Nak tahu rahsia dan khasiat chia seed?
Nama saintifiknya salvia hispanica atau biji chia, merupakan sejenis tumbuhan berbunga dari spesis keluarga pudina. Chia seed dikatakan berasal dari Mexico dan Guatemala dan banyak juga ditanam di selatan Amerika.
Sebenarnya, sudah lama chia seed dijadikan sebagai makanan tambahan atau suplemen mahupun ubatan sejak masyarakat zaman kuno seperti kaum Maya. Hal ini kerana sudah lama ada kesedaran dalam masyarakat tentang kebaikan dan khasiat chia seed ini.
Kelebihan Dan Keistimewaan Chia Seed
Berikut adalah antara hasil kajian kebelakangan ini yang mendapati betapa istimewanya chia seed dari aspek kesihatan, kecantikan dan sebagainya:
- Pepatah ‘kecil-kecil cili padi’ sesuai diberikan kepada chia seed. Dalam 28 gram chia seed, terdapat beribu khasiat iaitu: Serat atau fiber, protin, lemak, kalsium, mangan, magnesium, fosforus, Zink, vitamin B3, Potasium, Omega 3, Vitamin B1, dan Vitamin B2.
- Chia seed mengandungi banyak antioksidan yang menentang tanda penuaan dan kanser.
“
- Chia seed merupakan makanan rendah karbohidrat.
- Ia kaya dengan serat. Jadi, chia seed boleh menyerap air 10-12 kali ganda lebih berat daripada beratnya sendiri. Ia berubah menjadi gel dan mengembang di dalam perut. Justeru, perut cepat berasa kenyang, penghadaman makanan pula menjadi lebih lambat, menyebabkan anda akan memakan sedikit saja kalori.
- Bakteria ‘baik’ dalam usus juga mendapat kebaikan daripada serat yang berada di dalam chia seed.
- Kandungan protien dalam chia seed adalah tinggi dan dikatakan lebih tinggi berbanding kebanyakan tumbuhan lain. Selain itu, boleh mengurangkan selera makan, sekaligus mengurangkan pengambilan makanan berlebihan.
- Chia seed mengandungi nutrien yang bagus bagi mereka yang ingin mengamalkan diet sihat.
- Ramai menyangka yang protien dan serat dalam chia seed membantu menurunkan berat badan. Sebaliknya, kajian menunjukkan memakan chia seed sahaja tidak memberi kesan jelas kepada penurunan berat badan. Ini kerana untuk menurunkan berat badan, cara hidup sihat secara keseluruhan perlu diamalkan.
- Kandungan Omega 3 dalam chia seed tidak dapat membandingi Omega 3 dalam ikan.
- Disebabkan kaya dengan kalsium, fosforus, magnesium dan protin, maka chia seed diakui bagus untuk kesihatan tulang. Ini merupakan berita baik bagi mereka yang tidak suka minum susu!
- Kajian awal menunjukkan bahawa pesakit diabetes mendapat manfaat daripada chia seed. Ini termasuk tekanan darah menurun dan penurunan gula dalam darah.
- Chia seed membantu mendapatkan semula tenaga yang hilang. Jadi, bagi mereka yang aktif terutama dalam sukan, ini baik untuk anda.
Chia Seed Juga Membawa Kemudaratan
Walau dalam banyak kelebihan chia seed ini, terdapat juga kelemahannya yang boleh membawa kemudaratan jika diambil secara berlebihan, iaitu:
Boleh menyebabkan sembelit
Najis keras dan kembung perut jika diambil secara banyak.
Meningkatkan risiko kanser prostat
Beberapa penelitian mendapati jumlah asam alfa-linolenat yang sangat tinggi dapat meningkatkan risiko kanser prostat.
Menurunkan tekanan darah
Jika anda menggunakan ubat mencairkan darah seperti warfarin, hindarilah chia seed. Anda juga tidak digalakkan untuk mengambil chia seed ketika baru menjalani pembedahan bagi mengelakkan pendarahan.
Menyebabkan sakit tekak
Amalan memakan chia seed boleh menyebabkan sakit di bahagian tekak kerana saluran tenggorok akan mengalami penyempitan akibat penyumbatan makanan.
Chia seed adakalanya mampu mengeringkan air di sekitar saluran esofagus sehingga menyebabkan makanan tersekat.
Tidak sesuai untuk orang kurus
Chia seed memiliki kemampuan untuk membakar lemak dan menahan rasa lapar, jadi individu yang berbadan kurus tidak disarankan untuk memakan chia seed kerana boleh menyebabkan kehilangan nafsu makan dan menimbulkan masalah kesihatan yang lain.
Cara Penyediaan Chia Seed
- Chia seed kering juga boleh ditambah untuk dijadikan jus buah-buahan, oat, smoothies, yoghurt atau ditabur atas salad. Chia seed juga boleh dicampur dengan air minuman.
- Oleh sebab chia seed mempunyai rasa yang tawar, ia sesuai dicampurkan ke dalam apa-apa jua makanan termasuk bersama sayur-sayuran, nasi, dan yogurt juga.
Masih banyak kajian sedang dijalankan untuk mencari dan meyakinkan kebaikan chia seed sebagai sumber kesihatan. Walaupun begitu, setiap pengambilan mestilah dalam kadar sederhana.
Ini kerana, apa jua yang berlebihan akan memberi kesan tidak baik kepada kesihatan. Bagi mereka yang tidak biasa makan makanan mengandungi serat tinggi, mungkin akan mengalami masalah sampingan. Jadi ambillah secara ala kadar atau bersederhana, jangan berlebihan.
Selamat mencuba!