biasanya orang akan menggunakan serbuk soda bikarbonat untuk menghalau hama.

553

Kapur barus biasanya digunakan untuk memandikan jenazah.

Namun anda juga sebenarnya boleh menggunakan kapur barus. Caranya mudah saja, tumbuk halus kapur barus dan taburkan ia secara merata.

Selain berfungsi menghalau hama, ia juga boleh membangkitkan aroma wangi dalam bilik tidur anda.

3. Menghalau tikus, semut dan serangga

Sama seperti teknik untuk mengelakkan kehadiran hama, kapur barus yang ditumbuk juga dikatakan boleh menghalau tikus, semut dan serangga.

Untuk lebih efektif, tumbuk kasar ketulan kapur barus dan letakkan ia di setiap lubang atau laluan tikus dan serangga.

4. Segarkan bilik mandi

Jika tidak dibersihkan, bilik mandi akan menjadi busuk serta dipenuhi serangga seperti lipas dan lipan.

Untuk mengelakkan masalah ini, taburkan saja kapur barus pada lantai bilik mandi.


Deprecated: str_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in /opt/www/people.utm.my/httpdocs/wp-content/themes/genesis/lib/functions/image.php on line 116

Wanita kongsi cara mudah dan murah sejukkan rumah tanpa pasang aircond, kini menggigil tidur malam!

CUACA panas melampau yang sedang melanda Malaysia menyebabkan kita hidup dalam suasana tidak selesa.

Situasi ini tidak begitu dirasai sekiranya kediaman anda dilengkapi pendingin hawa (aircond), namun apa pula alternatif bagi mereka yang kurang berkemampuan?

1. Aluminium foil

Seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Sapiah Mamat berkongsi kaedah untuk menyejukkan rumah dengan menggunakan aluminium foil.

Menurutnya, kaedah itu jauh lebih jimat memandangkan aluminium foil boleh dibeli secara dalam talian dan lebih murah berbanding kos pemasangan aircond.

“Tip sejukkan rumah tanpa pasang aircond. Tak sia-sia beli aluminium bubble foil dekat Shopee. Segulung tu 40 meter tak sampai RM300 pun tapi boleh buat rumah jadi nyaman tak berbahang.

isuke alu foil by shopee

Aluminium foil boleh didapati pada harga yang jauh lebih murah berbanding kos pemasangan aircond. Foto: Shopee.

“Kawasan Kak Piah ni dekat laut, rumah pula jenis teres himpit-himpit, jadi tak ada banyak angin boleh masuk dalam rumah sebab tingkap tak banyak. Seawal 9 pagi dah rasa bahang. Kalau malam, tidur pasang dua kipas masih berpeluh.

“Tapi selepas pasang aluminium foil ni penuh satu rumah, tidur malam terasa gigil walaupun tak pasang aircond. Aluminium foil ni paling sesuai diletakkan dekat dalam siling,” ujarnya.

Selain dipasang dalam siling rumah, aluminium foil juga boleh dilekatkan pada bahagian bawah atap yang mana ia berfungsi untuk memantulkan haba, sekali gus menjadikan rumah lebih nyaman.

2. Exhaust fan

Antara kaedah lain, anda boleh membeli exhaust fan pada harga kurang RM50 untuk menjadikan suhu dalam rumah lebih terkawal.

Exhaust fan biasanya dipasang pada dapur untuk menyedut haba dan menghilangkan bau.

isuke exhaust fan

Exhaust fan tidak berfungsi untuk menyejukkan, tapi dapat menyedut keluar haba bagi menjadikan rumah lebih nyaman. Foto: Facebook.

Fungsi sebenarnya bukanlah untuk menyejukkan, namun pemasangan exhaust fan mampu menyedut keluar haba panas dari kediaman anda.

“Tidaklah sejuk macam aircond, tapi sangat membantu untuk kurangkan haba panas dalam rumah. Rumah kami pasang tiga biji dan guna kipas siling saja,” tulis seorang pengguna.

3. Ais

Alternatif ini sememangnya menjimatkan wang, namun ia tidak bertahan lama dan memerlukan kerajinan untuk melakukannya.

isuke Aivee

Cara kreatif menggunakan ais untuk mendapatkan udara nyaman di kediaman. Foto: Aivee.

Caranya, halakan kipas ke arah ketulan ais yang diletakkan di dalam bekas bagi mendapatkan rasa sejuk seperti aircond.

