Archives for September 4, 2021

Antara barang kemas dan gold bar yang mana terbaik untuk simpanan?

Tak kisah la yang mana pun..
Yang penting bergantung kepada SPREAD (susut nilai)..yessss SUSUT NILAI

Semakin kecil spread maka semakin baiklah simpanan anda..
dan semakin cepat jugalah kita akan merasa UNTUNG di atas simpanan emas.

Bagaimana nak pilih emas yang spread rendah?

? Carilah dan belilah emas yang harga
RENDAH DARI PASARAN
? Pastikan harga UPAH RENDAH
– gold bar tiada upah (susut nilai 6-8%)
– barang kemas ada upah (susut nilai sekitar
25% bergantung kepada banyak faktor)

Pengalaman saya selama menjadi dealer emas, spread emas yang dibeli terus dari kilang memang rendah..jadi cepatlah dapat keuntungan dari simpanan ?

Kesimpulannya buatlah pilihan yang bijak..
Pilihan saya..Beli Emas Harga Kilang ??

“BELI EMAS DENGAN BERILMU”

EmasHargaKilang

Emas..oh Emas

Emas merupakan komoditi yang didagangkan di pasaran dunia. Ia merupakan pasaran yang
dinamik dan sering berubah-ubah mengikut perkembangan semasa. Turun naik harga emas
sentiasa dipengaruhi oleh 4 faktor iaitu:

  1. Permintaan dan penawaran emas di dalam pasaran (jika permintaan melebihi
    penawaran maka harga emas akan naik dan jika penawaran melebihi permintaan maka
    harga emas akan turun)
  2. Kekuatan dan kelemahan USD (harga emas diniagakan di dalam matawang USD, jadi
    jika USD lemah maka harga emas akan naik dan jika USD semakin kuat maka harga
    emas akan turun.
  3. Situasi ekonomi (jika ekonomi dunia semakin baik maka harga emas akan menurun dan
    jika ekonomi tidak menentu maka harga emas akan meningkat).
  4. Situasi politik (jika berlaku ketidakstabilan politik dunia maka harga emas akan
    meningkat naik dan jika situasi politik dunia menjadi stabil maka harga emas akan
    menurun.