12 Khasiat Minyak Kelapa Dara Yang Wow!

Nak tahu khasiat minyak kelapa dara?

Digelar superfood, minyak kelapa dara atau ‘virgin coconut oil’ (VCO),  bukan sahaja digunakan dalam masakan, malah untuk kesihatan dan kecantikan. Ia mengandungi 1001 khasiat khazanah kesihatan yang tidak ternilai.

Sebenarnya, lemak yang terkandung dalam minyak kelapa dara datang dari jenis medium-chain fatty acids atau MCFAs yang baik untuk kesihatan. Ramai yang bimbang dengan lemak yang terdapat dalam minyak kelapa dara, padahal  ia mudah dihadam dan dengan cepat bertukar kepada tenaga. Lemak ini tidak disimpan di dalam badan sebagai lemak.

Ketika ini, Filipina merupakan pengeksport terbesar minyak kelapa dara di dunia. Di negara kita, ramai yang masih tidak sedar akan keistimewaannya, berangkali kerana terlalu biasa dengan kelapa yang mudah ditemui. Tetapi di luar negara, begitu banyak kajian dan penyelidikan dilakukan dan hasilnya begitu menggagumkan.

Jika mahu dihitung, terlalu banyak khasiat minyak kelapa dara. Ini adalah sedikit daripadanya;

Kebaikan Minyak Kelapa Dara

  1. Jika anda mahu kelihatan langsing dan sihat, gunakan minyak kelapa dara untuk merealisasikan impian itu. Minyak kelapa dara mengurangkan rasa lapar dan selera. Jadi, anda akan makan kurang berbanding kebiasaannya.
  2. Minyak kelapa dara mengandungi asid laurik yang bagus untuk menyokong sistem ketahanan badan.
  3. Lemak sihat dalam minyak kelapa dara bagus untuk jantung. Jadi, ia sesuai berada di dalam menu diet sihat anda.
khasiat minyak kelapa dara
  1. Sekiranya anda keletihan, minyak kelapa dara dapat memberikan anda tenaga dengan segera. Justeru, anda kembali aktif.
  2. Fungsi kelenjar tiroid lebih baik dan sihat dengan minyak kelapa dara. Sekaligus memberikan anda tenaga, kulit yang sihat, dan mengimbangkan emosi anda.
  3. Minyak kelapa dara menjadikan kulit, rambut, dan kuku sihat. Kulit yang kering menjadi lembap dan memperbaiki kandungan lemak dalam kulit. Ia juga bertindak sebagai sunscreen di mana 20% sinar ultraviolet dari matahari dapat dihalang.
  4. Jika anda berkumur dengan minyak kelapa dara, ia akan membunuh bakteria yang berbahaya di dalam mulut anda. Jadi, gigi anda bertambah sihat dan nafas anda juga tidak berbau busuk lagi.
  5. Apabila kadar metabolisme meningkat, sel juga bangkit semula dengan pantas. Pada masa ini tubuh anda akan menggantikan sel-sel lama dengan yang baru dan sihat.
  6. Minyak kelapa dara mempunyai ejen semulajadi yang mengurangkan kulat, bakteria dan virus yang boleh menyebabkan penyakit.
  7. Perembesan insulin diperbaiki dengan minyak kelapa dara. Ini membantu penggunaan glukosa dengan lebih baik bagi mengimbangkan pengeluaran insulin yang akan melegakan simptom dan mengurangkan risiko kesihatan berkaitan diabetes.
  8. Minyak kelapa dara juga bagus untuk memperbaiki fungsi otak. Oleh itu, ia dipilih untuk memulihkan pesakit alzhemeir atau nyanyuk.
  9. Minyak kelapa dara melindungi tubuh daripada radikal bebas yang merosakkan sel.

Terdapat beberapa lagi keistimewaan minyak kelapa dara yang masih belum diketahui ramai;

    1. Memudahkan proses ibu bersalin
    2. Membantu merawat ulser perut
    3. Berfungsi sebagai penahan sakit semulajadi
    4. Melindungi dan menjaga buah pinggang
    5. Mengurangkan keradangan
    6. Menstabilkan kadar gula dalam darah
    7. Menstabilkan paras kolestrol dalam badan
    8. Memperbaiki sistem penghadaman
    9. Menguatkan tulang
    10. Melindungi dan menyembuhkan penyakit berkaitan hati
    11. Membantu mengurangkan stres
    12. Mampu merawat penyakit kanser
    13. Bertindak sebagai antimikrob dan antiviral
    14. Membantu merawat penyakit autisme

 

Minyak kelapa dara sebenarnya sudah lama menjadi makanan dan kegunaan harian di beberapa negara di dunia. Ketika ini, ia sudah mendapat tempat dalam kalangan orang barat pula dengan menjadikannya menu makanan dalam diet seharian mereka.

Kajian menunjukkan mereka yang minum atau menggunakan minyak kelapa dara berada dalam keadaan sihat dan tanpa masalah jantung. Jadi bagi mendapatkan hasil yang terbaik, pilih minyak kelapa dara dan bukan minyak kelapa yang lain.

Speak Your Mind

*