Satu petua mudah, taburkan garam ke atas ketulan ais bagi menjadikannya kekal beku dengan lebih lama.

kredit : mstar.com


Deprecated: str_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in /opt/www/people.utm.my/httpdocs/wp-content/themes/genesis/lib/functions/image.php on line 116

Orang yang suka buat sepah sebenarnya bijak… Ini 7 tanda anda seorang genius!

Golongan genius sering dilabel sebagai individu pelik dan ganjil.

 

INDIVIDU yang genius sering kali dianggap pelik dan ganjil, bukan?

Malah kadang kala mereka juga disisihkan sejak kecil kerana berkelakuan ‘kera sumbang’ dan enggan bermasyarakat disebabkan sering melakukan perkara yang berada dalam fikiran.

Tapi adakah anda tahu bahawa golongan bijak pandai ini memiliki ciri yang sama dan membentuk persona mereka.

 

1. Pemikir yang sangat mendalam

Apa jua aspek pasti difikirkannya sehingga ke akar umbi.

Fikiran mereka sentiasa bergerak dan berputar, malahan mereka juga cenderung untuk memikirkan masalah dengan lebih produktif.

Pada masa sama, mereka juga akan memikirkan perspektif yang berbeza dan kemungkinan hal negatif yang boleh berlaku.

Dengan setiap perspektif, mereka akan memahami masalah dengan lebih baik dan mencari bukan sahaja penyelesaian tetapi juga berinovasi melaluinya.

Genius lebih suka berterus terang jika mereka tidak mengetahui sesuatu perkara.

Genius lebih suka berterus terang jika mereka tidak mengetahui sesuatu perkara.

2. Tidak jemu dengan ilmu pengetahuan

Mereka sentiasa mendambakan pengetahuan dan akan berusaha keras untuk mencuba mahupun menerokai kemungkinan dalam semua perkara yang mereka fikirkan.

Hampir tidak ada hari di mana mereka tidur tanpa mempelajari sesuatu yang baru atau mendalami sesuatu yang mereka fikirkan.

3. Mengaku tidak tahu

Semakin kurang bijak anda semakin anda melebihkan keupayaan mental.

Jika ada, lebih ramai orang yang bijak meremehkan perkara dengan harapan mereka dapat mengetahui lebih lanjut tentang perkara yang mereka tidak tahu.

Golongan seperti ini merasakan mereka lebih produktif untuk mengakui hakikat bahawa mereka tidak tahu sesuatu dan berusaha untuk mengetahuinya.

Tidak suka mengemas dan 'serabut' antara ciri sinonim dengan genius.

Tidak suka mengemas dan ‘serabut’ antara ciri sinonim dengan genius.

4. Mereka menikmati dan tidak sabar untuk meluangkan masa dengan diri sendiri

Anda akan mendapati bahawa orang yang bijak suka ‘melaburkan’ masa dalam fikiran mereka sendiri.

Mereka juga cenderung lebih individualistik daripada orang lain, bukan sahaja menghabiskan terlalu banyak masa dengan orang ramai mengurangkan kepuasan mereka tetapi ia juga memberi mereka lebih sedikit masa untuk introspeksi pada pemikiran sendiri.

Kebanyakan mereka lebih gemar tidak berhubung dengan masyarakat dalam beberapa perkara yang mereka kurang minat dan hanya bercakap apabila rasa perlu.

Dalam erti kata itu, mereka ‘tidak benar-benar sesuai’ dengan hidup bermasyarakat.

5. Tidak kemas atau tidak teratur

Jika anda sering dituduh meninggalkan meja atau bilik yang tidak kemas, kemungkinan besar anda seorang yang genius!

Berdasarkan satu kajian yang dijalankan, Universiti Minnesota menyimpulkan bahawa jika seseorang itu tidak menghabiskan banyak masa untuk membersih dan mengatur barangannya, ia bermakna fikirannya sibuk dengan hal yang lebih penting.

Para penyelidik mendakwa bahawa ia membawa kepada output kreatif yang lebih baik.

Golongan genius lebih gemar melakukan perkara yang berada dalam fikiran mereka.

Golongan genius lebih gemar melakukan perkara yang berada dalam fikiran mereka.

6. Kurang tidur

Jika anda lebih suka berjaga lewat, kemungkinan besar anda tergolong dalam kalangan orang yang lebih pintar daripada segi intelek.

