Kenapa kita perlu memiliki emas?

  1. Sebagai Insurans.

Emas adalah barangan yang paling mudah membantu kita di kala kesusahan. Bila terdesak, emas boleh dipajak bila-bila masa, boleh dijual, confirm laku.

  1. Sebagai aset atau harta.

Simpan duit kertas bawah bantal nanti lipas atau anai-anai gigit hancur oihh. Simpan di bank faedah sikit kemain. Simpan emaslah, harga sentiasa ada. Jangankan lipas atau anai-anai, tikus nak kokak pun takut patah gigi.

  1. Sebagai tabung simpanan.

Simpan duit ni, hmmm kejap-kejap nak jolok keluar. Cepat bocor. Simpan emas, lebih bertahan sebab tak senang nak jolok keluar macam duit kat ATM tu.

  1. Sebagai alat pelaburan.

Harga emas sentiasa konsisten dan kerap meningkat. So far takde lagi orang yang menyesal sebab beli dan melabur dalam emas ni. Yang menyesal tak beli ada lah.

  1. Sebagai pengekal kuasa beli.

Contohnya, duit RM100 hari ini boleh beli 30 item barang runcit di supermarket. Duit RM100 yang sama tahun depan mungkin boleh beli 20 barang sahaja, tak dapat 30 lagi dah sebab barang dah naik harga.

Namun nilai 1 gram emas hari ini boleh beli 50 barang runcit dan tahun depan pula dengan nilai 1 gram yang sama mungkin boleh beli lebih 60 barang. Tak caya cubalah.

  1. Sebagai modal pusingan.

Bagi peniaga, gunakan keuntungan untuk beli emas. Bila perlu cagarkan emas untu dapat modal pusingan. Dapat duit tebus balik emas, ada untung beli emas dan simpan lagi. Cukup haul-cukup nisab maka keluarkanlah zakat. Baru bisnes berkat dan berjaya.

  1. Sebagai sumber zakat.

Yer, yang tak pakai dan simpan emas wajib keluar zakat okeh. Orang yang mengeluarkan zakat adalah mukmin yang berjaya dunia dan akhirat. Kekayaan akan melimpah ruah.

  1. Sumber kebaikan dan kebajikan

Bila banyak emas dan keluarkan zakat, maka harta bertambah banyak, rezeki banyak duit pun banyak. Maka, pintu untuk berbuat kebaikan dan kebajikan pun terbuka luas. Bolehlah menyumbang kepada masyarakat, sedekah dan infak dalam dana masjid, surau, bantuan NGO dan sebagainya.

Begitulah.?

Speak Your Mind

*