? : Saya ada kemusykilan mengenai zakat emas terutama tentang haul dan nisab. Apakah maksud sebenar haul dan nisab?
? : faham, memang banyak lagi yang kurang faham pasal ni. baiklah..
NISAB → ialah kadar harta yang mewajibkan dibayar zakat padanya.
HAUL → ialah jangka masa setahun bermula daripada cukupnya haul. contoh, pada bulan muharram 1426 duit kita mencapai kadar nisab, maka pada muharram 1427, dikira telah cukup satu haul.
ia dikira berdasarkan kalendar islam. kalau nak senang kira lagi, tahun ini anda mula simpan emas 1 hb 10 .. tahun hadapan 1 hb 10 jumlah emas simpanan anda sudah cukup dan melebihi 85 gram, maka wajib bayar zakat.
? : Emas yang tidak dipakai saja kena wajib zakat kan? barang kemas kita pakai x wajib zakat betul?
? : Eh , kurang tepat tu. Barang kemas yang dipakai juga ada yang wajib bayar zakat
? : Kenapa macam tu? mohon pencerahan ..
? : Zakat emas terbahagi kepada 2 , Yang disimpan dan juga yang dipakai.
1⃣ Emas yang tidak dipakai (disimpan)
Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.
Contoh:
2.5% x nilai emas yang disimpan (jika melebihi nisab)
Contoh : RM6,000 x 2.5%
Jumlah zakat = RM 150
2⃣ Emas yang dipakai
Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun dipakai sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ianya melebihi URUF nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai uruf. Nilai yang diambilkira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.
Seperti Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menetapkan kadar uruf adalah 150 gram emas.
Contoh:
Berat Emas yang dipakai = 250 gram
Uruf Emas = 150g ram
Berat Emas yang layak dizakat = 250 gram – 150 gram = 100gram
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
= 2.5% x (100 gram x RM 77.16)
= RM 192.9
? : Owh … Lain negeri tidak sama lah ye urufnya?
? : Ye betul. Ini senarai bagi Nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.
? Uruf emas bagi negeri Kedah adalah 150 gram.
? Uruf emas bagi negeri Perlis adalah 170 gram
? Uruf emas bagi negeri Pulau Pinang adalah 165 gram
? Uruf emas bagi negeri Melaka adalah RM5000
? Uruf emas bagi negeri Johor adalah 850 gram
?Uruf emas bagi negeri Sembilan adalah 200 gram
? Uruf emas bagi negeri Selangor adalah 800 gram
?Uruf emas bagi Wilayah Persekutuan adalah 150 gram
? Uruf emas bagi negeri Kelantan : tiada uruf
? Uruf emas bagi negeri Terengganu adalah 850 gram
? Uruf emas bagi negeri Pahang adalah 200 gram
? Uruf emas bagi negeri Perak adalah 500 gram
? Uruf emas bagi negeri Sabah adalah RM5000
? Uruf emas bagi negeri Sarawak adalah 775 gram
? : Wah! Kelantan tidak ada uruf
? : Betul.. boleh pakai no limit barang kemas ?
? : Alamak, Ibu saya di Melaka.. saya rasa barang kemas yang dipakainya sudah melebihi uruf, malah sudah melebihi Haul. wajib bayar zakat bukan?
? : Sebaiknya , anda bawa ibu anda beserta Barang kemas beliau tersebut ke pusat zakat berhampiran, Di sana mereka lebih arif dari segi pengesahan dan kadar kiraan yang tepat untuk emas tersebut.
? : Baiklah.
?: jangan takut untuk bayar zakat .. Allah sudah janjikan sesungguhnya zakat itu penyubur harta. Tidak ada sesiapa jatuh miskin lepas bayar zakat, malah rezekinya akan menjadi semakin murah dan berganda .. InsyaaAllah..
? : Betul .. Terima kasih atas pencerahan
? : Sama-sama