Ramai cakap kayap ular boleh bawa maut jika bersambung… Jangan panik, ini penjelasan doktor

Kayap ular terjadi disebabkan oleh virus Varicella-zoster, virus sama yang menyebabkan chicken pox. Foto: Thomson Specialist Skin Centre

 

SIAPA tak kenal Dr Ahmad Samhan yang aktif berkongsi pelbagai ilmu perubatan menerusi Twitter, Facebook dan TikTok.

Terbaharu, doktor viral itu tampil berkongsi kisah mengenai seorang pesakit lelaki yang mengalami kayap pada bahagian badannya.

Menurut Dr Samhan, seorang pesakit yang menggelarkan dirinya sebagai pakcik mengakui risau sekiranya dia akan mati selepas kayap ular pada badannya bersambung tidak lama lagi.

 

Punca kayap?

Jelas Dr Samhan, kayap ular terjadi disebabkan oleh virus Varicella-zoster iaitu virus sama yang menyebabkan chicken pox.

Oleh itu, sesiapa yang dijangkiti oleh chickenpox boleh mendapat jangkitan kayap ular.

Tambahnya, selepas pesakit pulih daripada jangkitan chicken pox dan tidak dirawat dengan sempurna, virus yang masih hidup dan berbaki boleh memasuki sistem saraf pesakit dan tinggal diam (tidak aktif) selama bertahun-tahun.

Akhirnya, apabila daya tahan bekas pesakit chicken pox ini menjadi lemah semula, virus ini akan menjadi aktif semula dan bergerak sepanjang laluan saraf pada kulit, dan menyebabkan lepuhan dan kayap.

872040

Menurut Dr Samhan, sehingga kini tiada rawatan yang berkesan sepenuhnya untuk merawat kayap ular.

Pergerakan sepanjang saraf ini ibarat ular yang membelit, lalu dinamakan kayap ular. Kayap ini biasanya akan menyerang satu saraf (dermatome) pada satu bahagian badan sahaja.

Setiap akar saraf mempunyai dua set yang sama untuk memberikan deria sentuhan di kedua-dua belah kiri dan kanan bahagian badan.

Maka, apabila virus tadi kembali aktif, kayap ular hanya terjadi di sebelah kiri atau kanan sesuatu bahagian kecil badan sahaja, bergantung di saraf mana letak duduknya virus tersebut. Memang agak mustahil juga untuk kayap ular itu mengelilingi badan kita.

Ia biasanya melibatkan bahagian dada dan muka. Ada segolongan kecil pesakit mungkin mengalami kayap ular di lebih daripada satu bahagian badan tetapi tidak mungkin di kiri dan kanan serentak. Ia takkan bersambung. Itu semua mitos!

Rawatan

Sehingga kini tiada rawatan yang berkesan sepenuhnya untuk merawat kayap ular. Tetapi rawatan perubatan yang betul mampu memendekkan jangka masa penyakit dan mengelakkan komplikasi.

Berikut merupakan ubat yang biasa dipreskripsi oleh doktor:

1. Anti-viral – seperti Acyclovir. Ia penting untuk mengurangkan kesakitan dan memendekkan tempoh penyakit.

2. Ubat tahan sakit – seperti NSAIDs untuk membantu pesakit menangani rasa sakit yang ditanggung.

3. Krim antibiotik – sekiranya berlaku jangkitan bakteria pada kayap ular tersebut.

Kredit : Mstar.com

 

Pengalaman saya sendiri yang pernah kena penyakit kayap, memang sangat berbisa sampai nk mandi pun menangis dibuatnya. Sebab nak baik punya pasal saya tahankan juga. Ubat pun banyak sampai Dr Rizal cakap penyakit ni panyakit paling mahal. Hihihi..

 

 

Tiada siapa pernah bersedia, ketahui punca-punca mati mengejut ketika tidur

KEMATIAN ketika tidur boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat usia.

Menurut Pengarah Perubatan Klinik Iris Shah Alam, Dr Arisman Wenge Abdul Rahman, terdapat beberapa punca yang membawa kepada kejadian itu.

Trauma, toksin dan ubat-ubatan

 

Trauma berpunca daripada bencana yang berlaku semasa tidur. Toksin pula misalnya berlaku kerana keracunan menghidu gas karbon monoksida.

Selain itu, pengambilan ubat secara berlebihan (overdose) terutamanya ubat tahan sakit juga boleh mempercepatkan proses kematian kerana kesannya kepada pernafasan.

Cardiac arrest

Ini yang selalu kita akan fikir terlebih dahulu apabila kita dengar khabar kematian dalam tidur. Betul? Jantung berhenti tiba-tiba atas sebab-sebab tertentu.

Misalnya serangan jantung tersumbat. Tetapi kita perlu tahu bahawa penyebab jantung berhenti paling kerap adalah aritmia, iaitu gangguan irama jantung akibat masalah pada sistem penyampaian elektrikal pada jantung, sama ada terlalu perlahan atau terlalu laju sehingga fungsi kerja jantung gagal dan berhenti.

