- Spread/susut nilai
Susut nilai bagi emas perhiasan adalah diantara 20-30% sedangkan susut nilai goldbar hanya 6-9%. Susut nilai ini akan dapat diperolehi semula dengan peningkatan harga emas. Jadi keuntungan goldbar adalah lebih cepat daripada emas perhiasan. - Upah
Selain spread yang tinggi, harga emas perhiasan ada kos upah. Kos upah boleh mencapai ratusan berdasarkan kesukaran membuat barang kemas tersebut. Goldbar tiada kos upah. - Jualan balik
Harga jualan balik emas perhiasan sangat rendah. Sebagai contoh, jika anda membeli emas perhiasan dan goldbar sebanyak masing-masing RM 10,000 dan ingin menjual pada hari yang sama, emas perhiasan, anda hanya akan dapat paling tinggi RM 8,000 manakala untuk Goldbar anda akan dapat paling tinggi RM 9,400. Jadi yang mana akan meminimumkan kerugian atau mempercepatkan keuntungan anda? - Emas rosak
Harga goldbar masih tinggi walaupon patah/calar. Emas perhiasan akan mengalami kejatuhan harga yang sangat drastik jika patah/kemek/rosak.
Kenapa goldbar dan bukan emas perhiasan?
Posted on September 8, 2021 ·