Archives for September 2021

Sharing info :

Pasti ramai yang tertanya kenapa kedai A menawarkan harga emas yang berbeza berbanding kedai B sedangkan semua kedai merujuk kepada harga emas semasa dunia yang sama?

Harga semasa dunia itu sebenarnya hanyalah merupakan tanda aras dalam meletakkan harga emas.

Setiap kedai mempunyai hak untuk menetapkan seberapa pun harga emas di kedai mereka mengikut tanda aras yang diberi.

Namun anda sebagai pengguna haruslah bijak dalam membuat pilihan membeli di kedai emas yang paling menguntungkan anda.

Apabila anda melihat ada kedai meletakkan harga per gram yang tersangat murah berbanding kedai lain, janganlah anda terus terburu-buru untuk membuat pembelian dikedai tersebut.

Seharusnya anda menyemak terlebih dahulu beberapa perkara berikut:

?Upah barang kemas
?Caj tersembunyi
?Harga per gram selepas campur upah dan caj tersembunyi

Contoh: ?

KEDAI A
Berat barang = 40gram
Harga per gram = RM153
Upah barang kemas = RM500
Caj tersembunyi = tiada
Harga barang :
= RM153 × 40gram + RM500 upah
= RM6620

Harga per gram selepas campur upah
= RM6620 ÷ 40gram
=* RM165.50 per gram*

KEDAI B
Berat barang = 40gram
Harga per gram = RM159
Upah barang kemas = RM100
Caj tersembunyi = tiada
Harga barang
= RM159 × 40gram + RM100 upah
= RM6460

Harga per gram selepas campur upah
= RM6460 ÷ 40gram
= RM161.50 per gram

Disini dapat kita lihat harga per gram Kedai A sebenarnya adalah lebih tinggi berbanding Kedai B

kerana terdapat manipulasi harga per gram dan upah barang walaupun pada awalnya kita lihat harga per gramnya adalah sangat murah.

Semoga bermanfaat ♥️
Di orodesign upah murah emas pun murah, lebih murah jika anda join jadi dealer,

Banyak kelebihan yg akan anda perolehi, dengan hanya membayar harga ahli RM 799, nikmati harga emas seumur hidup dan boleh diwarisi♥️

Waktu Terbaik Beli Emas

Secara jujur (asas) yang boleh saya katakan waktu terbaik beli emas ialah bila kita ada duit bertujuan untuk simpanan jangka panjang.

Simpanan jangka panjang bermaksud simpanan untuk suatu tempoh yang lama sekurang-kurangnya 2 tahun atau lebih.

Bila ada je duit lebih terus tukar duit jadi emas tak perlu tunggu harga emas rendah (atau harga terbaik) atas beberapa sebab ni;

✅ Biasanya beli bukan dalam jumlah besar, tapi berterusan. Minimum 1 gram sebulan. Kalau harga rendah satu bonus untuk tambah gram lebih dari 1 gram.

✅ Bila beli secara konsisten, kita dapat mengecilkan kos belian yang dipanggil kos pemurataan. Contoh tiga kali belian RM280/g, RM270/g dan RM260/g.

Maka kos purata keseluruhan belian ialah RM270/g.

✅ Risiko duit tu bocor lebih besar bila tunggu harga terbaik. Mungkin kita nak tunggu harga turun singgit dua, tapi yang bocor lebih besar dari beza singgit dua.

✅ Gold saver biasanya simpan emas untuk jangka panjang, bukan untuk dijual dalam masa terdekat.

Tujuan tukar duit jadi emas sebagai alat simpanan untuk dilupakan. Jual bila terdesak, bila duit tunai lain dah habis.

Kesimpulannya, sebagai gold saver fokus kepada pertambahan gram bukannya perkembangan RM.

Dari segram mesti jadi 2 gram dan keseterusnya.

Sebagai gold saver jangan biarkan emosi naik turun harga emas mengganggu kita kerana fokus sebenar kita pada gram bukan RM.

BELI EMAS MEMBAZIR DUIT?

Ramai fikir emas tu membazir. Emas adalah aset. Sama macam rumah dan tanah.

Kenapa beli rumah dan tanah? Sebagai harta, apabila terdesak boleh pajak, dan boleh diwariskan untuk anak-anak.

Sama juga dengan emas. Sebagai harta, bila terdesak boleh pajak, dan boleh diwariskan untuk anak-anak.

Cuma bezanya rumah dan tanah kita kena hutang puluh tahun baru jadi hak milik. Dan rumah dan tanah kena cukai dan declare harta.

Emas tidak. Boleh beli cash. Ikut kemampuan kita. Di Orodesign ada emas sekecil 0.25g, 0.5g dan 1gram. Simpan emas ni tak kena cukai harta dan tak perlu declare…betul tak…?? Eh…tapi jangan lupa bila cukup syarat, WAJIB ZAKAT! Tapi INGAT, simpan duit dalam bank pun bila cukup syarat Wajib Zakat. JADI APA BEZA SIMPAN EMAS DENGAN SIMPAN DUIT???