Penyakit gagal jantung atau istilah lain jantung bengkak juga menjadi risiko penting terjadinya cardiac arrest semasa tidur.

Berdasarkan satu kajian pada tahun 2018 menerusi Journal of the American Heart Association, sebanyak 15 hingga 20 peratus kematian disebabkan jantung berhenti tiba-tiba dan daripadanya, sebanyak 22 peratus kematian itu berlaku pada waktu malam.

Angin ahmar

Strok atau angin ahmar juga boleh menjadi punca mati dalam tidur. Dikaitkan apabila terjadinya aritmia, unstable plaque atau plak darah beku yang tidak stabil boleh terlepas dan mengalir ke salur darah dalam otak dan menyebabkan sumbatan dan terjadinya strok.

Darah tinggi

Tekanan darah tinggi juga meningkatkan risiko kejadian yang sama. Jangan main-main dengan tekanan darah tinggi ya.

Gagal pernafasan

Paru-paru dengan jantung adalah satu pasukan. Salah satu pasangan mengalami kegagalan, pasangan satu lagi akan turut merosot dan gagal dalam waktu berdekatan.

 

10. Identify sleep disorders: Besides annoying the people you sleep with, loud snoring can be indicative of sleep apnea, a potentially life-threatening sleep disorder. 10 tips for better sleep.

Mereka yang kerap berdengkur dinasihatkan agar membuat pemeriksaan kesihatan. -Gambar Hiasan

Misalnya seperti penyakit pulmonary embolism atau darah beku pada paru-paru, serangan asma, kanser paru-paru, dan COPD.

Sudden Unexplained Nocturnal Death Syndrome (SUNDS)

SUNDS merupakan kematian yang tidak diketahui apa puncanya. Walaupun sudah dilakukan post mortem, penyebab masih tidak dikenal pasti.

Penyakit tidur (sleep disorders)

Penyakit Obstructive Sleep Apnea (OSA) boleh menjadi risiko kepada kejadian mati mengejut semasa tidur.

Mereka yang berdengkur teruk setiap malam, sila buat pemeriksaan dengan doktor untuk diagnosis masalah kesihatan anda dengan segera. Jangan biarkan.

Ia adalah tanda-tanda sleep apnea dan ia boleh menjadi risiko terjadinya dying in the night.

 

Kredit : Mstar.com

#SiBibirMerah: Kurus tetap azam tahun baru, wanita berusahalah, 9 perkara ini boleh bantu

PABILA tahun baru 2023 menjelma, ramai yang meletakkan azam untuk kurus dan hidup dengan lebih sihat terutamanya golongan wanita.

Walaupun kajian menunjukkan mereka yang mempunyai azam tahun baru cenderung untuk membuat perubahan, namun azam berkaitan topik kesihatan tersangatlah terhad.

Perkara ini menyebabkan ramai yang terpanggil untuk membuat azam yang sama setiap tahun.

Untuk merealisasikan azam yang telah ditetapkan, diri sendirilah yang bertanggungjawab mengatur langkah berusaha mencapainya.

Bibir merah berharap wanita di luar sana agar terus berusaha ya untuk menjaga kesihatan diri.

Bagi membuat perubahan, mungkin sembilan perkara di bawah boleh mempengaruhi tahap kesihatan anda sepanjang tahun 2023.

1. Kurangkan duduk dan jalani kehidupan aktif

Tidak dapat dinafikan bahawa mereka yang tidak aktif mudah untuk mendapat masalah kesihatan di samping meningkatkan risiko kematian terhadap sesuatu penyakit.

Perkara ini telah terbukti melalui kajian oleh pengkaji dari Universiti di Australia yang diterbitkan pada tahun 2016.

Azam untuk mengurangkan aktiviti duduk boleh mengubah corak kehidupan anda. Cuba untuk berjalan selama lima minit pada setiap satu jam.

2. Kurangkan minuman bergula, tampak mudah tapi sukar

Gula sering dikaitkan dengan pelbagai jenis masalah kesihatan seperti obesiti, hati berlemak, penyakit jantung, kerintangan insulin dan gigi berlubang pada kanak-kanak dan orang dewasa.

Perkara ini telah dibuktikan melalui pelbagai kajian saintifik.

Walaupun adalah lebih baik jika anda boleh berhenti secara serta-merta, namun untuk peringkat awal, anda boleh kurangkan kekerapan pengambilan minuman bergula.

3. Dapatkan tidur yang lebih berkualiti untuk kesihatan fizikal dan mental

Semua orang tahu bahawa tidur adalah elemen penting dalam kelanjutan usia. Mereka yang mempunyai corak tidur yang porak-peranda berisiko mengalami pelbagai jenis masalah kesihatan.

Sebagai contoh, kajian menunjukkan mereka yang tidak mendapatkan jumlah jam tidur seperti yang disarankan berisiko untuk mengalami kenaikan berat badan, masalah jantung dan kemurungan.

