๐—ฆ๐—œ๐—š๐—ก๐—”๐—Ÿ ๐—ž๐—˜๐—ช๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—˜๐—•๐—œ๐—› ๐—•๐—”๐—œ๐—ž

Tengok koleksi emas kita. Nampak berapa gram?

Cantik kan? ๐Ÿฅฐ

๐™Ž๐™š๐™ฉ๐™ž๐™–๐™ฅ ๐™—๐™ช๐™ก๐™–๐™ฃ, penyimpan emas berilmu pasti ๐™–๐™™๐™– ๐™ฅ๐™š๐™ง๐™ฉ๐™–๐™ข๐™—๐™–๐™๐™–๐™ฃ ๐™œ๐™ง๐™–๐™ข. Sama ada sekecil 0.25g hingga sebesar 100g

Kalau macam tu, signal kewangan kita semakin baik.

โœ…๏ธ Daripada dulu yang asyik boros, tapi sekarang dah boleh kawal nafsu belanja

โœ…๏ธ Kalau dulu asyik tak lekat simpanan, tapi sekarang simpanan emas makin lama makin bertambah

Alhamdulillah ๐Ÿคฒ
Tahniah Tuan-Puan yang dah pun mulakan simpanan dan terus konsisten ๐Ÿ‘

Bulan Ogos ini, letakkan target seterusnya. Target yang lebih baik dari bulan sebelum.

In Shaa Allah..
saya doakan semoga impian kewangan Tuan-Puan makin bertambah baik.
Aamiin Aamiin YRA..

Dimana Untungnya?

Selalu orang akan bertanya,
Di mana untung nya kalau simpan emas?
Kita tanya balik,
kalau simpan dalam bank pula berapa untungnya?

Dapat dividen??
Dengan kejatuhan ringgit dan inflasi sekarang..
berbaloikah keuntungan nya yang kita dapat?

Dividen bank sekitar 1-2% tak berbaloi dalam keadaan ekonomi tak menentu ni.
Duit dalam bank tu pula dalam bentuk digit, simpan di tangan biasanya habis dibelanjakan.๐Ÿฅบ

Jom betulkan yang biasa,
Biasakan yang betul.๐Ÿ’Ž๐Ÿ’‹

Semoga murah rezeki kita semua bila menabung emas.
Aamiin ๐Ÿคฒ

*TIPS SIMPANAN TAHAN LAMA*

Semua orang mesti mahu simpanan mereka bertambah setiap bulan bukan?

Tips yang paling mudah adalah, setiap kali dapat gaji tukar minima 10% daripada gaji kepada emas.

Ya! Benar.

Contoh mudah, Kalau sebelum ini tuan puan selalu simpan RM400 sebulan dalam ASB atau Tabung Haji tetapi mulai sekarang cuba alihkan sebahagian dari simpanan duit tersebut dalam bentuk emas. Contoh: RM200 simpan dalam ASB atau TH, manakala baki lagi RM200 dalam bentuk emas

Tuan puan boleh tengok mana satu simpanan yang dapat bertahan dan kekal lama.

Tuan puan akan dapati simpanan Emas bukan saja bertahan lama malah semakin bertambah banyak manakala simpanan duit semakin berkurangan.

Cubalah, ambil tindakan segera bagi tuan puan yang selalu mengalami kebocoran wang sama seperti saya. Susah sangat nak menyimpan duit, asyik bocor saja duit tu kan. Tapi itu dulu lah. sekarang tidak lagi๐Ÿซฐ๐Ÿผ

*Tip kurangkan rasa berduit:*

1. Menabung secara auto-debit atau standing instructions. Supaya duit yang sepatutnya kita tabungkan dah dipotong siap-siap sebelum sampai ke tangan kita.

2. Duit simpanan jangka panjang, simpanlah dalam bentuk emas. Emas pun duit juga, tapi bila dah bertukar jadi emas, kita akan rasa tak lagi berduit.

3. Bila dapat kenaikan gaji, terus tambah potongan gaji untuk dijadikan tabungan. Supaya kita tak nampak ‘duit lebih’ bila dapat kenaikan gaji.

