Baking soda adalah asli sodium bicarbonate.
Bila bahan biskut kita ada kandungan kelembapan dan beasid macam coklat ke buttermilk ke ia akan bertindak balas bila kita membakar. Naiklah biskut itu. Sebaik kita campur-campur bahan itu, ia sebenarnya dah mula bertindak balas. Kalau lambat bakar, nanti biskut ni dah tak naik lagi.
Baking soda biasa kita guna untuk biskut, sebab biskut tak adalah nak kembang-kembang sangat. Lari corak penat-penat kita tekap nanti keluar biskut gemuk-gemuk pula.
Baking powder
Baking powder pula kombinasi sodium bikarbonat, acid agent iaitu cream of tartar dan drying agent macam kanji.
sebab kandungan nya juga sodium bikarbonat, ia akan terus bertindak balas bila kita campurkan bahan-bahannya. Ejen-ejan lain dalam baking powder pula akan teruskan proses mengembang itu. Bila kita biar seketika, ia akan mengembang lagi. Dan bila kita panaskan dalam ketuhar, ia kembang lagi. Kembang dan kembang. Syoknya.
Baking powder ni sesuailah buat kek gebu gebas. Biar dia kembang-kembang dan gebu gebas.