Kalau beli emas untuk simpanan jangka masa panjang, tidak perlu risau tentang harga ?

Harga emas boleh dikatakan pasti menaik dalam jangka masa panjang.

Apakah sebabnya?

Sebenarnya bukan harga emas saja yang pasti naik. Harga semua barang pun pasti menaik juga.

Harga barang keperluan naik. Harga rumah naik. Harga tanah naik. Harga makanan naik. Apatah lagi harga emas.

Emas adalah aset berharga. Maka dalam jangka masa panjang, harga ia pasti naik disebabkan kuasa beli duit yang semakin mengecil di sebabkan inflasi. Kita terpaksa bayar lebih mahal untuk dapat barang yang sama.

Jadi siapa beli emas untuk jangka masa panjang, tidak perlu risau tentang harga. Harga hanyalah tentang persoalan masa saja.

Apa yang penting, pastikan jumlah simpanan emas kita sentiasa bertambah ?