Emas 999 terbahagi kepada 3 jenis iaitu:

Emas 999

Emas 99.99

Emas 999.9

Sekarang menjadi tanda tanya pula apa bezanya antara ketiga-tiga jenis emas ini? Nampak macam sama sahaja kan? Hakikat sebenarnya ialah masing-masing mempunyai makna yang tersendiri.

✎ EMAS 999

Biasanya emas 999 ini digunakan untuk penghasilan barang kemas seperti rantai jenis gajah. Ada juga jongkong atau dinar emas yang bergred 999. Dengan peratusan 99.9% kandungan emas, barang kemas dari gred ini adalah lebih lembut berbanding barang kemas dari gred 916. Barang kemas 999 kebiasaannya dimiliki untuk tujuan pelaburan/simpanan kerana nilainya yang lebih tinggi dan juga kerana fizikalnya yang lebih lembut yang menjadikan ia mudah patah/rosak.

✎ EMAS 99.99

Emas 99.99 mempunyai 99.99% kandungan emas yang juga dikenali sebagai “Pure gold“. Ia merupakan emas yang diproses dari sumber emas mentah dari lombong. Dari segi harga, emas 99.99 mempunyai nilai yang lebih mahal dari emas 999. Emas ini dikatakan emas paling mahal kerana sumbernya asli diambil dari lombong emas.

✎ EMAS 999.9

Sama seperti emas 99.99, emas 999.9 juga mempunyai 99.99% kandungan emas. Ia dikenali sebagai “Fine gold” iaitu emas yang diproses dari sumber kitar semula emas-emas yang sedia ada dalam industri. Emas 999.9 juga mempunyai nilai yang lebih mahal dari emas 999. Jika dibandingkan pula dengan emas 99.99, nilainya sama sahaja kerana peratusan kandungan emasnya adalah sama