Menurut seorang ulama yang banyak mendedahkan “konspirasi” tentang sistem kewangan dunia bernama Sheikh Imran Hossein; untuk mengembalikan emas kepada fungsinya yang sebenar sebagai medium transaksi (menggantikan wang kertas) perlu bermula dengan membudayakan masyarakat menjadikan emas sebagai simpanan menggantikan simpanan wang kertas di dalam akaun bank.
Usaha itu perlu bermula dari bawah dan dari diri kita sendiri. Kalau kita tak mulakan dan ajar anak-anak dan generasi selepas kita, siapa lagi? Bank nak ajar? Bank hanya menjual satu perniagaan iaitu “HUTANG”.
Apabila masyarakat sudah celik dan menyimpan emas dan mempunyai kesedaran, yang meluas tentang fungsi emas sebagai “duit sebenar”, waktu itu emas boleh digunakan sebagai alat pembayaran alternatif kepada wang kertas. Hendak beli barang, bayar dengan emas, hendak jual barang, jual dengan emas.
Dengar macam mustahil kan? Tapi kita kena ingat zaman-zaman dahulu sistem matawang yang digunakan oleh seluruh dunia adalah emas, bahkan dari zaman Rasullah S.A.W lagi, sehinggalah zaman-zaman selepas Beliau wafat.
Penciptaan wang kertas selepas diputuskan hubungannya dengan emas adalah disebabkan U.S.A ingin mengawal ekonomi dunia dan kesannya adalah seperti sekarang. U.S currency adalah “benchmark” harga untuk sesuatu saham dan harga emas itu sendiri.
U.S currency jatuh, emas naik, U.S currency naik emas pula jatuh. Yang menjadi mangsa siapa? Negara-negara kecil seperti negara kita ini dan sudah semestinya diri kita sendiri sekiranya berlaku kejatuhan ekonomi negara.
Emas kekal bernilai sepanjang zaman
Ciptaan terindah dari yang Maha Esa
Sumber oleh:
Tuan Naim Azhar
Speak Your Mind