TIP BELI BARANG KEMAS 916

  1. Tanya harga berapa ringgit segram. Kalau di Kelantan ni, berapa riyal berat. 1 riyal berat = 2.72 gram. Bagi saya elok kira dalam kiraan gram sebab nanti kita nak kira harga bersih segram.
  2. Tanya berapa UPAH. Upah bergantung pada barang tu. Lagi unik/ lagi cantik/ lagi susah nak buat lagi mahal upah. Ada sampai RM1000 untuk upah sahaja.
  3. Tahu cara kira harga barang kemas, biasanya..

(Berapa gram x harga segram + upah ) = _ )

Kebiasaannya kedai emas terus tekan tekan kalkulator kira TOTAL. Jadi kita kena tanya juga detail, harga segram dan upah. Mesti tahu!
.
.
Tips yang lebih penting: KIRA HARGA BERSIH SEGRAM.

Maksudnya, total harga yang kita bayar รท berapa gram barang kemas tu.

Nak compare harga pun, ini caranya. Bukan compare semata-mata harga segram.

Jangan juga tertipu dengan harga segram yang nampak murah tapi upah pula yang mahal.

Speak Your Mind

*