Pastikan anda tidak menggunakan peranti elektronik sejam sebelum tidur bagi mendapatkan tidur yang lebih berkualiti.

4. Kenal pasti aktiviti fizikal yang anda minati

Setiap awal tahun baru, jumlah pembelian bagi produk seperti keahlian gim, studio bersenam dan program turunkan berat badan di atas talian meningkat.

 

Ia menunjukkan bahawa setiap individu mempunyai hasrat untuk hidup lebih sihat daripada tahun sebelumnya.

Namun, seperti kebanyakan azam yang lain, hasrat untuk hidup sihat boleh jadi tidak kesampaian memandangkan kebanyakan individu tidak meminati aktiviti yang didaftarkan.

Mereka cuma terikut-ikut dengan trend semasa bagi memenuhi azam tahun baru mereka.

Bagi mengelakkan perkara ini berlaku, anda seharusnya memilih aktiviti fizikal yang anda minati.

Tidak semestinya anda perlu pergi ke gim untuk kurus.

5. Menjelang tahun baru 2023, luangkan masa yang lebih untuk penjagaan diri

Ia bukan satu tindakan yang mementingkan diri sendiri. Malah tahap kesihatan anda meningkat jika mengamalkan teknik penjagaan diri yang betul.

Jika anda seorang yang sangat sibuk, anda perlu merancang jadual sebaiknya.

Pastikan anda mempunyai slot masa yang dikhususkan untuk penjagaan diri seperti masa untuk memasak makanan, bersiar-siar, tidur atau bermeditasi.

6. Elakkan makanan ringan dan belajar memasak di rumah

Makanan ringan mengandungi gula dan lemak trans yang sangat tinggi.

Perkara ini boleh menyebabkan masalah obesiti dan penyakit kronik yang lain. Oleh sebab itulah setiap individu perlu belajar memasak sendiri.

Kajian yang dijalankan oleh Universiti Newcastle pada tahun 2017 menunjukkan individu yang makan masakan di rumah 5 kali seminggu boleh menikmati penurunan risiko sebanyak 28% untuk mendapat masalah berat badan berlebihan.

Cuba masak sehari sekali dan jika anda sudah biasa, tingkatkan kekerapan sehingga tidak lagi bergantung kepada makanan segera.

7. Bermula hari ini, luangkan lebih banyak masa di luar

Kajian oleh USDA yang diterbitkan pada tahun 2018 menunjukkan mereka yang meluangkan masa di luar mempunyai tahap stres yang rendah, mood yang baik dan tekanan darah yang rendah.

Anda boleh melakukan aktiviti ringan seperti berjalan-jalan, berkebun, pergi berkhemah dan pelbagai aktiviti lain yang melibatkan alam sekitar.

8. Hadkan masa dengan peranti elektronik

Ramai individu yang mempunyai tahap kebergantungan tinggi terhadap peranti elektronik.

Walau bagaimanapun, banyak kajian menunjukkan tabiat tersebut, terutamanya jika anda sering menggunakan media sosial, boleh menyebabkan masalah kemurungan, keresahan dan kesunyian.

Bersempena dengan tahun baru, mungkin sudah tiba masanya anda memutuskan hubungan dengan peranti elektronik demi kesihatan fizikal dan mental.

9. Rancang semula pelan diet

Bukan semua pelan diet baik untuk anda dalam jangka masa panjang.

Kajian menunjukkan kebanyakan mereka yang mengamalkan pelan diet dengan pelbagai jenis pantang berisiko untuk gemuk semula dalam masa satu tahun.

Apa yang lebih teruk lagi, diet juga berupaya untuk menyukarkan proses penurunan berat badan kelak.

Tahun baru 2023, azam baru. Mungkin sudah tiba masanya anda fikir dan rancang semula pelan diet anda.

Pastikan ia realistik dan seimbang.

Memang sukar untuk kita penuhi azam baru memandangkan ia memerlukan perubahan pada rutin harian.

Dengan teknik perancangan yang betul, Bibir Merah berharap semua wanita berjaya menunaikan azam yang diimpikan bagi meningkatkan taraf dan kualiti hidup.

Semoga bermanfaat!

 

kredit : sinarplus

Obses nak wajah cantik dan berseri? Ambil tahu beza produk penjagaan kulit berstatus halal VS vegan

Terdapat perbezaan antara produk penjagaan kulit berstatus halal dengan vegan. Gambar hiasan

BAGI mereka yang beragama Islam, adalah dituntut untuk lebih teliti mengenai isu halal dan haram.

Bukan hanya terhad dalam soal makanan atau minuman sahaja, bahkan umat Islam turut dinasihatkan agar memilih produk kosmetik atau penjagaan kulit yang berstatus halal.

Dek kerana kesedaran yang kian meningkat, ketika ini boleh dikatakan wujud lonjakan permintaan terhadap produk penjagaan kulit yang halal sehingga sepuluh kali ganda!

