Archives for December 2019

Majlis Tautan Ukhwah Syawal Fakulti Kejuruteraan (4 Julai 2019)

pertama kalinya selepas sinergi, 6 buah sekolah bergabung kebaboo menjadi satu menganjurkan jamuan raya..host adalah sekolah kejuruteraan elektrik..Tema klasik SC adalah  ala melayu lama, menu ketupat palas dan serunding daging..

Ada pertandingan gerai terbaik, gerai popular..berentap dengan 5 sekolah dan fakulti kejuruteraan..tp kiteorg tak menang pun..sob sob..

Ini win !

terasa la pulak..hahaha

PILIHANRAYA KAMPUS SESI 2019/2020 FAKULTI KEJURUTERAAN

4 Disember 2019

cam biasa bertugas untuk bahagian pendaftaran. Pagi tu ada viva master so bersiap siaga dulu then tengahari baru bertugas.

Ada cite sikit pasal viva pagi tu, tup tup pepagi dpt whatsapp pembantu pengerusi tak dapat hadir. Senang kan? cuma maklumkan je, padahal sepatutnya dia la yang kene cari pengganti tu. Dalam keadaan pepagi buta sape la nk ganti last minute. Masukkn offer kt dlm group whatsapp SC, dlm masa yang sama bgtahu sv minta tolong sama carikan, PM tepi beberapa pensyarah yang baru..akhirnya sv dapatkan sorang pembantu, Dr Adila Firdaus..alhamdulilah selesai masalah yang tak selalu tk terjangka ni..ehh melalut membebel pulak pasal viva pulak, kalau cite viva ni memang takkan habis la..hihi

dh lama bertugas pilihanraya, banyak kenangan..dulu-dulu masa belum kawen ingat lagi masa tu zaman cik najmah jadi TP, kene bertugas sampai dh subuh nun baru dpt balik, esoknya majlis hari raya UTM tak dapat join, semuanya gara-gara kene kira kertas undi..huhu

hah..cam biasa..kita bergambo la kalau line tk sibuk..heh heh

Ejen Ali the Movie

best woo..anak-anak sibuk nak tengok lg..lahai anak

part..ehh icha..tu icha la…hahaha

Family Day 2018

ni tahun lepas punya cite..hahaha semangat pulak..maklum next week turn tahun ni pulak..family day 2019 gitu..

adik umur 2 tahun masa tu

ni gambo last nk balik

lucky draw..tk la lucky sbb suma bwk..hahaha

bakar satay..wah suma nunggu je ye

nyummeh..tak sabar nk makan ni

mak-mak

mandi-manda..perghh penuh ngan family kite je

sukaneka

 

 

wahhhh tk sabarnya, camne la familyday tahun 2019 ni ye?

Doa Untuk Arwah Mak Bapak

Related image

Al fatihah utk arwah bapak yg meninggal pada 26 Mei 2019 dan mak yang meninggal pada 6 Jun 2019 (10 hari bapak meninggal dunia)

Perancangan Allah yang maha hebat, cinta mak bapak yang sehidup semati..yang tidak  terduga oleh kami  mak yang sihat juga menyusul meninggalkan alam yang fana ini ..bila mana kami redha bapak yang tidak sihat telah meninggalkan kami, kami meredakan kesedihan itu dengan beranggapan masih ada mak di sisi kami…tidak terjangka juga di malam hari raya semuanya bermula..Allah maha besar.. kami yang kerdil ini tidak nampak kebesaranNya

nazak awal? semuanya tk perasan..kalaulah kami tahu itu nazak awal akan kami berkumpul dn baca yassin utk mak, kami cuma usahakan bawa mak pergi ke hospital dn Doc sahkan paru-paru mak dh rosak dan tiada harapan..ilmu manusia tak dapat nk menandingi kuasa hebat Allah….saat itu kami adik beradik berkumpul, ajarkan mak mengucap dan bacakan yassin akhirnya mak pergi jua 🙁 ..terlalu singkat masa bersama mak..tak sempat kami untuk berjasa menjaga mak..seperti mana mak menjaga kami semasa kecil, mak juga berbakti menjaga bapak semasa hayatnya

Perginya bapak di bulan ramadhan yang mulia, perginya mak selepas sebulan berpuasa ramadhan, semoga keduanya diberikan ganjaran Jannah Allah, tanpa dihisab, diperluaskan kubur keduanya, moga Allah jadikannya seperti taman-taman syurga, disatukan keduanya bersama seluruh ahli keluarga kami akhirnya di syurga…aamiin

Ku buang perasaan sedih ni jauh-jauh..ku tetapkan dalam hati ku..mak masih ada, mak cuma pergi sekejab saja..setiap detik memang tak pernah tk ingat mak, doa ku titipkan kepada keduanya setiap kali solat dan waktu tidurku..rindu yang tak terungkap..