UDANG KAM HEONG SEMUDAH ABC

Bahan-bahan
500gm ekor udang segar saiz besar
4 ulas bawang putih (cincang)
1 biji bawang besar (cincang)
1/2 inci halia (hiris nipis)
4 biji cili padi hijau (potong)
4 biji cili padi merah (potong)
1 sudu rempah kari (bancuh dengan sedikit air)
2 sudu besar sos tiram
2 tangkai daun kari
2 sudu kicap manis
garam secukup rasa
sedikit minyak
Cara menyediakan
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar hingga wangi.
2. Masukkan rempah kari, sos tiram, kicap manis, cili padi, daun kari.
3. Masukkan udang dan perasakan garam. Kacau sebati perlahankan api, biar sampai kering.
Siap, selamat mencuba.