Sepanjang saya menjadi Dealer Emas, soalan yang selalu ditanya adalah “Apa beza Dinar dengan Jongkong Emas (Gold Bar). Di sini saya senaraikan apakah perbezaan dan persamaannya.
PERBEZAAN
- Rupa Bentuk.
Dinar mempunyai bentuk yang bulat atau berbentuk syiling. Sejak zaman Nabi Muhammad saw, Dinar telah digunakan sebagai mata wang Islam.
Goldbar berbentuk Segiempat.
- Gandaan Berat
Dinar mempunyai gandaan berat yang mempunyai perpuluhan seperti berikut iaitu ½ Dinar = 2.125 gm, 1 Dinar = 4.25gm, 5 Dinar= 21.25gm dan 10 Dinar=42.5gm
Jongkong Emas pula dalam gandaan genap bermula 1 gm, 5gm, 10gm, 20gm, 50gm, 100gm, 250gm dan 1 kilo.
PERSAMAAN
- Kualiti
Dinar dan Jongkong Emas mempunyai kualiti emas yang sama iaitu emas 999.9. - Harga
Harga emas pergram adalah sama. - Keuntungan
Kedua-duanya memberi keuntungan yang sama mengikut berat masing-masing.
Kesimpulannya, kedua-duanya Dinar dan Jongkong Emas ini adalah emas yang mempunyai kualiti yang sama iaitu emas 999.9 dan yang membezakannya adalah rupa bentuk.
Ada orang suka mengumpul koleksi Dinar dan ada yang suka koleksi Jongkong Emas. Ada juga yang suka kedua-duanya.
Anda pula yang mana ? ?
Speak Your Mind