Kalau saya dah beli emas lepas tu simpan dalam ar-rahnu berbaloi tak?
• TAK BERBALOI
• cajnya terlalu mahal. Melebihi 14% setahun;
• ar-rahnu bukan tempat simpan emas;
• ar-rahnu tempat pinjaman duit tunai bercagarkan emas;
• nak simpan emas lebih baik sewa peti besi lebih berbaloi-baloi, Kena bijak ye..
Kalau saya join pelaburan emas yang ada bagi pendapatan tiap bulan tu ok ke?
• pelaburan emas tiada pendapatan bulanan / tahunan macam asb, tabung haji dsb;
• kalau ada itu adalah “SCAM” atau “money game” skim cepat lingkup;
• pastikan beli emas DAPAT emas bukan dapat resit, surat pajak atau geran pembelian;
Kalau nak merasa lingkup, silakan tiada halangan..
Barang kemas sesuai tak untuk pelaburan?
• kurang tak sesuai;
• barang kemas direka tujuannya untuk berhias;
• harganya lebih mahal berbanding gold bar / gold coin;
• selalunya harga yang tertera dikedai emas belum masuk kos tambahan (kos upah tukang);
• spread jual balik biasanya 18% – 30%;
• jadi maksudnya lambat untung;
Mana nak jual emas tu bila kita nak pakai duit?
• emas boleh dijual dimana-mana kedai emas seluruh dunia;
• COMFIRM LAKU;
• asalkan emas TULEN;
• nak jual harga tinggi, jual semula ditempat kita beli;
• sebagai contoh beli di Orodesign jual semula di Orodesign;
• spread tertinggi hanya 6% – 8% saja untuk Goldbar
• kalau nak pakai duit sekejap untuk rolling tak perlu jual, pajakkan saja untuk dapatkan pinjaman;
mudahkan untuk tunaikan aset emas.
Begitulah ?