POSTS new mobile size

Produk berstatus halal kini mendapat lonjakan permintaan. Gambar hiasan

Apakah maksud produk penjagaan kulit berstatus halal?

Secara ringkasnya, ia boleh ditakrifkan seperti berikut:

1) Menggunakan bahan semulajadi yang berasaskan tumbuhan

2) Bebas daripada produk sampingan haiwan, alkohol dan paraben.

3) Dihasilkan menggunakan peralatan dan bahan yang menepati syariat Islam.

Ini membuatkan produk penjagaan kulit halal muncul daripada niche (segmen) dan kemudian perlahan-lahan bertukar kepada kategori arus perdana yang boleh digunakan oleh semua orang, bukan hanya 1.8 bilion umat Islam.

skincare 2

Produk vegan bebas daripada bahan berasaskan haiwan. Gambar hiasan

Apakah perbezaan antara produk penjagaan kulit halal dengan vegan?

Produk mesra vegan pula bebas daripada bahan berasaskan haiwan, manakala produk berstatus halal mungkin mengandungi bahan haiwan tetapi hanya yang dibenarkan mengikut garis panduan Islam, seperti madu.

Bagaimana untuk mengetahui sama ada sesuatu produk tersebut adalah berstatus vegan?

1) Semak sama ada ia tertera ‘vegan’ atau simbol V.

2) Semak jika ia tertera amaran bahan penyebab alergi untuk susu, telur atau hasil haiwan lain.

3) Imbas senarai kandungan bahan

4) Gunakan aplikasi pada telefon bimbit untuk membantu anda. – mvslim.com

Kredit : mstar.com

Simptom demam, batuk buat ramai keliru antara influenza dan Covid-19! Ketahui persamaan, perbezaannya

SETIAP kali demam, batuk, hidung berair atau sakit tekak, sekarang ini ramai yang menyangka ia adalah simptom Covid-19.

Itu tanggapan pertama yang difikirkan pada masa ini, bukan lagi sekadar demam biasa atau selesema seperti sebelum berlaku pandemik.

Namun peningkatan kes jangkitan influenza di Malaysia sejak kebelakangan ini membuatkan ramai keliru sama ada mereka dijangkiti influenza atau Covid-19.

Sebab itulah ada antara mereka yang melakukan ujian kendiri Covid-19 dengan keputusan negatif tetapi masih mengalami gejala tersebut secara berterusan.

batuk freepik 8photo

Selain demam, batuk merupakan antara simptom mirip gejala Covid-19. foto Freepik / 8photo

Tapi apa persamaan dan perbezaan selesema, penyakit seperti influenza (ILI) dan Covid-19?

Bagaimana untuk membezakan simptom selesema, ILI dan Covid-19?

Kebanyakan simptom adalah sama iaitu demam, batuk, sakit tekak dan hidung berair.

Kehadiran simptom juga bergantung kepada tahap imuniti seseorang.

1. ILI: Demam bermula secara tiba-tiba dan suhu tinggi > 38 darjah celsius.

2. Selesema: Jarang menyebabkan demam, sakit kepala, sakit otot dan kelesuan. Jika demam, suhu tidak tinggi.

3. Covid-19: Jarang menyebabkan bersin tetapi boleh menyebabkan kehilangan deria rasa dan bau.

titik pernafasan

Cara penularan selesema, ILI dan Covid-19 adalah sama seperti titik pernafasan semasa batuk atau bersin. foto Freepik / Kjpargeter

Cara penularan dan tempoh kebolehjangkitan selesema, ILI dan Covid-19 adalah sama.

1. Titisan pernafasan semasa batuk atau bersin.

2. Sentuhan tangan atau dengan tisu dan barang lain yan dicemari oleh cecair dari hidung dan tekak.

Tempoh kebolehjangkitan:

1-2 hari sebelum sehingga 4-5 hari selepas simptom bermula.

Siapa yang berisiko untuk mendapat jangkitan teruk ILI dan Covid-19?

Kumpulan berisiko:

1. Warga emas.

2. Individu yang mempunyai komorbid seperti penyakit respiratori kronik, penyakit kardiovaskular, diabetes dan kanser.

Bagi influenza:

Ibu mengandung, kanak-kanak dan bayi juga mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat jangkitan teruk.

topen muka

Amalkan langkah-langkah pencegahan seperti pemakaian pelitup muka.

Langkah-langkah pencegahan ILI dan Covid-19 adalah sama:

1. Pakai pelitup muka

2. Cuci tangan

3. Etika batuk dan bersin

4. Jaga kebersihan diri dan persekitaran

5. Jangan berkongsi peralatan peribadi

6. Cara hidup sihat

7. Penjarakkan fizikal

8. Buka tingkap untuk pengudaraan yang baik

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Kredit : mstar.com

Ini sebabnya pesakit diabetes perlu elak makan buah-buahan ini… Beringat sebelum melarat

PENDERITA penyakit diabetes memang digalakkan untuk makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran apatah lagi ia mengandungi vitamin, mineral, antioksidan serta gula semula jadi yang disebut fruktosa.

