11 Khasiat Durian Belanda, Sebab Untuk Anda Amalkan

Nak tahu khasiat buah durian belanda?

Durian belanda atau nama saintifiknya Annona Muricata berasal dari sekitar Peru, Mexico dan Argentina. Selain Asia Tenggara, durian belanda juga ditanam di Afrika dan Florida. Buah durian belanda mempunyai kulit yang berduri lembut, isi buahnya yang berwarna putih dan rasanya masam-masam manis yang sangat enak dimakan begitu sahaja atau dijadikan jus.

Kebanyakan pokok durian belanda ditanam di halaman rumah sebagai pokok hiasan. Secara komersil pula, pokok durian belanda ditanam di kawasan dengan saliran yang baik. Pokoknya boleh mencecah setinggi 8 sehingga 10 meter. Sebiji buah durian belanda boleh mencapai berat 3kg.

Di Malaysia, boleh dikatakan harganya agak mahal di samping agak sukar ditemui. Durian belanda  ini termasuk dalam 16 jenis buah-buahan tempatan yang diberi keutamaan oleh negara ekoran potensi yang boleh dimanfaatkan kepada pengguna.

Khasiat Durian Belanda

Kebaikan Durian Belanda yang Harus Anda Tahu

  1. Buah yang kaya dengan vitamin C, vitamin B, dan beberapa lagi nutrien penyumbang antioksidan.
  2. Selain buahnya, daun durian belanda juga mempunyai khasiatnya yang tersendiri yang dijadikan bahan untuk tujuan perubatan semulajadi.
  3. Daunnya juga boleh dijadikan minuman teh yang bagus untuk kesihatan serta mampu  ‘membersihkan’ perut dan memastikan sistem gastrousus berfungsi dengan baik.
  4. Teh daun durian belanda juga telah lama dijadikan bahan untuk mengurangkan stres dan kebimbangan. Ini sekaligus membantu mereka yang mengalami masalah sukar tidur atau insomnia.
  5. Anti keradangan yang didapati daripada durian belanda boleh melegakan kesakitan sendi akibat gout dan artritis.
  6. Jika anda mengalami masalah berpunca daripada pernafasan seperti batuk, selesema dan yang berkaitan, pengambilan buah durian belanda boleh membantu menyembuhkan penyakit tersebut.
  7. Biji durian belanda boleh dijadikan serbuk yang kemudian diformulasikan menjadi astringen kulit. Ia membantu mengurangkan garis dan kedutan pada wajah, lantas membaiki tanda-tanda penuaan seperti bintik pada wajah.
  8. Kajian menunjukkan durian belanda membantu mengelakkan penyakit kanser dan dikaji sebagai alternatif kepada rawatan kanser.
  9. Sedikit buah durian belanda dalam diet anda dapat memberi kesan kepada kesihatan. Vitamin C merangsang pembentukan sel darah, manakala antioksidan meneutralkan radikal bebas dan menghalang penyakit kronik.
  10. Durian belanda berkesan membersihkan salur gastrousus dan membuang lebihan toksin serta garam dari dalam tubuh.
  11. Durian belanda membantu meningkatkan sistem imunisasi badan.

Kesan Sampingan Buah Durian Belanda

Pun begitu, buah durian belanda ini dilarang untuk diambil secara kerap atau berlebihan mahupun kesan kepada golongan yang tidak sesuai. Ini kerana ianya akan meninggalkan beberapa kesan sampingan, seperti penyakit parkinson dan lain-lain, antaranya;

#1 Menjejaskan janin dalam kandungan

Wanita yang sedang hamil tidak digalakkan untuk memakan buah ini, kerana kandungan tenaga yang tinggi dalam sel-sel janin yang sedang berkembang akan mencetuskan racun  dan akan menjejaskan kesihatan ibu serta bayi dalam kandungan.

#2 Mengganggu kesihatan bayi yang menyusu

Memakan buah ini ketika menyusukan bayi adalah tidak sesuai, ataupun  tidak selamat kepada bayi tersebut.

#3 Penurunan berat badan drastik

Dalam kajian, pengambilan buah ini menunjukkan kemerosotan berat badan yang drastik jika diambil secara berlebihan. Jika anda mempunyai penyakit tertentu, adalah lebih baik jika mendpaatkan nasihat doctor terlebih dahulu.

#4 Keradangan mata

Biji dan kulit pokok buah durian belanda ini dianggap toksik beracun seperti anonaine, asid hydrocyanic, dan muricine yang boleh mengakibatkan keradangan mata.

Jadi, walaupun durian belanda mempunyai nutrien yang bagus untuk kesihatan, namun jika anda mempunyai masalah kesihatan yang serius, anda dicadangkan untuk mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum memasukkan durian belanda ke dalam diet anda.

Bahkan makanlah buah ini sekadarnya kerana dibimbangi memberi kesan negatif kepada kesihatan pula.

Speak Your Mind

*