Penyelidikan seperti ini dalam Psychology Today mendedahkan bahawa burung hantu malam dikaitkan dengan tahap IQ yang lebih tinggi berbanding dengan burung hantu pagi.

Fikiran mereka jarang tenang dan sering sukar berehat kerana terlalu memikirkan sesuatu hal.

Orang seperti J.R.R. Tolkien, Pharrell Williams, Mark Zuckerberg, Charles Darwin dan Presiden Obama adalah ‘makhluk malam’.

7. Gemar untuk berlengah-lengah

Orang pintar akan menangguhkan tugasan remeh semata-mata mahu melakukan kerja berkaitan perihal diri sendiri.

Dalam erti kata lain, mereka gemar untuk berlengah-lengah kerana merasakan masa itu sebagai sesuatu yang sangat berharga dan diperlukan untuk mengendalikan tugasan yang lebih kreatif.

Sering kali kebanyakan kerja asal mereka datang melalui banyak masa yang dihabiskan untuk berfikir, merenung dan memikirkan apa sahaja yang mereka fikirkan.

Kredit : mstar.com


Deprecated: str_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in /opt/www/people.utm.my/httpdocs/wp-content/themes/genesis/lib/functions/image.php on line 116

Bersara dengan tenang, ini 6 perkara anda perlu tahu tentang Surat Penyelesaian Cukai (SPC)

SELEPAS berpuluh tahun mengabdikan diri dalam bidang pekerjaan, kita pastinya mahu menjalani kehidupan sebagai pesara dengan tenang.

Namun, ramai pekerja yang kurang cakna atau tidak tahu akan kepentingan Surat Penyelesaian Cukai (SPC) sekiranya mereka akan berhenti kerja atau bersara kelak.

Sebagai pekerja yang bertanggungjawab, kita seharusnya tahu tindakan yang perlu diambil supaya amaun ganjaran dan manfaat yang akan dinikmati selepas bersara atau berhenti kerja diperoleh dengan segera.

 

Ia bertujuan agar amaun tersebut tidak dipotong untuk menjelaskan apa-apa cukai tertunggak akibat kegagalan melaporkan pendapatan terdahulu sebelum berhenti kerja.

Mungkin ramai tertanya-tanya apa yang perlu dilakukan khususnya berkaitan percukaian sekiranya ingin menamatkan perkhidmatan bersama majikan sekarang.

Berikut kami kongsikan persoalan dan jawapan berhubung perkara ini.

1. Apa yang dimaksudkan dengan Surat Penyelesaian Cukai?

Ia merupakan perakuan yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kepada majikan berkaitan hal ehwal cukai pendapatan pekerja yang akan berhenti kerja, bersara, yang hendak meninggalkan Malaysia ataupun meninggal dunia.

221237

Rekod pematuhan cukai seseorang pekerja ialah komponen penting yang akan disemak oleh HASiL sebelum SPC dikeluarkan.

Adalah menjadi tanggungjawab majikan tidak kira sama ada di sektor awam mahupun swasta, kedua-duanya bertanggungjawab di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967) bagi memaklumkan kepada LHDN atau juga dikenali sebagai HASiL dalam tempoh yang ditetapkan sekiranya berlaku penamatan perkhidmatan.

2. Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh majikan sekiranya berlaku penamatan pekerjaan atas pekerja?

Sebagai majikan yang bertanggungjawab, mereka perlu memaklumkan kepada HASiL tidak kurang daripada 30 hari sebelum tarikh pemberhentian pekerja yang akan berhenti kerja, bersara atau yang akan meninggalkan Malaysia melebihi tiga bulan.

Bagi kes pekerja yang meninggal dunia, pemakluman perlu dibuat tidak lebih 30 hari selepas dimaklumkan kematian pekerja berkenaan.

Ada tiga jenis borang perlu dihantar kepada HASiL mengikut situasi pekerja iaitu:

i. CP21: Borang Pemberitahuan oleh Majikan Bagi Pekerja Yang Hendak Meninggalkan Malaysia;

ii. CP22A: Borang Pemberitahuan Pemberhentian Kerja (Swasta); atau

iii. CP22B: Borang Pemberitahuan Pemberhentian Kerja (Agensi Kerajaan).

