Emas turun sejak beberapa minggu ini berbanding pada bulan Julai dan Ogos 2020. Masa itu, Covid19 tengah memuncak dan kelihatannya pelabur mengalihkan pelaburan mereka kepada emas. Siapa yang nak tambah simpanan, ini ialah masa yang baik. Masa terbaik ialah bila kita ada kesedaran dan lebihan wang, terus tukarkan kepada emas. Siapa yang beli emas hari ini, anda akan lebih jimat 13% berbanding pada tahun 2020. Bagi saya, saya #kekal tenang bila harga emas naik atau turun. Yang saya risau kalau gram emas tak meningkat sebab saya ialah penyimpan emas, bukan pelabur emas.
Orang tanya, mana dapat untung kalau simpan emas. Saya akan cuit balik, kalau simpan dalam bank pula berapa untungnya? Dapat dividen tapi dengan kejatuhan ringgit dan inflasi, berbaloikah untung nya? Dividen bank sekitar 1-2% tak berbaloi dalam keadaan ekonomi tak menentu ni. Duit dalam bank tu pula dalam bentuk digit, simpan kat tangan mesti dibelanjakan. Untuk simpanan peribadi, saya melihat emas sesuai sebab:
1) Nilai bertahan jangka masa panjang
2) Menutup boros belanja
3) Mudah dicairkan
4) Ia aset mudah alih
5) Aset fizikal mampu milik (orang muda suka point ini)