Salah satu kebaikkan emas adalah ia “tiada rekod dalam sistem kewangan”. Ia boleh dijadikan aset bagi orang yang telah di isytihar Bankrup. Sebab kebanyakkan orang yang diisytihar bankrup mereka tak boleh simpan duit dibank. Jadi jalan penyelesaiannya adalah simpan duit dalam bentuk emas.

Selain daripada itu emas juga boleh dijadikan medium untuk sorokkan kekayaan. Terutamanya bagi mereka yang perlu buat perisytiharan harta. Kebiasaan kesemua harta perlu diisytihar kecuali emas. Pihak berwajib boleh menyemak kesemua aset lain yang ada dalam sistem kewangan kecuali emas!

Tapi perlu diingat, walaupun emas boleh dijadikan medium untuk menyorokkan kekayaan, jangan sesekali amalkan amalan ini sehingga waris terdekat tidak tahu langsung yang mana kita ada menyimpan emas.

Beritahu waris dimana kita simpan emas yang telah kita beli, jangan simpan diam-diam saja. Sebabnya kalaulah kita ditakdirkan pendek umur (mati) emas tu akan terus “terdiam” tempat kita sorok tanpa pengetahuan si waris.

Kesimpulannya, bagi sesiapa yang nak sorok kekayaan supaya “orang lain” tidak tahu berapa jumlah kekayaan yang kita ada, emas adalah aset yang bagus sebab ia terbukti tidak ada dalam mana-mana sistem kewangan. Hanya kita dan waris yang dipercayai saja mengetahuinya.?

Speak Your Mind

*