KEK SUSU SEDAP

Bahan bahan:
1 cawan minyak jagung
1 cawan susu pekat
5 butir telur
1/2 cawan gula kastor
2 cawan tepung kek (tepung superfine, tepung gandum pun boleh)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar ovelet
3 jenis pewarna
Cara cara
1. Guna loyang kek 8 inci dan lapik dengan kertas kek
Sapukan dengan sedikit minyak.
2. Panaskan kukusan
3 Ayak tepung dan baking powder
4. Pukul telur, gula dan ovelet hingga gebu
5 Masukkan susu pekat, esen vanilla dan minyak. Pukul sampai
sebati.
6 Masukkan tepung. Gunakan speed perlahan atau kaup balik
adunan dengan menggunakan senduk sehigga sebati
7. Bahagikan 3 adunan kedalam mangkuk. Warnakan setiap
adunan mengikut warna kegemaran anda
8. lapiskan adunan mengikut warna sehingga habis. Tutup loyang
kek dengan aluminium foil untuk mengelakkan air wap masuk
kedalam kek.Kukus selama 45 minit.

Image may contain: food

Speak Your Mind

*