PERKONGSIAN ILMU

Sebelum korang beli emas, pastikan korang tahu serba sikit jenis dan mutu emas ya.

Mutu999 – 24Karat

Mutu950 – 23Karat

Mutu916 – 22Karat

Mutu875 – 21Karat

Mutu835 – 20Karat

Mutu750 – 18Karat

Mutu585 – 14Karat

Mutu375 – 9Karat

Karat tu apa? Berkarat ke? Oh tidak rakan-rakan. Karat adalah sistem pengukuran kandungan emas contoh :

Emas23K ialah : 23K bahagi 24K x 100 = 95,8% iaitu #Mutu958

Emas22K ialah : 22K/24K x 100 = 91,6% iaitu #Mutu916

Emas18K ialah : 18K/24K x 100 = 75% iaitu #Mutu750

Kenapa emas perlu campuran?

Emas tulen sifatnya amat lembut dan tidak sesuai untuk kegunaan harian maka ia perlu dicampur dengan logam lain supaya tahan lasak dan lebih keras. Semakin tinggi mutu emas 999 semakin lembut emas@ barang kemas.

Emas999

• Mempunyai kandungan 99.9% emas tulen
• Di kenali juga sebagai Emas 10 & Emas 24 Karat (24K)
• Kebanyakkan berbentuk ‘gold bar’ dan ada juga berbentuk barang kemas tetapi lembut.
• Emas 999 berwarna kekuning-kuningan

Emas916

• Mempunyai kandungan 91.6% emas tulen & 8.4% adalah campuran kandungan lain seperti perak, tembaga, aluminium dan sebagainya
• Di kenali juga sebagai Emas 22 Karat (22K)
• Amat terkenal dan popular dalam kalangan peminat emas diseluruh Malaysia.

Emas835

• Mempunyai kandungan 83.5% emas tulen & 16.5% adalah campuran kandungan lain seperti perak, tembaga, aluminium dan sebagainya.
• Di kenali juga sebagai Emas 20 Karat (20K)

Emas750

• Mempunyai kandungan 75% emas tulen & 25% adalah campuran kandungan lain seperti perak, tembaga, aluminium dan sebagainya
• Di kenali juga sebagai Emas 18 Karat (18K)
• Sangat sesuai untuk mengikat batu permata kerana lebih keras

Emas 375

• Mempunyai kandungan 37.5% emas tulen & 62.5% adalah campuran kandungan lain seperti perak, tembaga, aluminium dan sebagainya.
• Di kenali juga sebagai Suasa atau Emas 9 Karat (9K)
• Sangat sesuai untuk mengikat batu permata kerana lebih keras
• Warnanya kemerah-merahan seperti tembaga.

Begitulah.
Dapat sesuatu ? ?