APA ITU UPAH EMAS?
Bila pelanggan tanya kenapa ada upah.
Ini dia jawapan dia :-
Apakah itu kos upah emas? Kenapa perlu kos upah emas? Tak ada kos upah tak boleh ker? ”
✅Persoalan ini acap kali kami terima daripada pelanggan. Maka, bagi menjawab soalan-soalan tersebut, kami akan jawab seringkas mungkin supaya anda faham konsep kos upah.
♨️♨️Bagi setiap urusniaga pembelian produk emas, jumlah yang perlu dibayar pelanggan adalah harga emas ditambah dengan kos upah. Tapi apakah itu KOS UPAH? Kenapa perlu ada KOS UPAH? Jawapannya saya akan kongsikan di bawah.
✅KOS UPAH = UPAH TUKANG = KOS TUKANG
??Kos upah biasanya akan dikenakan kepada pelanggan bagi setiap produk emas yang dibeli.Kos upah adalah kos yang dibayar kepada tukang emas bagi membentuk dan membuat barang kemas. Ia ditentukan mengikut kepada rekabentuk dan kadar kerumitan produk tersebut. Semakin rumit reka bentuknya, semakin tinggi kos upah. Biasanya dalam kadar RM50 – RM300 atau lebih (semakin latest design makin mahal upahnya). Jangan pula anda terkejut jika ada kos upah yang lebih itu. Bukan mudah untuk membuat barang kemas yang berkualiti dan cantik.