KELEBIHAN EMAS
Banyak Kelebihannya Jika Kita Menyimpan Emas ni.
Bagi mereka yang boros dan kuat joli, emas boleh dijadikan salah satu bentuk simpanan masa hadapan.
Sesetengah orang jenis yang tak boleh nak simpan duit, ada duit habis semua digunakan, nafsu menguasai diri,dirasuk syaitan untuk membeli pelbagai jenis barang.
Sebab apa? Sebab kita kaya. Huhuh
Jadi jalan terbaik bagi penyakit boros adalah dengan menukar cara simpanan kita.
Tukar daripada simpanan duit kepada simpanan emas, cukup sekadar sebulan segram, bukan banyak pun tapi memadai sebagai langkah permulaan.
Selebihnya,kalau bolehla simpan dalam tabung haji atau ASB.
Simpanan emas sangat bermanfaat.Disaat negara menimpa musibah kejatuhan ekonomi dan kejatuhan ringgit malaysia, maka kita boleh menyimpan kekayaan dari terus dimakan inflasi.
Kita dapat mengimbangi kekayaan kita dengan inflasi semasa dengan menyimpan aset. Sebagai contoh hartanah dan emas adalah aset terbaik.
Memang kita rasa simpan duit di bank lebih selamat dari segi kuantitinya tapi tidak dari segi nilainya.
Kalau kita tengok RM 10k hari ni tidak akan sama nilainya RM10k 10tahun akan datang.
Barang yang kita beli dengan harga 10k hari ni ,tidak akan dapat dibeli 10tahun yang akan datang..bukan kita tak hadap, tapi minda kita belum terbuka.
Pada tahun 1998, nilai mata wang kita pernah susut nilainya hingga 50% tapi ini belum pernah berlaku pada emas. Kalau emas jatuh nilainya pun sekurang-kurangnya emas ditangan kita.
Selagi kita tidak menjualnya selagi itu kita tidak akan rugi.
Emas juga boleh dijadikan sebagai wang antarabangsa. Sebab emas tiada sempadan tempat dan masa. Emas sangat bernilai diseluruh pelusuk dunia.
Sebagai pelabur pula, emas boleh dijadikan pelaburan tetapi pastikan kita beli dalam bentuk yang lebih besar contohnya yang 100g, 250g atau 1kg.
Beli masa harga rendah dan jual ketika harga tinggi. Baru dikatakan bijak.. Beli dan simpan bila cukup masa kita jual..
Emas juga boleh dijadikan sebagai pusingan modal perniagaan sama ada untuk peniaga kecil mahupun besar.
Dengan menjadikan emas sebagai modal pusingan, peniaga dapat pastikan yang modalnya tidak tergunakan tanpa sengaja terutama bagi peniaga yang bermusim.
Emas juga tidak ada dalam mana-masa sistem kewangan kita, jadi tiada siapa yang tahu tentang kekayaan kita jika kita menyimpan emas..
Orang yang diistiharkan muflis juga boleh simpan dan beli emas tanpa pengetahuan bank atau pihak lain.
Emas ni boleh dibeli dan dijual secara runcitโฆsikit-sikit la.. Jadi bagi mereka yang susah hendak menyimpan duit, simpanlah emas sikit-sikit pun tak pa.. Lama-lama jadi bukit..
Beli sebulan segram dah memadai. Kemudian dari simpanan emas tukarlah jadikan ia sebagai pendahuluan pembelian rumah pertama ?anda dan rumah-rumah seterusnya.
Simpanlah sebulan segram, jika mampu sebulan 1dinar, jika lebih mampu beli la sekilo untuk dijadikan sebagai pelaburan..?
Mulakan simpanan hari ni demi masa hadapan. Bak kata pepatah Simpanan menjamin masa hadapan kita. Jangan tunggu lama-lama nanti lama-lama anda yang rugi.
Jangan takut untuk mengorak langkah. Bermula dari sekarang supaya tidak menangis kemudian hari.
Nak mulakan simpanan emas serendah 0.25g, hari ini?