Akan tetapi, terdapat beberapa jenis buah yang sebaik-baiknya dielakkan kerana kandungan gula yang tinggi.

Buah-buahan dengan kadar gula yang tinggi atau memiliki indeks glikemik (GI) di atas 60 atau 100 boleh memburukkan keadaan pesakit diabetes.

Medical News Today melaporkan terdapat empat jenis buah dengan kandungan gula yang tinggi dan ia perlu dielakkan.

1. Tembikai

Dua potong tembikai mengandungi 5.5 gram karbohidrat dengan indeks glikemik mencapai 76 yang cukup tinggi bagi penderita kencing manis.

Nanas

2. Nanas

Secawan nanas yang dipotong mengandungi sekitar 5.5 gram karbohidrat dengan indeks glikemik sama seperti tembikai iaitu 76.

Pisang

3. Pisang masak

Sebetulnya pisang bagus untuk pesakit diabetes tetapi sebaik-baiknya elak makan pisang yang terlalu masak. Ini kerana 100 gram pisang mengandungi 20 gram karbohidrat dengan indeks glikemik antara 70-100.

Buah Kering

4. Buah kering

Sebaik-baiknya, elak makan buah-buahan kering atau jeruk kerana biasanya ia dibuat dengan menambah gula, garam dan bahan pengawet yang membahayakan pesakit.

Juice

5. Jus buah-buahan

Pengambilan jus buah-buahan di antara waktu makan boleh meningkatkan parasa gula dalam darah pesakit diabetes berbanding mengambil buah secara terus.

Sebaik-baiknya, jika teringin minum jus buah-buahan, ia perlulah dalam kuantiti berpada-pada dan tidak ditambah dengan gula.

Sementara itu, buah-buahan yang cukup sesuai dimakan oleh golongan ini adalah seperti epal, apricot, anggur, mangga dan buah oren.

Kredit : mstar.com

Tekanan berpanjangan punca mudah lupa… amalkan 3 cara tingkatkan fungsi memori

TEKANAN berpanjangan ternyata mampu memberi kesan kepada memori manusia dan hal itu dibuktikan oleh pakar saraf di Ohio State University, Jonathan Godbout.

Dalam kajian yang dilakukan, Godbout mendapati bahawa tekanan berpanjangan boleh membuatkan kemampuan memori manusia menurun sehingga menyebabkan seseorang mudah lupa.

Menurut Godbout, tekanan boleh melepaskan sel-sel kekebalan daripada sum sum tulang dan ia dapat melintas ke bahagian otak yang mengaktifkan saraf respon terhadap stres.

Sel-sel ini akan bergerak menuju ke pusat memori dan ia memicu keradangan yang mengakibatkan penurunan fungsi memori manusia.

STRESS

Tekanan akan mempengaruhi daya memori manusia.

Sementara itu, ketika tubuh berada dalam keadaan tertekan, ia akan menghasilkan hormon adrenalin dalam melindungi tubuh daripada ancaman.

Ia membuatkan otak manusia akan lebih memberi perhatian kepada bahaya dan tidak dapat memberi fokus kepada rangsangan lain di sekitarnya termasuk memori.

Akhirnya, kemampuan tubuh untuk menerima maklumat berkurangan dan memicu penurunan memori.

Bagaimana caranya untuk meningkatkan fungsi memori manusia?

Pemakanan

1. Jaga pemakanan

Nutrisi adalah salah satu cara terbaik untuk melindungi otak. Untuk meningkatkan fungsi otak dan memori, kita boleh mengambil makanan yang kaya dengan lemak sihat seperti minyak zaitun, kekacang dan ikan.

2. Menghindari alkohol

Pengambilan alkohol dapat memberi kesan kepada kognitif manusia dan ia bukan penyelesaian sekiranya berada dalam keadaan tertekan tetapi boleh memburukkan keadaan.

Senaman

3. Senaman

Senaman yang teratur memiliki hubungan kuat dengan pencegahan masalah kognitif dan kita disarankan untuk bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

kredit artikel : mstar.com

Bahaya jika kerap kencing malam… ketahui puncanya, ubah gaya hidup

KERAP buang air kecil pada waktu malam, malah ia membuatkan anda terjaga di tengah malam untuk ke tandas adalah petanda anda mengalami nokturia.

Tidur utama bermaksud tidur lama dalam sehari. Umumnya orang ramai mempunyai bahagian tidur utama pada waktu malam, tetapi tidur siang hari lama tidak dikira sebagai tidur utama.

Tidur utama pada siang hari biasanya dilakukan oleh orang yang bekerja pada waktu malam. Kunci untuk mengenali nokturia adalah masa anda bangun untuk membuang air kecil, diikuti dengan keinginan untuk tidur semula.



