Nak tahu khasiat epal hijau?
“Makan sebiji epal setiap hari, anda mampu menjauhi diri daripada seorang doktor.”
Pasti anda sudah biasa mendengar kata-kata hikmah ini. Ini bermakna dengan memakan epal setiap hari, anda akan dijauhi penyakit. Benarkah kenyataan ini? Atau sekadar ayat untuk menyatakan gurauan?
Sebelum itu marilah kita mengambil tahu serba sedikit tentang sejarah epal. Epal atau nama saintifiknya ialah malus domestica. Ia merupakan sejenis tanaman berbuah dalam spesies malus dan keluarga mawar.
Epal berasal dari Asia Barat dan merupakan tanaman yang paling banyak diusahakan di dunia. Buah epal merupakan salah satu buah yang popular dan menjadi kegemaran masyarakat dunia tanpa mengira bangsa.
Jika diberi pilihan untuk memilih epal merah atau hijau, yang mana 1 pilihan anda? Penulis sangat yakin kebanyakan orang akan memilih epal merah berbanding epal hijau. Ini kerana epal merah lebih manis, manakala epal hijau berasa masam.
“
Jom kami kongsikan khasiat epal hijau yang ramai tak tahu. Sebenarnya, epal hijau lebih banyak khasiat berbanding epal merah. Nak tahu apa khasiatnya? Jom baca!
#1 Membantu mengatasi penyakit 3 serangkai
Penyakit 3 serangkai yang sering dihidapi rakyat Malaysia ialah penyakit kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung. Dengan pengambilan epal hijau secara konsisten, penyakit-penyakit ini dapat ditangani.
#2 Bagus untuk orang yang berdiet
Jika anda bercadang untuk menurunkan berat badan, jangan lupa sertakan epal hijau dalam amalan pemakanan harian. Ia memberi tenaga yang cukup dan mencegah kelaparan. Jangan terkejut apabila anda mendapat saiz badan yang diingini.
#3 Mengatasi masalah sembelit
Orang yang menghadapi masalah sembelit amat sukar untuk membuang air besar. Kadangkala, mereka hanya membuang najis 3 atau 4 hari sekali. Bagi mengatasi masalah ini, minum jus epal hijau setiap pagi dengan perut kosong. Ia dapat menyingkirkan segala toksin dan melancarkan pembuangan air besar.
#4 Mencantikkan kulit wajah
Epal hijau sangat kaya dengan vitamin A, B dan C yang sangat baik untuk kulit. Dengan makan epal ini secara konsisten, kulit akan bersih tanpa jerawat dan parut. Lama-kelamaan kulit akan berseri dan semakin sihat.
#5 Menurunkan tahap kolestrol
Orang yang mempunyai tahap kolestrol yang tinggi di dalam badan, digalakkan memakan epal hijau. Oleh itu, risiko penyakit lain seperti penyakit jantung dan masalah kesihatan yang lain dapat dicegah.
#6 Menghalang kerosakan gigi
Apabila kita makan epal hijau, air liur yang banyak akan dihasilkan. Penghasilan air liur yang banyak dapat mengurangkan bakteria di dalam mulut dan seterusnya mencegah kerosakan gigi.
#7 Menguatkan sistem imun badan
Apabila makan buah epal, tidak kiralah epal merah atau epal hijau, jangan sesekali buang kulitnya. Pastikan anda mencuci epal dengan bersih dan pastikan tiada sebarang wax atau bahan kimia pada kulitnya.
Di dalam kulit epal hijau terdapat vitamin dan mineral yang dapat membina dan memperkukuh sistem imunisasi.
#8 Lebih rendah kandungan gula berbanding epal merah
Buah epa hijau didapati mengandungi kandungan gula yang rendah berbanding epal merah. Oleh itu, ia lebih sesuai untuk orang yang berdiet, mengandungi masalah kolestrol dan kencing manis.
#9 Baik untuk pesakit batu karang
Rasa epal hijau yang masam membuktikan terdapat kandungan asid malic di dalamnya. Oleh itu, pesakit batu karang amat sesuai makan buah ini.
#10 Kandungan antioksidan yang tinggi
Berbanding epal merah, epal hijau lebih kaya dengan antioksidan. Antioksidan sangat penting kerana dapat menangkis radikal bebas dalm badan. Radikal bebas ini menjadi punca banyak masalah kesihatan bagi manusia.
#11 Meningkatkan metabolisme tubuh
Epal hijau mengandungi serat yang tinggi di mana dapat meningkatkan metabolisme tubuh. Apabila metabolisme meningkat ia dapat mengawal suhu badan, kadar tenaga dan mengawal berat badan.
#12 Meningkatkan oksigen dalam darah
Epal hijau kaya dengan sejumlah mineral seperti iron, zink, mangan, potasium dan lain-lain. Kesemua mineral ini sangat penting untuk kesihatan tubuh badan. Misalnya iron yang terdapat dalam epal hijau dapat meningkatkan kadar oksigen dalam darah.
#13 Mencegah penyakit Alzheimer
Azheimer ialah penyakit yang menyebabkan sel-sel otak merosot dan mati. Penyakit ini merupakan penyebab berlakunya demensia dalam kalangan warga tua. Ia akan mengganggu kemahiran berfikir, tingkah laku dan sosial seseorang individu.
Dengan mengamalkan sebiji epal setiap hari dari usia muda, penyakit ini dapat dielakkan apabila kita tua nanti
#14 Mencegah asma
Orang yang menghidap penyakit asma kronik boleh mengurangkan masalah ini dengan pengambilan jus epal hijau setiap hari. Kandungan flavonoid di dalamnya sangat baik untuk pesakit asma.
#15 Detoks semula jadi
Epal hijau yang kaya dengan serat mampu menjaga kesihatan hati, sistem pencernaan dan buah pinggang bebas dari toksin dan elemen yang berbahaya.
Kesimpulan
Selepas membaca kesemua 15 khasiat epal hijau yang dinyatakan oleh penulis, adakah anda bersetuju dengan kenyataan pada awal-awal artikel? Sudah tentu kenyataan itu tepat dan bernas.
Khasiat epal hijau bukan sahaja merangkumi aspek kesihatan tetapi juga kecantikan. Walaupun, buah ini bukannya tergolong dalam buah-buahan tempatan namun khasiatnya amat tinggi.
Malah, harganya juga masih murah dan mudah didapati di mana-manapun termasuk di pasar tani, kedai runcit, pasar raya, pasar malam dan sebagainya. Jika anda tidak boleh tahan dengan rasanya yang masam, apa kata anda cuba mengubah cara hidangan.
Jika membuat jus epal hjau, anda boleh mencampurkannya dengan buah yang lebih manis seperti epal merah, anggur dan sebagainya. Anda juga boleh tambah sedikit madu asli untuk memberikan rasa manis semula jadi.
Selain dimakan begitu sahaja atau dijadikan jus, anda juga boleh jadikan epal hijau sebagai hidangan pencuci mulut. Caranya mudah sahaja, potong epal hijau sederhana nipis, tambahkan sedikit madu dan serbuk kayu manis. Bakar di dalam oven sehingga sedikit lembut.
Anda boleh makannya bersama oats, roti, lempeng dan sebagainya. Malahan, anda boleh menambah yogurt untuk dijadikan salad. Pasti lebih sedap dan membangkitkan selera.
Jangan lupa kongsikan artikel ini bersama orang-orang yang tersayang. Semoga kita semua mendapat manfaat bersama.