Bagi memberi kemudahan kepada majikan, HASiL menyediakan perkhidmatan dalam talian bagi membolehkan majikan mengemukakan Borang CP21, CP22A dan CP22B yang boleh diakses di https://mytax.hasil.gov.my/. Pilih Perkhidmatan ezHasil seterusnya ke e SPC.

Permohonan SPC akan diproses selepas semua dokumen dan maklumat lengkap diterima.

 

Selain itu, majikan perlu menahan apa-apa bahagian wang yang akan atau boleh dibayar kepada pekerja dan tidak membayar apa-apa bahagian wang tersebut tanpa kebenaran HASiL sehingga tempoh 90 hari daripada tarikh borang diterima oleh HASiL.

Majikan juga perlu membayar semua atau sebahagian amaun wang yang ditahan kepada HASiL apabila diarahkan pada bila-bila masa dalam tempoh tersebut.

The number of staff working at Sunway Mall management office have been significantly reduced to 40 percent during the imposition of the Movement Control Order 3.0 (MCO 3.0). — YAP CHEE HONG/The Star

Majikan perlu memaklumkan kepada HASiL tidak kurang daripada 30 hari sebelum tarikh pemberhentian pekerja yang akan berhenti kerja atau bersara.

Walau bagaimanapun, majikan diberi pengecualian untuk tidak mengemukakan Borang Pemberitahuan Pemberhentian Kerja kepada HASiL sekiranya pendapatan seseorang pekerja tertakluk kepada Potongan Cukai Bulanan (PCB).

Atau, jika saraan bulanan pekerja adalah di bawah amaun minimum yang layak dikenakan PCB, dengan syarat pekerja berkenaan akan terus bekerja atau tidak bersara daripada mana-mana penggajian di Malaysia.

Borang pemberitahuan oleh majikan bagi pekerja yang hendak meninggalkan Malaysia pula tidak perlu dikemukakan sekiranya HASiL berpuas hati bahawa seseorang pekerja tersebut dikehendaki meninggalkan Malaysia secara kerap berhubung dengan penggajian yang dilakukannya.

3. Apa kaitan SPC ini kepada pekerja-pekerja dan majikan di luar sana?

Tujuan SPC adalah untuk memastikan rekod percukaian pekerja berada dalam keadaan teratur. Apabila permohonan SPC diterima, cawangan yang menguruskan fail akan menyemak rekod percukaian pekerja bagi tahun-tahun sebelumnya sama ada audit perlu dilakukan atau tidak. Sekiranya perlu, cawangan akan meminta dokumen tersebut daripada pihak pekerja.

Secara tidak langsung akan memastikan rekod percukaian pekerja berada dalam keadaan teratur. Sekiranya terdapat amaun cukai yang perlu diselesaikan hasil daripada semakan, amaun tersebut perlu dibayar oleh pihak majikan kepada HASiL daripada amaun wang yang ditahan.

4. Adakah HASiL akan mengenakan apa-apa tindakan undang-undang terhadap majikan yang gagal mendapatkan SPC bagi pekerja yang terlibat?

Jika majikan gagal menjalankan tanggungjawab, majikan boleh disabitkan kesalahan mengikut undang-undang yang telah ditetapkan.

346967

Setiap pekerja pastinya mahu bersara dengan tenang tanpa perlu memikirkan hal-hal yang memeningkan mereka.

Kelewatan atau kegagalan mengemukakan borang tersebut tanpa alasan yang munasabah merupakan suatu kesalahan dan sekiranya disabitkan, boleh dikenakan denda tidak kurang RM200 atau tidak lebih daripada RM20,000 atau penjara tidak melebihi enam (6) bulan atau kedua-duanya di bawah subsekyen 120(1) ACP 1967.

Majikan juga bertanggungjawab untuk membayar amaun penuh cukai yang kena dibayar oleh pekerjanya. Amaun kena dibayar oleh majikan merupakan suatu hutang kepada kerajaan dan boleh dituntut melalui tindakan sivil.

5. Bagaimana pula dengan tanggungjawab pekerja dalam isu SPC ini?

Rekod pematuhan cukai seseorang pekerja ialah komponen penting yang akan disemak oleh HASiL sebelum SPC dikeluarkan. Justeru, terdapat beberapa perkara perlu dilakukan oleh pekerja sebagai tanggungjawab mereka, iaitu:

i. Memastikan pendapatan yang diterima berhubung dengan suatu penggajian dilaporkan dengan mengemukakan Borang Nyata Cukai sekiranya pekerja tersebut tidak memilih PCB sebagai cukai muktamad.

ii. Pekerja juga disarankan supaya menyemak rekod pematuhan cukai mereka terlebih dahulu dengan HASiL sebelum majikan mengemukakan Borang CP21, CP22A dan CP22B.