Bangun sekali pada waktu malam untuk ke tandas tidak mengapa tetapi jika ia berlaku dua kali atau lebih, mungkin mendatangkan masalah yang lebih besar.

Jika seseorang itu terkencing atau mahu kencing di tengah-tengah tidur utama, keadaan itu sering dianggap sesuatu yang normal tetapi nokturia perlu dinilai. Berikut adalah bahaya buang air kecil pada waktu malam atau nokturia.

Apabila tidur terganggu, keesokan harinya mood menjadi tidak baik bahkan prestasi kerja terganggu kerana fungsi kognitif merosot.

Nokturia juga dikaitkan dengan terjatuh di bilik mandi, kemalangan kerja, serta kemalangan jalan raya akibat penurunan perhatian ditambah keletihan akibat kurang rehat.

Seperti yang dilaporkan oleh Sleep Foundation, bahaya buang air kecil pada waktu malam juga lebih daripada kurang tidur.



Mereka yang mengalami nokturia terdedah kepada risiko jatuh, kemalangan di jalan raya dan tempat kerja, dan jika dibiarkan, akan menambah risiko penyakit kardiovaskular dan diabetes.

Bagi orang dewasa lebih tua, nokturia mewujudkan risiko yang lebih tinggi untuk jatuh, terutamanya jika mereka tergesa-gesa ke bilik mandi.

Kajian menunjukkan bahawa risiko jatuh dan patah tulang meningkat sebanyak 50 peratus atau lebih bagi orang yang pergi ke tandas dua kali atau lebih pada waktu malam.

Bagi orang dewasa lebih tua, nokturia mewujudkan risiko yang lebih tinggi untuk jatuh, terutamanya jika mereka tergesa-gesa ke bilik mandi.

Nokturia juga dikaitkan dengan penurunan jumlah pada ukuran kualiti hidup serta keadaan kesihatan negatif termasuk kemurungan.

Di sebalik kesan negatif tertentu, kencing malam atau nokturia yang berbahaya telah dikaitkan dengan kematian keseluruhan lebih tinggi walaupun lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk memahami sepenuhnya korelasi ini.



Mereka yang bimbang tentang kemungkinan nokturia harus mendapatkan nasihat doktor untuk mengenal pasti jika ada masalah kesihatan lain.

Aktiviti membuang air kecil atau kencing adalah berkaitan dengan pengambilan minuman atau cecair pada waktu siang.

Nokturia boleh disebabkan oleh diet harian dan terlalu banyak pengambilan air, terutamanya pada waktu tidur.

Tetapi pengambilan air sebelum tidur bukan satu-satunya punca terjadinya nokturia bagi seseorang individu tersebut.

Selepas mengetahui bahaya buang air kecil pada waktu malam, berikut adalah beberapa punca nokturia.

a. Saluran kencing terlalu aktif akibat prostat

b. Masalah buah pinggang, seperti kegagalan buah pinggang berfungsi dengan baik

c. Gangguan hormon, contohnya menghidap diabetes mellitus

d. Gangguan tidur, seperti insomnia dan berdengkur

e. Keadaan kardiovaskular, contohnya mengambil ubat untuk jantung yang boleh mencetuskan kekerapan buang air kecil

f. Diet, pengambilan makanan yang tinggi garam dan gula



Antara langkah yang boleh dilakukan untuk merawat nokturia adalah mengubah gaya hidup seperti kurangkan minum air sebelum tidur.

Ada perkara mudah yang boleh dilakukan untuk memperbaiki keadaan nokturia seperti mengambil makanan rendah garam dan kalori, kemudian mengehadkan pengambilan cecair terutama sebelum tidur seperti air minuman.

Bagaimanapun, apabila nokturia tidak berubah atau menjadi lebih teruk, anda harus berjumpa doktor untuk mengelakkan bahaya buang air kecil pada waktu malam.

Dari sini doktor akan memeriksa keadaan keseluruhan badan termasuk kekerapan buang air kecil, pemeriksaan air kencing serta pemeriksaan kualiti air kencing itu sendiri.

kredit artikel : mstar.com

Tidur dah cukup tetapi kenapa masih mengantuk? Ini 8 puncanya, mungkin ada kaitan masalah kesihatan anda

SESETENGAH orang mungkin merasakan bahawa mereka telah cukup tidur tetapi masih mengantuk. Keadaan ini kelihatan remeh, tetapi ia boleh mengganggu prestasi kita jika ia kerap berlaku.

Namun, tidur yang cukup tetapi masih mengantuk sebenarnya adalah sesuatu perkara tidak mustahil.

Menurut pakar tidur dan penasihat tidur untuk Oura, Michael Breus memberitahu laman web Bustle, sebagai contoh, tidur bukan hanya tentang kuantiti, tetapi kualiti.

Tidur cukup tetapi masih mengantuk boleh menunjukkan keadaan mental atau fizikal tertentu yang kita alami, atau mungkin kualiti tidur kita kurang kerana aktiviti kita lakukan sebelum tidur.

