1. Jika kita masih hidup, sediakan wasiat dan hibah buat keluarga kita.
2. Bila isteri bertanya, “Duit KWSP abang siapa penama?” jangan cepat cepat tuduh mereka gila harta. Mereka perlu bahagikan ikut faraid juga nanti lepas tolak semua hutang kita.
Bukan hak mereka sepenuhnya.
3. Bila isteri minta suami, “Abang dah buat hibah simpanan ASB abang?” jangan cepat tuduh dia mata duitan.
4. Ketika kita didalam kubur, kereta buruk kita pun orang akan rebutkan, apatah lagi simpanan.
5. “Alah adik beradik abang tak macam tu la..!” ketahuilah bahawa pusat tahfiz pun ada kes pencabulan apatah lagi hak anak yatim yang ditinggalkan.
Ini semua tanggujawab kita sebagai suami, lakukan sebelum ajal sampai.
Bagi isteri, buat simpanan, perlindungan sebelum suami meninggal pergi. Sesungguhnya kematian sangat dekat dengan kita kini.