6. Setelah permohonan SPC dihantar oleh majikan, apakah tindakan yang perlu diambil oleh HASiL?

Coronavirus situation at Sungai Buloh Hospital. Starpic by Kamarul Ariffin /The Star/14022020

Bagi kes pekerja yang meninggal dunia, pemakluman perlu dibuat tidak lebih 30 hari selepas dimaklumkan kematian pekerja berkenaan.

Permohonan SPC individu yang lengkap diterima oleh HASiL akan diproses mengikut Piagam Pelanggan kami, iaitu 14 hari bekerja daripada tarikh dokumen lengkap diterima.

SPC individu yang telah selesai diproses akan dihantar kepada majikan dan disalinkan kepada pekerja untuk makluman serta rekod pekerja.

Pegawai Perhubungan Awam/ Customer Care Officer (CCO) cawangan boleh dihubungi sekiranya menghadapi masalah dalam pengeluaran SPC individu.

Senarai nama Pegawai Perhubungan Awam boleh diperolehi menerusi Portal Rasmi HASiL di www.hasil.gov.my dengan klik pada tab Hubungi Kami dan seterusnya klik Panggilan.

Anda perlu memilih Pegawai Perhubungan Awam untuk melihat senarai pegawai mengikut cawangan yang dikehendaki.

Sebarang pertanyaan serta maklum balas boleh dimajukan kepada HASiL melalui Hasil Care Line (HCL) di talian 03-8911 1000/ 603-8911 1100 (Luar Negara) dan HASiL Live Chat.

 

Kredit : Mstar.com

 

 


Deprecated: str_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in /opt/www/people.utm.my/httpdocs/wp-content/themes/genesis/lib/functions/image.php on line 116

Makanan basah atau kering? Pemilik jangan salah beri makan kucing, ini fakta yang perlu anda tahu

Kebanyakan doktor haiwan mengesyorkan agar kucing diberi makanan basah. Foto: Dreamstime/TNS.

 

MEMBELA kucing boleh diibaratkan seperti menjaga bayi.

Bukan sekadar membela, pemilik juga perlu mempunyai ilmu pengetahuan agar kucing dapat membesar dengan sihat.

Realitinya, masih ramai pemilik yang kurang peka mengenai perbezaan antara makanan basah (wet food) dan makanan kering (dry food) untuk kucing mereka.

 

Kebanyakan doktor haiwan mengesyorkan kucing diberi makanan basah. Terdapat beberapa sebab atas cadangan ini.

Pertama, kucing adalah karnivor dan tidak mampu menelan banyak karbohidrat. Makanan kering secara automatik mengandungi lebih banyak karbohidrat daripada makanan basah.

Bagi kebanyakan kucing, penggunaan makanan kering membawa kepada obesiti.

: MeowryThing.

Berat kucing boleh memberi anda garis panduan asas tentang kadar makanan yang perlu diberi. Foto: MeowryThing.

Kedua, makanan basah secara semula jadi membekalkan lebih banyak air dalam diet yang menyokong buah pinggang, saluran kencing dan kesihatan keseluruhan kucing.

Boleh ke campur makanan kering dan basah?

Anda juga perlu tentukan sama ada kucing akan diberi makanan basah 100 peratus atau ia diberi makanan kering juga.

Sesetengah kucing suka makanan kering dan kurang berselera jika hanya diberi makanan basah.

Harga makanan kering juga lebih berpatutan, jadi memberi makanan kering pastinya lebih murah dan bersesuaian mengikut bajet sesetengah pemilik kucing.

Memberi makan campuran basah dan kering mungkin memerlukan sedikit matematik untuk memastikan kucing anda mendapat jumlah kalori yang sesuai.

Sebaik sahaja anda telah menetapkan nisbah basah-ke-kering, sudah tiba masanya untuk menentukan kiraan kalori makanan. Pastikan anda memberi makanan berkualiti yang lengkap dan seimbang. Kemudian, tentukan bilangan kalori setiap bahagian.

Berapa banyak makanan basah yang biasanya diberi kepada kucing?