KESELAMATAN, Emas adalah solusi kepada inflasi. Penat simpan duit, jangka panjang semakin berkurang NILAI simpanan kita. Jadi lebih baik TUKAR simpanan Wang kertas kita tadi menjadi SAFE HAVEN ASET iaitu EMAS. Jangan set dalam minda hanya Simpanan Emas sahaja kena Zakat.

Jangan risau, jangan takut pasal zakat…bila kita dah layak zakat, maknanye ekonomi kita semakin baik?.

Soalan seterusnya dekat mana nak beli Emas?
Dimana-mana pun boleh, terpulang pada masing². Cuma jika boleh jimat beli di tempat yang lebih murah, Harga direct kilang kenapa perlu membazir untuk kualiti/mutu Emas yang sama? Lebihan tadi boleh beli tambahan gram simpanan kita. Buat pilihan bijak.

Buatlah simpanan emas anda sedikit2 lama2 berbukit2…lama2 jadi SEKILO??? Yang sudah sedar kelebihan simpanan Emas tidak teragak Tukar sebahagian besar simpanan kepada BENTUK EMAS FIZIKAL. Tahniah.

orodesign #emashargakilang

[APA ITU WANG VS EMAS?]

Ada orang tanya wang fiat tu apa?
Wang fiat ialah duit kertas, syiling. Duit yg kita pakai ni di panggil wang fiat. Sebab sekarang ni duit yang dicetak tak disandarkan kepada emas.

Jadi, ianya mudah ‘floating’ dan mudah dimanipulasi dan itu sebab duit kita ni ade inflasi! Cuba tengok tiap-tiap tahun nak raya jer tengok macam-macam jenis warna duit keluar.

Anda tahu tak berapa kos cetak duit? Kos dlm sekeping tu mungkin dalam 20 sen jer tapi bila dicetak RM100 tengok berapa besar margin keuntungan!

Siapa yang keluarkan duit nie?? Tu sebab bila duit dah melambak kat pasaran sampai masa kita akan alami ‘inflation static’

Malaysia ni selalu kata tahap inflation dalam 4%. Tapi hakikatnya dah dekat 10% tau! Sebab itulah simpanan kita dalam bentuk wang tu kena tolak inflasi 10% dan itulah sebenarnya nilai duit kita

JADI bila kita simpan EMAS FIZIKAL sebenarnya kita dah selamatkan kekayaan kita. Tahukah anda bahawa kita sebenar ditahap inflatisi yang tinggi. Barang akan sentiasa melambung naik! Segala-galanya akan naik!

JADI selamat la siapa yang ade simpanan EMAS FIZIKAL!
Dan sememangnya GOLD is REAL MONEY!!!
RM yang kita guna hari-hari tu sebenarnya wang fiat. Bukan matawang sebenar. Dan dari zaman nabi lagi dinar dan dirham (Emas dan Perak ) yang digunakan.

Saya pilih EMAS FIZIKAL sebagai simpanan
Anda bagaimana?

JOM SIMPAN EMAS FIZIKAL!
1 Gram 1 Bulan 1 Keluarga

Dgrkan nasihat dr Pakar Pelaburan ini….

✨Apa kata Irfan Khairi..??

TUKAR bukan BELI EMAS✨..

?Apabila ‘beli’ emas ni actually saya lebih prefer penggunaan ‘convert’ or ‘tukar’…
Sebab kita actually converting duit kertas kpd matawang universal.

?Sebab Emas ni boleh dikategorikan sebagai ASET setaraf hartanah etc…
Means, it produce money for the owner.. Sbb value die always naik…

?Berbeza dgn benda2 lain yg kita ‘beli’.. Selalunya benda2 tu samada becoming Liabiliti atau Susut nilai setiap hari..

?Sebagai contoh kereta.. Ada pepatah inggeris kata ‘if u can buy it, does not mean u can afford it’…
Maknanya, mcm kereta apabila kita beli, mmg la kereta tu jadi milik kita.. Tapi, kereta kena servis, kena isi minyak, kena cuci etc.. Means, kereta tu x produce duit tapi sedut duit.. Unless, kereta tu kita bagi sewa.. Then, ia jadi aset sbb dia produce money utk owner.. If not, ia adalah liabiliti.. Kereta ni once dah OTR, esok nak jual.. Xdpt dah harga asal..

?Emas pulak, makin lama disimpan, nilai makin naik.. X perlu pulak kita cuci setiap hari, x perlu gilap everyday..

?Dgn sekadar simpan, dia dah buat duit utk kita.. Cuma, xde la emas tu beranak keluar duit.. Haha.. Tp, apabila keadaan terdesak, kita xperlu paksa org beli, atau iklankan setiap dua jam skali supaya org beli..

?Cukup kita ckp nak jual je.. Bersusun org nak beli.. X sampai brp minit dah sold out..

?Tambah2 dlm Orodesign ni.. Bkn stakat Emas je dpt, Reward2 pun masukk..klau mncapai target syarikat pd setiap bulan?

?Kalau rajin.. Bulan2 x pyh keluar duit dah utk tambah Emas,. Cukup pakai bonus je.. Rotate dlm tu je, aset emas beranak pinak.. ?

