- Perlu kalian ketahui emas ialah suatu bahan komuniti seperti bijih timah, perak, dan bahan komuniti yang lain.
- Harganya bergantung pada supply and demand dan keadaan politik serta ekonomi semasa.
- Kalau ekonomi dunia tidak beberapa baik, banyak pelabur akan lari kepada aset selamat seperti emas untuk mengelakkan kerugiaan.
- Pada ketika ini demand akan naik dan harga emas boleh jadi tinggi.
- Bila ekonomi semakin stabil, politik dunia aman, kebanyakkan pelabur akan menjual semula emas mereka untuk mendapatkan modal bagi melabur ditempat yang lebih untung.
- Ketika ini supply dalam keadaan banyak manakala demand semakin berkurangan. Pada ketika ini harga emas boleh jadi menurun.
- Kalau kalian mahu menyimpan emas, perkara pertama kalian perlu fahami ialah emas adalah simpanan jangka panjang.
- Paling kurang kalian perlu menyimpan selama 3 tahun ke atas dan tiada had masa berapa lama kalian boleh menyimpan emas tersebut.
- Lagi lama kalian menyimpan lagi ketara rasa keuntungannya.
- Emas tidak sesuai untuk simpanan jangka pendek atau jangka sederhana. Kalau mahu keuntungan cepat, terus terang emas bukanlah jawapanya.
- Kalian boleh jadikan emas sebagai ubat merawat kebocoran wang, simpanan hari tua, forgotten saving, dana perkahwinan, tabung kecemasan dan dana menunaikan haji.
Begitulah?
Boleh faham sesuatu?