Archives for November 2022

Majlis Apresiasi Fakulti Komputeran (MAFC 2022)- 2 Oktober 2022

Disebabkan kesibukan di Pejabat Akademik, so memang terlambat untuk saya share.

Majlis Apresiasi Fakulti Komputeran (MAFC) 2022 telah diadakan pada 02 OKTOBER 2022 (Ahad) Jam 2.00 Petang hingga 5.00 petang bertempat di Pulai Springs Resort.

Majlis diadakan untuk meraikan staf yang cemerlang. Terima kasih FC kerana meraikan staf. Ini hari kita!!

Bertemakan “Mat Kilau”, staf semua sporting mengayakan watak-watak di dalam filem yang terkemuka ini. Terdapat persembahan daripada Sekolah Kebangsaan Nusajaya memeriahkan lagi majlis dengan tarian melayu dan diselang selikan dengan cabutan bertuah.

Semoga ada harapan untuk saya mendapat sekali lagi anugerah ini di masa-masa akan datang.

 

 

 

Gotong Royong Persiapan Majlis Apresiasi FC -28 hingga 29 Sept 2022

Dalam kesibukan di Pejabat Akademik, sempat juga saya meluangkan masa untuk membantu persiapan sempena Majlis meraikan kecemerlangan staf.

Antaranya menyediakan goodies tetamu, memasukkan wang saguhati kepada penerima anugerah serta melabelkan nombor untuk cabutan bertuah.