4. Gunakan teknik sampul. Bila dapat gaji, asing-asing siap-siap setiap perbelanjaan mengikut sampul. Supaya kita sedar, kita sebenarnya tak ada duit lebih dan tak lagi rasa berduit (bila tengok duit selonggok banyak).

Sentiasalah berhati-hati setiap kali rasa berduit. Duit kita akan banyak bocor ketika kita rasa berduit.

Semoga bermanfaat.

[๐†๐”๐ˆ๐ƒ๐„ ๐๐„๐‹๐ˆ ๐„๐Œ๐€๐’]

.
Kalau boleh JANGAN lah letak duit kita di tangan orang. Beli sendiri lah emas. BELI EMAS BOLEH DAPAT TERUS EMAS FIZIKAL OKEY..
.
Baca info ni ye.
.

=======
.

SIMPANAN EMAS – nak pilih yang mana satu.
.
1. emas perhiasan – yang ni ada kos upah pada harganya. Harga lebih tinggi dari nilai emas. Bila nak jual, spread dia tinggi – harga tolak lebih kurang 35% dari nilai emas sebab dia dah jadi emas terpakai.
.
emas ini hanya elok utk digadai. Jangan sekali kali jual sebab akan hilang duit dengan banyak sekali.
.
kalau nak beli emas perhiasan, elakkan beli emas baru, sebaliknya beli emas terpakai – harga lebih murah tapi bila gadai nanti akan dapat duit yang senilai dengan berat dia.
.
jangan sekali kali beli emas perhiasan ( barang kemas) yang ada batu permata. Apabila ia ada batu permata, maka ia tidak lagi boleh digadai. Kalau nak jual, kedai akan buang dulu batu permata baru timbang barang kemas.
.
harga pun jatuh teruk – kadang2 kedai pun tak jujur bila menggred barang kemas, ini supaya mereka untung lebih.
.
2. gold bar 999.9 – ini paling baik untuk menyimpan nilai. Kalau jual, dia tetap jual sebagai gold bar dan dia tak jadi emas terpakai walaupun dia dah kemek atau calar atau dah 50 kali masuk gadai.
.
kalau jual balik, biasanya spread hanya 5% sahaja ditolak dari harga semasa.
.
kalau nak untung, jual pada individu pada harga pasaran. Macam dealer Orodesign, ambil lock order Harga kilang jual kepada customer Harga pasaran. Urusan penghantaran semua kilang yang urus, tak perlu simpan stok, tak pening kepala, dealer ambil order saja keuntungan masuk acc sendiri. Gold bar ni walaupun bertukar tangan 10 kali, ia tetap dijual pada harga pasaran seperti emas baru.
.
3. Dinar – juga satu medium yang sangat baik untuk menyimpan nilai. Kalau kita jual, dia tak jatuh harga dan akan dibeli dengan harga dinar.
.
mudah untuk jual pada orang lain, sebab dinar merupakan matawang, walaupun dia buruk dan hodoh sebab dah banyak kali bertukar tangan, ia tidak akan jatuh harga.
.
kalau jual balik pada company, akan kena spread 5%. Dealer Orodesign boleh beli Emas lama, jual semula kepada kilang MAA dengan Harga tinggi tak kisah kondisi Emas macam mana, brand apa sekalipun. Kalau jual pada orang perseorangan, ia akan dijual pada harga nilai semasa.
.
4. Barang kemas designer – poh kong, habib, tomei
barang kemas ni harga dia mahal pada design dan jenama. Kalau nak gadai kita akan rugi banyak sebab emas dia tidak sepadan dengan harga dia.
.
tidak disyorkan jika nak guna untuk menyimpan nilai sebab susah nak jual dan gadai.
.
tapi jika dah kukuh kewangan, dan dah ada cukup simpanan, beli lah satu atau dua barang kemas ini sebab ia sangat cantik dan ia akan memberi satu feel yang lain kepada si pemakai.
.
tengok objektif apa sebelum beli.
.
kalau nak bermula – beli barang kemas terpakai dan suruh isteri pakai.
.
kalau di peringkat pertengahan – beli gold bar atau dinar dan pastikan letak dalam safe deposit box
.
kalau dah ada duit yang cukup – beli emas designer untuk meningkatkan keyakinan diri dan reward diri setelah lama mendisiplinkan diri menyimpan.
.
.
jom success!!

