Harga GB kenapa harga tak sama diantara seller.

Kenapa harga berbeza…. Customer perlu faham beberapa faktor.

  1. Masa beli GB Mahal. Contohnya dia beli masa RM 276 segram modal, seller akan jual RM 286. Jadi sekarang nampak Mahal sebab harga jatuh… Market RM 270. Tapi seller tak boleh jual RM 270, nanti rugi. Jadi seller ambil pendekatan, take it or leave it.
  2. Seller jenis jualan dia tak urgent. Dengan kata lain dia Tak kisah orang beli atau tidak. Dia sanggup simpan kalau tak kena rege dia. So dia letak RM 320.. nak ambil, tak nak aku simpan.
  3. Jualan emergency, meraka akan jual GB mereka ikut harga buy back atau bawah buy back sebab urgent nak pakai duit. Bagi mereka nak cepat, so customer akan dapat murah. Tapi customer tak boleh aspek semua orang macam nie.
  4. Ada seller jual murah, tapi item bukan exstock. Kena order kilang. Jadi anda kena tunggu.

Kesimpulan dia.. nak harga murah, kena masuk beli sendiri dekat mana2 platform..

Beli dengan trader, kami pun nak UNTUNG. Jadi cukuplah duk mengata Sana sini.
Tak kena harga jangan beli. Anda customer ada hak untuk memilih, seperti seller memilih jalan SENDIRI semasa meletak harga.

*gambar atas ni harga murah2 je orodesign jual. Kenapa perlu bayar mahal sedangkan ada yg lagi murah.. emas tetap sama..