Berikut adalah beberapa punca yang mungkin menjelaskan mengapa kita cukup tidur tetapi masih mengantuk:

1. Kurang pergerakan

Rupa-rupanya, kurang pergerakan juga boleh menjejaskan kualiti tidur kita, seterusnya boleh menyebabkan kita semakin mengantuk pada esok hari.

Malah, tidak memasukkan sebarang aktiviti fizikal ke dalam rutin anda boleh membuatkan anda berasa lebih letih.

Ramai orang beranggapan senaman boleh menyebabkan badan letih dan akhirnya menjejaskan kualiti tidur.

Bagaimanapun, menurut pakar perubatan dalaman yang berpangkalan di Baltimore, Dr. Vivek Cherian, senaman intensiti sederhana yang kerap boleh menggalakkan tidur lena pada individu.

tidur 5

2. Kemurungan

Salah satu gejala kemurungan yang biasa adalah keletihan. Kemurungan boleh membuat seseorang letih sepanjang hari, tidak kira berapa banyak tidur mereka semalam.

Adalah penting untuk mengetahui sama ada kemurungan adalah punca kita mendapat tidur yang cukup tetapi masih mengantuk pada keesokan harinya.

Individu yang mengalami kemurungan mungkin berasa lebih letih daripada yang mereka sangka dan bangun dengan rasa tidak segar.

Memenuhi keperluan pemakanan adalah sama pentingnya dengan mempunyai tilam yang selesa apabila ia berkaitan dengan kualiti tidur.

Satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Sains Kesihatan Afrika pada tahun 2015, sebagai contoh, mendapati bahawa kekurangan zat besi boleh menjejaskan kualiti tidur secara negatif.

3. Kebimbangan

Sama seperti kemurungan, kegelisahan juga boleh membuatkan seseorang itu berasa sudah cukup tidur tetapi masih mengantuk dan letih.

Mereka yang mengalami kebimbangan biasanya mengalami gangguan tidur seperti insomnia dan cenderung mengalami gangguan tidur lebih teruk apabila melalui situasi tertekan.

Walaupun anda mendapat tempoh tidur dikatakan mencukupi, kebimbangan boleh menyebabkan tidur kurang nyenyak dan berkualiti, sehingga seseorang itu akan bangun masih letih.

4. Apnea tidur

Orang yang mengalami apnea tidur sering merasakan mereka telah cukup tidur tetapi masih mengantuk pada keesokan harinya.

Menurut WebMD, apnea tidur secara ringkas menghentikan pernafasan seseorang sepanjang malam dan membangunkan mereka secara ringkas di tengah tidur, tetapi mereka yang mengalaminya mungkin tidak menyedarinya.

Akhirnya, sleep apnea menjadikan tidur tidak nyenyak dan berkualiti walaupun kita mungkin tidur selama tujuh hingga lapan jam, tempoh tidur dianggap mencukupi.

Untuk merawat apnea tidur, dapatkan nasihat doktor yang mungkin mengesyorkan perubahan gaya hidup untuk menurunkan berat badan, berhenti merokok, dan sesetengah orang yang mengalami apnea tidur mungkin memerlukan peranti CPAP untuk membantu memastikan saluran pernafasan mereka terbuka semasa tidur.

5. Berat badan berlebihan

Berat badan berlebihan juga boleh menyebabkan seseorang itu mudah letih, termasuk merasakan dia sudah cukup tidur tetapi masih mengantuk.

Menurut Healthline, semakin berat berat badan yang dipikul seseorang, semakin sukar untuk badan melakukan tugasan harian, seperti memanjat tangga atau mengemas rumah.

Untuk itu, cuba turunkan berat badan untuk mendapatkan tidur yang lebih berkualiti dan meningkatkan tahap tenaga.

Mulakan dengan aktiviti fizikal yang mudah, seperti berjalan atau berenang, kemudian tingkatkan secara beransur-ansur apabila stamina anda meningkat.

Di samping itu, makan lebih banyak sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin penuh, dan hadkan pengambilan gula, makanan segera dan makanan berlemak.

6. Sindrom keletihan kronik

Mungkin punca mendapat tidur yang cukup tetapi masih mengantuk adalah berdasarkan keadaan keletihan kronik tidak disedari.

Sindrom keletihan kronik akan menyebabkan seseorang berasa sangat letih, selalunya tidak dapat diselesaikan dengan tidur, termasuk tidur dalam tempoh yang mencukupi.

7. Kencing manis

Rasa mengantuk yang cukup tetapi masih mengantuk dan letih sepanjang masa juga boleh menjadi simptom diabetes.

Apabila seseorang menghidap diabetes, badan tidak menghasilkan insulin yang mencukupi.

Keadaan ini menyebabkan gula darah tinggi, boleh menjejaskan tumpuan, dan membuat seseorang berasa letih dan mudah marah.

