- Tanya harga berapa ringgit segram. Kalau di Kelantan ni, berapa riyal berat. 1 riyal berat = 2.72 gram. Bagi saya elok kira dalam kiraan gram sebab nanti kita nak kira harga bersih segram.
- Tanya berapa UPAH. Upah bergantung pada barang tu. Lagi unik/ lagi cantik/ lagi susah nak buat lagi mahal upah. Ada sampai RM1000 untuk upah sahaja.
- Tahu cara kira harga barang kemas, biasanya..
(Berapa gram x harga segram + upah ) = _ )
Kebiasaannya kedai emas terus tekan tekan kalkulator kira TOTAL. Jadi kita kena tanya juga detail, harga segram dan upah. Mesti tahu!
.
.
Tips yang lebih penting: KIRA HARGA BERSIH SEGRAM.
Maksudnya, total harga yang kita bayar รท berapa gram barang kemas tu.
Nak compare harga pun, ini caranya. Bukan compare semata-mata harga segram.
Jangan juga tertipu dengan harga segram yang nampak murah tapi upah pula yang mahal.