Keperluan kalori kucing anda bergantung kepada beberapa faktor. Berat kucing boleh memberi anda garis panduan asas tentang kadar yang perlu diberi makan.

Black nets tend to be less noticeable than white or transparent ones. Photo: Franziska Gabbert/dpa

Kucing yang aktif berlari dan bermain memerlukan lebih banyak kalori berbanding kucing yang tidak aktif. Foto: Franziska Gabbert/dpa.

Walau bagaimanapun, adalah penting untuk menentukan keadaan badan kucing anda. Kucing yang berlebihan berat badan perlu diberi makan mengikut berat idealnya, bukan berat sebenar.

Umur dan tahap aktiviti juga memainkan peranan dalam menentukan jumlah kalori yang diperlukan. Anak kucing yang sedang membesar memerlukan lebih banyak kalori berbanding kucing dewasa.

Kucing yang aktif berlari dan bermain akan memerlukan lebih banyak kalori berbanding kucing yang tidak aktif pada kebanyakan masa. Ibu kucing yang menyusu juga memerlukan kalori tambahan untuk menghasilkan susu dan kekal sihat.

Jika mahu membuat pengiraan kalori yang tepat, mulakan dengan mengetahui berapa banyak kalori yang diperlukan oleh kucing anda. 

 

 

Penutup 2022..jom tgk Movie Mechamato

Melayan anak-anak menonton wayang sempena cuti sekolah yang berbaki lg seminggu. Lepas ni dh naik sekolah rajin-rajin belajar ye anak-anak.

 

 

Family day 2022

18 Disember 2022 di Dina Guest House


Deprecated: str_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in /opt/www/people.utm.my/httpdocs/wp-content/themes/genesis/lib/functions/image.php on line 116

Buntu fikir tentatif reunion keluarga? Cuba 10 idea ini, yang pasti nombor 10 wajib buat

Hari keluarga sememangnya waktu untuk mengeratkan silaturahim. Foto: Keluarga Kamariah

MUSIM cuti sekolah akan bermula tidak lama lagi.

Sudah menjadi kelaziman, waktu sedemikian bakal dimanfaatkan dengan pelbagai aktiviti bersama keluarga seperti percutian ke lokasi menarik serta ada juga yang merancang untuk mengadakan hari keluarga bagi mengeratkan lagi silaturahim.

Bagi yang sering diamanahkan sebagai ‘mastermind’ untuk memikul tugas merancang dan melaksanakan hari keluarga, sudah pasti kadang-kadang buntu atau kering idea untuk mencipta tentatif acara.

Tak usah pening kepala, cuba saja beberapa idea atau cadangan seperti berikut:

1) Malam Trivia

Cabar ahli keluarga untuk melihat siapa yang paling mengetahui segala-galanya dengan malam trivia. Pisahkan keluarga anda kepada beberapa pasukan, kemukakan soalan trivia contohnya mengenai salasilah keluarga, pengetahuan am dan sebagainya.

famili 2

Makan bersama-sama menjadi satu acara wajib sewaktu Hari Keluarga. Foto: Getty Images

2) Permainan

Susun beberapa jenis permainan termasuk permainan lama untuk mengimbas kembali nostalgia dari zaman kanak-kanak anda seperti dam, congkak, galah panjang, guli dan sebagainya. Boleh juga diselitkan dengan permainan semasa seperti catur, jutaria dan lain-lain.

3) Pertunjukan bakat

Setiap keluarga pasti mempunyai seorang atau dua ‘bintang’, jadi biarkan mereka mempamerkan bakat terpendam masing-masing. Contohnya nyanyian, silap mata, menari dan lain-lain.

4) Booth foto

Tidak perlu menyewa, sebaliknya gunakan kreativiti anda serta ahli keluarga yang lain. Contohnya, gantung kepingan gambar serta hiasi dengan props yang unik.

famili 3

Menonton filem beramai-ramai pasti begitu menyeronokkan. Foto: Getty Images

5) Cetak cenderamata

Selain membuat cetakan pada baju untuk dipakai seragam, anda boleh mencetak pada beg tote, lukisan dan sebagainya untuk dijadikan kenangan untuk semua ahli keluarga

6) Tonton filem

Sewa projektor agar filem boleh ditonton beramai-ramai. Bawa selimut, bantal dan makanan ringan untuk lebih ‘feel’.

