Bila sebut tentang Aset, pastinya ia sesuatu yg kita jadikan sebagai simpanan utk kegunaan masa depan.
Contohnya, ada orang jadikan rumah & tanah sebagai aset yg boleh dijual jika datang waktu kecemasan memerlukan duit.
Begitulah Emas sebagai aset umpama Rumah, adalah kita beli harini terus jual esok? Pasti kita akan simpan utk beberapa tempoh seperti 5-10 tahun sehingga nilainya makin tinggi utk kita mengaut keuntungannya.
Ini kerana nilai Emas tidak dimakan inflasi seperti halnya wang kertas yg kita simpan sekarang. Dan nilainya terus berkembang dlm jangka masa panjang.
Tahun 2010 nilainya RM130 per gram, pd 2020 pula RM285 per gram. Peratusan kenaikannya sangat luar biasa terutama ketika zaman kegawatan ekonomi sekarang.