Hari ini, penyimpan emas yang berilmu tersenyum lebar sebab emas 999.9 cuma sekitar RM270 – RM290 segram. Yang dah beli pada harga RM300/g++ haritu pun tak rugi kalau tahu posisi masing-masing dalam pelaburan emas samada sebagai penyimpan, pelabur atau peniaga.
Apa beza penyimpan, pelabur dan peniaga emas ni?
- PENYIMPAN EMAS
Simpan emas untuk jangka masa panjang dengan matlamat yang jelas. Contohnya simpan untuk deposit rumah, belanja kahwin atau tabung anak-anak. Tak kisah pun harga emas turun naik asalkan setiap bulan jumlah gram yang disimpan bertambah.
Bila harga turun macam hari ini lagi la suka sebab masa ni lah nak tambah banyak-banyak jumlah simpanan emas.
- PELABUR EMAS
Kalau simpan 1 gram sebulan belum sampai tahap pelabur emas lagi. Pelabur emas kena tahu ilmu analisis teknikal harga emas supaya boleh memaksimakan keuntungan jangka masa pendek.
Pelabur emas akan membeli item yang besar seperti 250g atau 1000g. Walau naik RM1 saja pun dah untung RM250-RM1000. Buy Low Sell High.
- PENIAGA EMAS
Posisi ni untung tak kira harga emas rendah ke tinggi. Belum ada lagi kedai emas yang tutup sebab tak ada orang nak beli emas. Waktu harga mencanak naik musim covid-19 ni lagi berpusu-pusu beli sebab faham nilai emas waktu ekonomi merosot.
Jadi, sahabat2 emas saya… di posisi mana satu?
Penyimpan, pelabur atau peniaga emas? Andai pun esok hari harga emas turun atau naik saya tetap senyum sebab saya tahu di mana posisi saya.