7) Tukar barangan peribadi

Setiap ahli keluarga digalakkan membawa satu barang peribadi masing-masing. Buat cabutan nama untuk pertukaran hadiah.

8) Malam anugerah

Cipta anugerah untuk ‘mengiktiraf’ ahli keluarga dengan sifat masing-masing, seperti kategori seperti ketawa paling kuat, dengkur paling kuat, paling aktif dan sporting, dan sebagainya

famili 4

Mengelilingi unggun api sambil berkongsi kisah lucu juga merupakan salah satu idea menarik. Foto: Getty Images

9) Kongsi kisah lucu

Berkumpul bersama ahli keluarga di luar sambil mengelilingi unggun api, serta kongsikan kisah lucu masing-masing tanpa rasa segan!

10) Video reunion

Tugaskan sesiapa dalam kalangan ahli keluarga untuk mengambil foto dan video sebanyak mungkin, termasuk temu ramah santai-santai setiap ahli. Hasilkan video khas sempena reunion selepas semuanya selesai. Ia adalah ‘buah tangan’ paling wajib setiap kali reunion.

kredit : mstar.com


Deprecated: str_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in /opt/www/people.utm.my/httpdocs/wp-content/themes/genesis/lib/functions/image.php on line 116

Amal 3 tip dikongsi mentor kewangan, lelaki ini berjaya langsaikan hutang rumah pertama 12 tahun saja

MEMILIKI sebuah rumah sebagai aset peribadi sememangnya impian setiap individu.

Pelbagai perkara perlu dipertimbangkan ketika merancang untuk memiliki sebuah rumah, antaranya jenis kediaman, lokasi, keluasan, pelan rekaan dan sebagainya.

Namun begitu, apa yang paling penting dalam perkara ini adalah soal perancangan kewangan iaitu komitmen untuk menyediakan wang pendahuluan serta pelan pembiayaan bulanan.

Bagi sesetangah pembeli, menyediakan wang pendahuluan mungkin tidak menjadi masalah berbanding pembiayaan bulanan.

Ini kerana rata-ratanya terikat dengan komitmen tetap seperti pinjaman pendidikan, kereta, insurans peribadi dan sebagainya sekali gus menjadi beban kepada pembeli, lebih-lebih lagi tempoh pembiayaan bulanan rumah biasanya mengambil masa antara 25 tahun sehingga 30 tahun.

RUMAH

Pembiayaan bulanan rumah biasanya mengambil masa antara 25 tahun sehingga 30 tahun.

Bagaimanapun, seorang perunding hartanah, Faizal Rahmat, berkongsi tip bagaimana dia melangsaikan hutang rumah pertamanya dalam hanya tempoh 12 tahun.

“Sepatutnya ikut perjanjian 25 tahun. Aku pilih 25 tahun berbanding 30 tahun. Ilmu ni aku perolehi dari bacaan buku mentor kewangan, Azizi Ali.

“Ikut cara dia, lima tahun langsai hutang. Dulu pun aku fikir macam tak logik cara beliau. Tapi aku try saja. Tak dapat settle lima tahun, 12 tahun pun kira okaylah,” kongsinya dalam satu hantaran di Facebook.

Berikut merupakan tiga tip yang diamalkan olehnya sehingga berjaya melangsaikan hutang rumah pertamanya lebih awal 13 tahun:

1) Bayar lebih bulanan

Setiap bulan, peruntukkan sekitar RM100 hingga RM150 wang ‘extra’ kepada bank. Tapi jika tidak mempunyai lebihan, hanya bayar mengikut jumlah yang ditetapkan bank. Jangan stres!

2) Bayar lebih tahunan

Bagi syarikat yang sering membayar bonus tahunan, gunakan duit bonus tersebut untuk membayar ‘extra’ bulanan kepada bank. Tempoh normal untuk bayaran tahunan adalah 12 bulan, tapi jika mampu, lebihkan bayaran sehingga 13 hingga 14 bulan. Bayar lebih, cepatlah habis!

3) Bayar guna KWSP

Tips ni paling banyak membantu. Keluarkan duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) daripada Akaun 2 untuk mengurangkan baki pembiayaan. Jika mempunyai masalah dengan pihak bank, sila maklumkan kepada mereka anda mahu membayar ‘principal’ terus. Barulah kita yang untung!

Pendek kata, bebas utang, hati pun tenang!

kredit : mstar.com

Majlis Meraikan Raja Sehari – 23/7/2022