๐ŸŽ™๐“๐ข๐ฉ๐ฌ, ๐๐š๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ, ๐ˆ๐ง๐Ÿ๐จ & ๐„๐ฆ๐š๐ฌ ๐Ÿงˆโœ…๐Ÿ‘†๐Ÿผ

Mula Dulu Sikit – Sikit, Buat Sampai Semua Kemas.
๐ƒ๐ฎ๐ฅ๐ฎ ๐’๐ฎ๐ค๐š ๐’๐ข๐ฆ๐ฉ๐š๐ง ๐‘๐ข๐ง๐ ๐ ๐ข๐ญ, ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐ˆ๐ง๐ข ๐Œ๐ข๐ง๐š๐ญ ๐Œ๐ž๐ง๐š๐›๐ฎ๐ง๐  ๐„๐ฆ๐š๐ฌ.

Hari ini kita ada macam2 jenis platform untuk dapatkan emas,

tapi beli & dapat emas fizikal di tangan harus menjadi ASAS bagi kita menabung secara bijak.

Kebanyakan di luar sana mempunyai emas jenis akaun dan digital.

Hakikatnya emas yang kita beli harus wujud serta boleh disentuh, dilihat dan di bawa pulang.

Sebab itu jugak lah, sebagai seorang penyimpan emas harus sekali kita fahami asas ni.

Baru lah tak kena scam sana sini.

Jika hari ini kita takut nak simpan emas.
Satu hari nanti kita pasti akan lebih takut simpan duit kertas.

Ini disebabkan nilai wang kertas bukan terletak pada kertasnya tapi terletak pada jaminan sesebuah kerajaan.

Pada kertas itu sendiri sebenarnya tiada nilai sebenar. Ia tiada nilai intrinsik (melekat). Ia hanya bernilai disebabkan nilai yang ‘dipaksa’ ke atasnya.

Sebab itu kerajaan tulis “Wang kertas ini dah diperlakukan dengan nilai..” itu jaminan kerajaan.

Semoga semakin ramai yang akan faham hakikat sebenar ini dan mula menyimpan emas sebagai simpanan jangka masa panjang.

Emas bantu keluarkan anda dari kesempitan


๐Ÿ’ฅCemana?
๐Ÿ’ขKatakan anda simpan 1g setiap bulan.. Hujung tahun, katakan anda ada 10gram goldbar..

๐Ÿ’ขBulan 12, nak kena beli baju sekolah anak.. G arrahnu/kedai pajak, letak emas kat sana, pinjam RM1000.. G beli baju sekolah anak..

๐Ÿ’ขBulan-bulan, bayar RM200 utk 5 bulan. Bulan ke-5 ambil balik 10gram tadi.. Baju sekolah anak dah beli, emas pun ada balik.. Yayyy..

๐Ÿ’ขBulan 6 pulak, peti ais rosak.. Kalau beli kat Court M ansur-ansur, harga total tu siap boleh beli 3 bijik peti ais baru.. So, lupakan C.M..

๐Ÿ’ข10gram tadi masih ada kan? Haa pergi pajak balik.. amek RM1000, beli peti ais baru atau g repair..
Bulan-bulan bayar RM200 selama 5 bulan, amek balik 10gram tadi..
Peti ais dah baru, emas pun still ada..

๐Ÿ’ขUlang je cycle yg sama..
Masalah selesai, emas masih ada.. Zaman skrg ni RM1000 bukan senang2 org nak bg pinjam..and kita ni jgn biasakan diri meminjam org..

๐Ÿ’ขKeluar dari kebiasaan, cuba fikir jalan keluar dari masalah.
Meminjam TAKKAN selesaikan masalah anda. Katakan org yg anda biasa pinjam duit tu mati dah, haaaa jenuh pulak nk g cari org baik mcm org tersebut..

โœจโœจFikir-fikirkan dan selamat beramal..

