Bahan-Bahan :
- 6 keping roti Gardenia,
- 2-3 biji telur,
- 1 tin susu cair,
- ½ cawan gula,
- 1 sudu kecil esen vanilla,
- 1 sudu besar mentega,
- Sedikit kismis/kurma yang dibuang biji dan dihiris halus,
Bahan-bahan Sos Kastard :
- ½ tin susu cair,
- ¼ susu pekat,
- ¼ tin air (sukat guna tin susu cair),
- ½ sudu kecil esen vanilla,
- 2 sudu besar tepung kastard,
- Secubit garam,
- Sedikit pewarna kuning (jika suka).
Cara Penyediaan Puding Roti/ Bakar @ Kukus :
- Mula-mula sapu depan dan belakang roti dengan butter. Carik-carikkan atau potong kiub sederhana besar dan susun rapat-rapat ke dalam loyang.
- Masukkan susu cair, telur, esen vanilla dan gula dalam satu bekas. Kacau hingga sebati. Guna senduk atau sudu sahaja.
- Curah adunan ke atas roti yang telah disusun ke dalam loyang tadi.
- Tekan-tekan roti supaya ia padat dan sebati dengan adunan tadi.
- Tabur kismis di atas roti. Biarkan seketika, lebih kurang 2-3 minit.
- Panaskan oven. Bakar pada suhu 45° C atau sehingga masak ikut kesesuaian oven masing-masing.
Jika hendak guna pengukus pun boleh :
- Panaskan pengukus dulu. Bila air kukusan mendidih, baru masukkan loyang ke dalam pengukus.
- Kukus selama 15-20 minit atau hingga masak.
- Sejukkan dulu baru potong dan tuang sos kastard.
Cara Penyediaan Sos Kastard :
- Masukkan susu cair, air, gula, esen vanilla, tepung kastard dan secubit garam ke dalam periuk.
- Masak dengan api perlahan sehingga agak pekat dan mendidih.
- Letak sedikit pewarna kuning jika suka.
- Sejukkan.
Cara Menghidangkan :
- Potong puding roti ikut suka.
- Curah sos kastard di atasnya.
- Sedap dimakan sejuk-sejuk.
Speak Your Mind