Jumpa doktor jika anda mengalami keletihan yang tidak dapat dijelaskan dan tidak bertambah baik.

Perlu diingat bahawa keletihan juga boleh menjadi gejala keadaan perubatan lain, seperti penyakit jantung dan kanser.

8. Kekurangan nutrisi

Kekurangan vitamin B juga boleh menyebabkan badan lebih letih walaupun kita sudah cukup tidur.

Hal ini kerana vitamin B bertanggungjawab untuk membantu memproses makanan menjadi tenaga.

Selain itu, kekurangan magnesium juga boleh menurunkan gula dalam darah seseorang sehingga badan berasa letih.

Jika kekurangan nutrisi menjadi punca tidur yang cukup tetapi masih mengantuk, dapatkan nasihat doktor untuk membantu mengawal pengambilan nutrisi yang betul.

kredit artikel : mstar.com

Jangan ambil remeh! 6 keadaan kuku ini mungkin petunjuk anda ada masalah kesihatan

MASALAH kesihatan boleh dilihat dengan melihat warna kulit, keadaan rambut termasuklah kuku.

Berikut adalah enam keadaan kuku yang mendedahkan masalah kesihatan dalam badan.

Tompok putih, warna kemerahan atau rapuh yang muncul pada kuku anda mempunyai makna tersendiri.

Selain itu, ia boleh memberi gambaran tentang keadaan paru-paru, jantung dan organ badan yang lain.

Membaca dan memahami tanda-tanda ini boleh membantu anda mengesan gangguan yang serius dan mengambil tindakan sesuai tepat pada masanya.

Berikut adalah 6 keadaan kuku yang mendedahkan masalah kesihatan.

1. Pucat atau kuning

Kuku yang sihat kelihatan licin, tanpa lubang dan sedikit kemerahan.

Sebarang perubahan warna atau pucat boleh menjadi tanda masalah kesihatan yang serius.

Seperti yang dilaporkan oleh Times of India, kuku pucat mencerminkan masalah dengan hati, buah pinggang atau jantung anda.

Keadaan ini juga boleh menjadi tanda anemia, masalah hati, kesesakan jantung atau kekurangan nutrisi.

Manakala kuku kekuningan dikaitkan dengan bronkitis kronik, penyakit tiroid, penyakit paru-paru, diabetes atau psoriasis.

2. Tidak berbentuk bulan sabit

Individu yang sihat sentiasa boleh mencari bentuk separa bulan di bahagian bawah kuku.

Keadaan ini adalah sebahagian daripada matriks dan mendedahkan banyak perkara tentang kesihatan anda.

Kehilangan bentuk bulan sabit dalam beberapa kes boleh disebabkan oleh kekurangan zat makanan, kemurungan atau anemia.

Anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor jika kuku mula kelihatan merah dan mengalami simptom seperti pening, kegelisahan dan sakit kepala.

3. Kuku beralun

Pernahkah anda perasan sebarang benjolan pada kuku? Garis menegak atau mendatar memberitahu tentang kesihatan buah pinggang dan tulang anda.

Permukaan kuku bergelombang atau berlubang boleh menjadi tanda psoriasis atau arthritis. Jalur menegak yang disertai dengan perubahan warna kuku juga boleh menunjukkan anemia.

Manakala garisan mendatar adalah lebih teruk menunjukkan penyakit seperti buah pinggang. Walau bagaimanapun, keadaan pada kuku kadang-kadang diwarisi dan menjadi menonjol mengikut usia.

4. Kuku rapuh

Kuku yang kering atau rapuh dengan kerap dan mudah patah ini menunjukkan jenis kuku mempunyai penyakit tiroid.

Kuku retak atau terbelah dengan warna kekuningan juga boleh disebabkan oleh jangkitan kulat.

Dalam sesetengah kes, kuku mula pecah kerana terlalu banyak terdedah kepada lembapan atau bahan kimia seperti detergen, pengilat kuku dan penggunaan penanggal pengilat kuku.

5. Bintik putih

Tompok putih yang muncul pada satu atau dua kuku boleh menjadi tanda kekurangan zink dan kalsium.

Keadaan ini tidaklah bahaya sangat, tetapi anda perlu meningkatkan tahap pengambilan nutrisi untuk mengelakkan masalah kesihatan yang teruk pada masa hadapan.

Jeragat yang bertaburan juga boleh disebabkan oleh tindak balas alahan, jangkitan kulat dan kecederaan pada kuku anda.

6. Garisan gelap

Garis gelap yang muncul di bawah kuku anda boleh disebabkan oleh beberapa faktor. Kadang-kadang ia hanya disebabkan oleh beberapa trauma atau kecederaan disebabkan oleh tersepit pintu.

Sebab lain mungkin melanoma atau sejenis kanser. Jadi, jika garis hitam muncul pada kuku anda untuk masa yang lama, dapatkan nasihat doktor dengan segera.

kredit artikel : mstar.com