Sehari sebelum kewafatan Rasulullah, baginda memerdekakan semua hamba sahayanya. Menyedekahkan 7 dinar yang masih tersisa.
Namun Sayyidatina Aisyah R.A terlupa kerana kesakitan baginda yang bersangatan. Lalu baginda berkata : Apakah perasaan seorang Nabi Allah tatkala dia bertemu Allah sedangkan dinar-dinar ini masih ada di sisinya?
Maka 7 dinar itu telah diagih-agihkanโฆ
Hebat, terlalu hebat untuk dibandingkan. Di akhir usia Rasulullah, Rasulullah hanya mempunyai 7 dinar walaupun sedang memegang jawatan tertinggi. Dalam sebutan kita pada hari ini, Rasulullah merupakan Perdana Menteri Madinah. Bayangkan di akhir usia seorang Perdana Menteri hanya mempunyai 7 dinar, itupun diagih-agihkan sebelum tiba waktu kewafatan Rasulullah.
Seorang pemimpin ulung, seorang kekasih agung hanya mempunyai wang 7 dinar. Inilah bukti keamanahan Rasulullah dalam menjalankan tanggungjawab baginda.
Kisah 7 dinar ini juga memberi satu gambaran kepada kita. Bahawa Rasulullah bukannya seorang yang papa kedana, sebaliknya Rasulullah memilih untuk hidup bersederhana. Nilai 1 dinar hari ini lebih kurang RM1200. Bermakna 7 dinar hari ini bernilai lebih kurang RM8400. Jumlah yang tidaklah sikit.
Adakah kisah 7 dinar ini adalah satu didikan bahawa jumlah itu adalah sekurang-kurang simpanan yang kita perlu ada? Saya pun tidak pasti, kena bertanya kepada mereka yang lebih arif dan layak.
Apapun yang pasti, Rasulullah SAW adalah sebaik-baik contoh teladan.
2 pengajaran tambahan dari kisah ini.
โ
Nabi juga mempunyai simpanan, maka menyimpanlah.
โ
Emas dan perak adalah wang yang sebenar.
Kisah hebat ini sebenarnya ada dilagukan oleh kumpulan nasyid. Boleh dengar dengan klik link ini https://youtu.be/iq4hz4Xuspg
Allahu A’lam Bishawad