[EMAS]

Seluruh negara di dunia simpan emas sebagai harta negara. Walaupun semua kerajaan menggunakan wang kertas sebagai alat jual beli (medium of exchange) namun, sebagai kekayaan emas tetap menjadi pilihan.

Kenapa emas, kenapa tak cetak duit lepas tu simpan? Sebab nilai emas tidak perlu dijamin oleh mana-mana pihak. Dan emas tidak boleh dimanipulasi sewenang-wenangnya.

Nilai emas itu terkandung pada berat dan ketulenan emas itu sendiri. Walau apapun situasi yang berlaku di luar sana ia semakin hari semakin bernilai. Nak perang ke nak konfrontasi emas tak berkurang gramnya.

Jika negara yang ada ribuan pakar ekonomi pun simpan emas. Mesti ada faedah besar yang mereka dah buat analisis. Jadi kenapa kita tak celik emas. Anda sudah buat sebahagian simpanan dalam bentuk emas ke belum???

Jika anda nak melihat jumlah stok pegangan emas dunia mengikut negara sila klik sini https://tradingeconomics.com/country-list/gold-reserves

Kredit : Naim Azhar