MATLAMAT SIMPAN EMAS

EMAS bukan sekadar PELABURAN tetapi ianya adalah SIMPANAN ATAU TABUNGAN untuk kita capai matlamat kita pada masa depan.

Kenapa simpan EMAS?

Sebab EMAS mempunyai banyak kelebihan berbanding wang kertas sebagai simpanan dalam jangkamasa panjang.

EMAS adalah salah satu PORTFOLIO INVESTMENT yang terbaik semasa pandemik dan krisis.

Jika anda simpan wang kertas anda akan perasaan berapa banyak nilai duit merosot dan kuasa beli menurun dalam
20 tahun ni. Berbeza jika anda simpan EMAS. Ia mengekalkan kuasa beli dan nilainya terjamin sejak 1,400 tahun lalu.

1 Dinar boleh digunakan sebagai Mas Kahwin, 50 gram untuk deposit Rumah, simpan 10 Dinar untuk menunaikan Umrah dan sebagai Tabung Pengajian Tinggi, Dana Kecemasan serta Dana Persaraan.

Anda mesti ada matlamat jangkamasa pendek, jangkamasa sederhana dan jangkamasa panjang. Anda mesti ada azam. Ia akan memacu kita untuk capai cita-cita dan impian.

TAKUT SIMPAN EMAS DI RUMAHย 

“Saya takut la nak beli emas dan simpan kat rumah.  Macam bahaya pulak rasanya.” 

Ini antara penyebab ada sahabat kita yg lambat jadi penyimpan Emas. Sgt rugi sbb emas makin lama makin mahal bukan makin murah.

Pernah tak terfikir anda beli kereta puluh ribu, ratus ribu, Tapi anda parking kat luar rumah jugak, tak risau ke kena curi?

100g Emas besar ni jer. Nilai RM 30,000++. Mana lagi mudah nak simpan, 
RM 30,000++ yg wang kertas yg bertimbun tu atau 100g sekeping ni? 

Bila dah pegang Emas, aura Emas tu akan buat kita lagi gigih menyimpan dan tak boros berbelanja.  Mcmtulah simpanan kita boleh berganda berbanding simpanan RM yg asyik nak habiskan ja.

InsyaAllah jika anda sertai Orodesign, lagi mudah utk capai 100g, 200g, 300g emas sbb dpt Emas harga kilang. Bererti lagi mudah kita menjadi pembayar Zakat sekaligus dpt majukan ekonomi umat Islam. Kan bagus tu??

Jom sahabat. Belum terlambat untuk anda bermula simpanan Emas. InsyaAllah kami sedia bantu dan bimbing anda sampai berjaya.

Orang NEGATIF VS Orang POSITIF๐Ÿค“

Bila dengar orang sembang pasal EMAS..๐Ÿค”
Orang NEGATIF kata,
Depa semua ni orang kaya..๐Ÿ˜ฌ
Orang POSITIF kata,
Depa semua ni bijak fikir masa depan.โ˜บ

Bila dengar orang kumpul EMAS..๐Ÿค”
Orang NEGATIF kata,
Depa semua ni fikir dunia saja..bukan boleh bawa mati๐Ÿ˜ฌ
Orang POSITIF kata,
Depa semua ni nak menggalakkan
ramai orang jadi pembayar zakat EMAS..
memang emas tak boleh bawa mati tapi
manfaatnya boleh tolong lepas mati. untuk saham akhirat.โ˜บ

Bila dengar orang sembang pasal EMAS..๐Ÿค”
Orang NEGATIF Kata,
Setiap bulan tidak ada duit,
macammana nak simpan EMAS.๐Ÿ˜ฌ
Orang POSITIF kata,
Depa akan menabung duit sikit sikit..
Dah cukup duit nak beli EMAS.โ˜บ

KITA DI PIHAK YANG MANA ?
POSITIF atau NEGATIF ??๐Ÿค”

Masing masing ada jawapannya.
Kami di ORODESIGN…๐Ÿค 
“Membujur lalu, Melintang patah”
Tetap teruskan misi…๐Ÿ’ช๐Ÿผ

#1gram, 1bulan, 1keluarga
#Lahirkan ramai pembayar zakat EMAS.