Biasa orang simpan emas atas 3 faktor ini:

1⃣ Emas naik untuk jangka masa sederhana dan panjang. Emas terpelihara daripada inflasi yang berlaku kepada matawang fiat. Jadi, dengan kenaikan emas, ia menyerap inflasi.

2⃣ Emas boleh dicagarkan di ar-Arrahnu. Inilah antara kelebihan emas sebagai harta yang senang dicairkan. Ia boleh jadi dana kecemasan kepada penyimpan emas.

3⃣ Emas membantu penyimpannya daripada sikap boros berbelanja. Ini antara faktor paling ramai orang simpan emas. Bila simpan emas, kita akan berkira-kira untuk berbelanja barang yang bukan keperluan.

Kalau anda ada rasa sesuai dengan salah satu faktor ini, jangan tunggu lama untuk buat keputusan. Terus bermula dengan 1 gram dan konsisten kembangkan sedikit demi sedikit.

Keputusan anda hari ini akan mengubah hidup anda lagi 5 tahun.