Ingat ye… TUKAR bkn BELI.

https://people.utm.my/nizamray/2021/09/05/1694/

https://people.utm.my/nizamray/2021/09/05/1688/

https://people.utm.my/nizamray/2021/09/05/1680/

Dealer Orodesign BUKANLAH bisnes MLM.
Hanya trading semata – mata.
Mendidik dan membantu orang yang inginkan emas tapi dengan harga rendah,
Modal sekali sahaja dan mampu follow..

Uolls nak jadi dealer untuk beli diri sendiri ja ka..
Nak jual emas2 baru ka..
Nak beli emas2 lama pastu tolak ke kilang ka..
Nak bukak cawangan sebab dapat tambahan emas free ka..
Terpulang pada diri masing2..

Program usahawan orosesign dah tunjuk cara 6 peluang tambah income..
Uolls beli emas, aset bertambah , uolls terus dapat emas fizikal.

Alhamdulillah… sebagai dealer dapat manfaatkan peluang ni..
Alhamdulillah.. dpt kongsi rezeki dengan orang tersayang..

https://people.utm.my/nizamray/2021/09/05/1676/

ZAKAT EMAS???

? : Saya ada kemusykilan mengenai zakat emas terutama tentang haul dan nisab. Apakah maksud sebenar haul dan nisab?

? : faham, memang banyak lagi yang kurang faham pasal ni. baiklah..

NISAB → ialah kadar harta yang mewajibkan dibayar zakat padanya.

HAUL → ialah jangka masa setahun bermula daripada cukupnya haul. contoh, pada bulan muharram 1426 duit kita mencapai kadar nisab, maka pada muharram 1427, dikira telah cukup satu haul.
ia dikira berdasarkan kalendar islam. kalau nak senang kira lagi, tahun ini anda mula simpan emas 1 hb 10 .. tahun hadapan 1 hb 10 jumlah emas simpanan anda sudah cukup dan melebihi 85 gram, maka wajib bayar zakat.

? : Emas yang tidak dipakai saja kena wajib zakat kan? barang kemas kita pakai x wajib zakat betul?

? : Eh , kurang tepat tu. Barang kemas yang dipakai juga ada yang wajib bayar zakat

? : Kenapa macam tu? mohon pencerahan ..

? : Zakat emas terbahagi kepada 2 , Yang disimpan dan juga yang dipakai.

1⃣ Emas yang tidak dipakai (disimpan)
Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.

Contoh:

2.5% x nilai emas yang disimpan (jika melebihi nisab)

Contoh : RM6,000 x 2.5%
Jumlah zakat = RM 150

2⃣ Emas yang dipakai

Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun dipakai sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ianya melebihi URUF nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai uruf. Nilai yang diambilkira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.

Seperti Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menetapkan kadar uruf adalah 150 gram emas.

Contoh:

Berat Emas yang dipakai = 250 gram
Uruf Emas = 150g ram

Berat Emas yang layak dizakat = 250 gram – 150 gram = 100gram
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
= 2.5% x (100 gram x RM 77.16)
= RM 192.9

? : Owh … Lain negeri tidak sama lah ye urufnya?

? : Ye betul. Ini senarai bagi Nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.

? Uruf emas bagi negeri Kedah adalah 150 gram.

? Uruf emas bagi negeri Perlis adalah 170 gram

? Uruf emas bagi negeri Pulau Pinang adalah 165 gram

? Uruf emas bagi negeri Melaka adalah RM5000

? Uruf emas bagi negeri Johor adalah 850 gram

?Uruf emas bagi negeri Sembilan adalah 200 gram

? Uruf emas bagi negeri Selangor adalah 800 gram

?Uruf emas bagi Wilayah Persekutuan adalah 150 gram

? Uruf emas bagi negeri Kelantan : tiada uruf

? Uruf emas bagi negeri Terengganu adalah 850 gram

? Uruf emas bagi negeri Pahang adalah 200 gram

? Uruf emas bagi negeri Perak adalah 500 gram

? Uruf emas bagi negeri Sabah adalah RM5000

? Uruf emas bagi negeri Sarawak adalah 775 gram

? : Wah! Kelantan tidak ada uruf

? : Betul.. boleh pakai no limit barang kemas ?

? : Alamak, Ibu saya di Melaka.. saya rasa barang kemas yang dipakainya sudah melebihi uruf, malah sudah melebihi Haul. wajib bayar zakat bukan?

? : Sebaiknya , anda bawa ibu anda beserta Barang kemas beliau tersebut ke pusat zakat berhampiran, Di sana mereka lebih arif dari segi pengesahan dan kadar kiraan yang tepat untuk emas tersebut.

? : Baiklah.

?: jangan takut untuk bayar zakat .. Allah sudah janjikan sesungguhnya zakat itu penyubur harta. Tidak ada sesiapa jatuh miskin lepas bayar zakat, malah rezekinya akan menjadi semakin murah dan berganda .. InsyaaAllah..

? : Betul .. Terima kasih atas pencerahan

? : Sama-sama